CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mahu kembali rujuk, bekas isteri pelakon jawab No Way

21-4-2025 07:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8254| Komen: 57|Original author: tatod

1000019221.jpg



Sebelum ini, Cik Bunga ada juga dengar-dengar gosip belakang tabir berkenaan seorang pelakon lelaki ini. Dia yang sudah berpisah dengan isterinya, kononnya dikhabarkan mahu kembali rujuk semula dengan wanita itu atas dasar cinta.

Itu katanyalah. Namun, untuk seketika, Cik Bunga tak ada dengar pun perihal mahu merujuk itu. Dalam erti kata lain, perkara itu seakan terkubur begitu sahajalah dalam penceritaan di angin lalu dan membuatkan Cik Bunga fikir, barangkali tidak jadilah usaha mahu berbaik itu berlaku.

Kemudian, setelah lama tidak ada isu mengenai pelakon itu dan bekas isteri, sampai pula ke telinga Cik Bunga bahawa kononnya si aktor kacak itu mahu kembali rujuk lagi dengan bekas isterinya.

Makna kata bukan sekali dualah hasrat itu diluahkan aktor itu. Namun, tetap jua hasrat itu dilihat seakan sekadar hangat-hangat tahi ayam oleh bekas isterinya.

Sebabnya, Cik Bunga difahamkan, bekas isteri pelakon itu ada memberikan beberapa syarat kepada dudanya.

Paling utama adalah dia perlu memberitahu hasrat hendak berkahwin semula itu kepada kedua orang tua mereka. Mahu kahwin buatlah cara yang betul. Hormat ibu bapa, dapatkan restu orang tua.

Tak akanlah mahu kahwin senyap-senyap. Sebab punca utama mereka berpisah dahulu pun sebab rumah tangga tidak dapat restu keluarga. Itu apa yang Cik Bunga difahamkanlah.

Tetapi, syarat yang dinyatakan oleh bekas isterinya itu tetap tidak dapat dilakukan oleh aktor itu. Tidak tahulah apa alasannya lagi sedangkan semua orang tahu, mana-mana hubungan atau rumah tangga itu lebih baik jika disertakan dengan restu orang tua.

Maka apabila tengok sikap acuh tidak acuh aktor itu, si bekas isterinya sudah dapat mengagak, hasrat mahu kahwin itu sekadar ucapan di mulut sahaja, tetapi tidak ikhlas dari hati.

Bagi Cik Bunga, kalau begitu, nampak sangat si lelaki itu tidak matang dan belum benar-benar bersedia mahu hidup berumah tangga.

Mungkin juga belum benar-benar mampu menjadi seorang lelaki sejati. Memang selamat jalanlah ceritanya. - UTUSAN







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jihyomelly 20-4-2025 09:14 PM
bab rujuk2 pelakon nih nanti2 la dtg jenguk pulak..ada isu tgh hangat ipar dari nuraka yg lagi best..
Quote SANKURIANG 20-4-2025 09:20 PM
jihyomelly replied at 20-4-2025 09:14 PM
bab rujuk2 pelakon nih nanti2 la dtg jenguk pulak..ada isu tgh hangat ipar dari nuraka yg lagi best. ...

Dan juga nenek bentat esok..merentan nak serai gak.
Quote jihyomelly 20-4-2025 09:25 PM
SANKURIANG replied at 20-4-2025 09:20 PM
Dan juga nenek bentat esok..merentan nak serai gak.

ye lupa nek bantat dgn tarikh keramat 21/4 serai…thread ni nanti2 kita masuk blk hehehe
Quote anony-mous 20-4-2025 09:48 PM
Sapo? Fk n dd?
Quote MarryPottet 20-4-2025 10:15 PM
Sol sol sol dgn faghirah kewww?
Quote noor2 20-4-2025 10:21 PM
Actor kacak...perkahwinan x de restu org tua...siapakah,?
Quote anggeriklatifah 20-4-2025 10:34 PM
Macam mana nak contact cik bunga ye..email dia apa?
Quote sharlenetexas 21-4-2025 01:56 AM
Cerai u turn cerai u turn?


Quote Rogue98 21-4-2025 02:06 AM
Syamsul - Ira
Alip Aziz - Bella
achik Jeri - achik Elly
Qué Haidar - Linda Jasmine

Clue : perkahwinan tak direstui...SY n IK?
Quote jalfa 21-4-2025 02:19 AM
Faghiroh la ni....x payahlah ira.....mertua dr syurga tu agak.menyeramkan
Quote acikonion 21-4-2025 02:31 AM
Sy kunci SY & IK. Tp xde clue pula menyondol & disondol
Tp, x yah dgn bekas duda tu. Move on je..
Quote SalenaGomez 21-4-2025 08:37 AM
Rogue98 replied at 21-4-2025 02:06 AM
Syamsul - Ira
Alip Aziz - Bella
achik Jeri - achik Elly

Dd & FK
Quote anakpakmaun 21-4-2025 08:45 AM
DD n FK
Quote jiwakacau06 21-4-2025 08:51 AM
sol & ik ke?
xyh la ik tu rujuk...
elok2 boleh bersosial ..kang kena kurung lagi...
elok2 dah chubby...nnt makan hati dgn in law...
Quote alesandra 21-4-2025 08:58 AM
Dd tu bila masa pulak kawen senyap2 xde restu.fk pun kata xnak pujuk dah.sol la ni....
Quote tasha 21-4-2025 09:09 AM
anakpakmaun replied at 21-4-2025 08:45 AM
DD n FK

DD nmpk happy tanpa FK
Nmpk beliau sentiasa bz dan berniaga online bulan puasa kemarin, tak ada makna dia nk rujuk dgn FK
Quote intan20002 21-4-2025 12:12 PM
kalau betol sol n IK..mmg betul la sol tu cinta mati sama IK. last time tot kawen sebab maw diamkan IK dari xpose video n ugut familynya saja..
Quote Rogue98 21-4-2025 12:15 PM
SalenaGomez replied at 21-4-2025 08:37 AM
Dd & FK

Ye ker...tapi article cuma tulis pelakon lelaki...tak tulis pun isteri dia jugak pelakon.
Quote kepompong 21-4-2025 12:18 PM
Cerai taklik boleh rujuk senang2 ke

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.062965 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top