CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Pelik & Misteri Lihat artikel

Makam putera Firaun Userkaf ditemukan di Kaherah, Mesir

21-4-2025 07:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1478| Komen: 1|Original author: tatod

1000019118.jpg





KAHERAH: Kumpulan ahli arkeologi menemukan makam putera Firaun Userkaf serta sebuah patung Firaun Djoser ketika melakukan kerja-kerja penggalian di kawasan Saqqara, selatan Kaherah, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik kenyataan Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir.


“Waser-If-Re adalah putera kepada Firaun Userkaf, pemerintah pertama Dinasti Kelima Mesir.


“Makamnya ditemui bersama beberapa artifak penting yang berasal daripada Zaman Kerajaan Lama,” menurut kementerian itu.


Pintu palsu gergasi yang diperbuat daripada granit merah jambu dengan ketinggian 4.5 meter dan lebar 1.15 meter turut ditemui, disifatkan sebagai penemuan pertama pintu palsu bersaiz sedemikian.


Ahli arkeologi terkenal Mesir, Dr Zahi Hawass, berkata misi turut menemui patung Firaun Djoser (pengasas Dinasti Ketiga), isterinya dan 10 orang puteri mereka di dalam makam berkenaan.



Hasil kajian menunjukkan bahawa patung-patung itu pada asalnya diletakkan di sebuah bilik berhampiran piramid milik Djoser, namun dipindahkan ke makam Waser-If-Re pada era selepasnya.


Kompleks arkeologi Saqqara di selatan Kaherah mengandungi kawasan perkuburan kuno, yang mencatatkan pengebumian sejak Dinasti Pertama firaun (abad ke-31 hingga ke-29 SM).


Monumen paling terkenal di Saqqara ialah piramid Djoser, yang dianggap sebagai piramid pertama dalam sejarah Mesir Purba. - UTUSAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 22-4-2025 12:43 AM
Bape lama la dorg nk clear kn tmpt ni dgn berus kecik dorg tu. Hehe... Acik bnyk pengaruh movie... Nampak dorg dok guna berus kecik tu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.070416 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top