CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Elak jadi 'mak' dalam hubungan, isteri jangan bayar komitmen bil selagi suami berkemampuan

21-4-2025 07:57 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1793| Komen: 8|Original author: tatod

1000019120.jpg



DALAM sesebuah rumah tangga, keseimbangan peranan antara suami isteri sangat penting bagi memastikan hubungan kekal sihat dan harmoni.


Namun, desakan ekonomi masa kini memaksa golongan isteri menanggung serba sedikit komitmen bil dan yuran sekolah anak yang pada dasarnya merupakan tanggungjawab sang suami.


Situasi itu disifatkan sebagai tidak adil dalam konteks pembahagian peranan rumah tangga apabila segelintir daripada suami di luar sana terlampau selesa dengan keadaan tersebut.


1000019121.jpg



Ramai isteri tanpa disedari telah mengambil alih terlalu banyak tanggungjawab dalam keluarga hinggakan peranan suami sebagai ketua keluarga kian kabur.


Sudah tertulis dalam hukum Islam bahawa suami wajib menyediakan nafkah zahir dan batin buat isteri dan anak-anak termasuklah makanan, tempat tinggal, pakaian dan keperluan asas lain.


Menerusi perkongsian di laman Threads, rata-rata golongan wanita kurang bersetuju jika perkara itu dinormalisasikan dalam setiap hubungan suami isteri.


Ia merangkumi komitmen kewangan seperti bil elektrik, air, internet, bahkan bayaran rumah dan kereta sekali pun turut dikategorikan sebagai tanggungan sang suami.


Boleh menyumbang kepada isu perpecahan rumah tangga, si isteri dengan peranan sedemikian akan dianggap sebagai 'ibu' yang sentiasa sedia berkorban demi kepentingan keluarga


"Orang lelaki tak akan pernah hargai perempuan yang berkorban dan menyenangkan, percayalah sebabnya mereka akan nampak kamu macam mak dia, mak yang berkorban untuk anak.


"Jadi kalau nak jadi isteri, learn not to provide so that husband learn to provide walaupun dia akan stres dan marah.


"Lama-lama nanti apabila suami dah biasa, dia akan rasa macam hero dan tolong belajar ucapkan terima kasih setiap kali suami belikan benda kecil seperti barang dapur," kata Suhailiisa.


1000019123.jpg


Sementara itu, Mysara tegas menyatakan tugas isteri sekadar meringankan beban suami tanpa mengambil alih tanggungjawab ketua keluarga.


"Perbelanjaan dapur, yuran sekolah anak, insurans dan lampin anak semua tu jelas tugas lelaki, ALLAH suruh kita senangkan hati suami bukan ambil tanggungjawab mereka," ujarnya.


Justeru, sebahagian besar wanita sebulat suara menolak peranan sedemikian diambil alih oleh si isteri kerana ia mampu menggugat keharmonian dalam rumah tangga.


Ramai berpendapat isteri yang mula membayar segalanya walaupun suami masih berkemampuan, nescaya ia boleh mencetuskan ketidakseimbangan dalam hubungan dan lebih teruk, komitmen itu mungkin akan dianggap sebagai tanggungjawab bersama. — Majoriti



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 22-4-2025 12:46 AM
Acik setuju dgn benda ni. Sesekali bantu xpe tp jgn ambil alih benda yg sepatutnya dia yg kena settle sbb akan tiba 1 masa bila wife x nk byr and ckp itu kn tanggungjawab laki & husband yg dh 'manja' melompat sbb rasa beban.
Quote lightheaded67 22-4-2025 01:52 PM
kan ai stuju jugak
Quote akw 2-5-2025 06:43 PM
entah la
Quote ninja boy 7-5-2025 11:12 PM
Suami2 boleh berpura2 kudung tangan dan kaki pekak rabun serupa oku taw
Quote nana1001 11-5-2025 01:01 PM
setuju sangat
Quote kimoree 11-9-2025 01:23 PM
acikonion replied at 22-4-2025 12:46 AM
Acik setuju dgn benda ni. Sesekali bantu xpe tp jgn ambil alih benda yg sepatutnya dia yg kena settl ...

Setuju dengan Acik.

Lelaki ni suka kalau perempuan depend pada dia. Biar commitment tu dia yg bayar and perah otak mcm mana nak cari duit.
Kita ni bantu setakat kalau anak2 teringin nak makan or beli toys ke.
Quote Page88 13-9-2025 01:23 AM
Most women don't want to think about this. I met a lot of women who just want a baby & immediately think that the guy will become rich or change immediately after.
Quote Sunshine9202 1-1-2026 09:30 PM
Setuju jugak ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.053039 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top