CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Selebriti ‘kayangan’ gagal beza realiti hidup

21-4-2025 07:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 552| Komen: 1|Original author: tatod

1000019230.jpg



Buat pemerhati dunia seni hiburan antarabangsa, pasti ada antara anda yang pandai menilai selebriti manakah yang pernah hidup susah dengan mereka yang sejak kecil sudah hidup berlimpahan kemewahan.


Bagi selebriti yang bermula dari titik kosong, pernah hidup susah, mereka kebiasaannya lebih rasional dan ‘berjiwa rakyat’ dalam mengeluarkan kenyataan soal hidup.


Berbanding selebriti yang bertaraf ‘kayangan’, kebanyakan mereka seakan tidak tahu apa sebenarnya yang dilalui oleh golongan bawahan atau rakyat marhaen sehingga menyaksikan adakalanya mereka ini melontar komen tidak logik.


Itu yang berlaku kepada beberapa selebriti popular antarabangsa dan berikut adalah antara kenyataan ‘menarik’ yang pernah dilontarkan oleh mereka.



1000019225.jpg


ADELLE


Adele juga pernah mengeluarkan kenyataan yang membuatkan orang ramai merasakan dirinya seakan terputus dari realiti.


“Kediaman yang saya miliki di Los Angeles, Amerika Syarikat, rasanya saya tak akan mampu beli di London. Tak mungkin,”katanya.


Selain itu, Adele berkata, dia juga tidak mahu menetap di London berikutan faktor cuaca hujan yang kerap berlaku di sana.


“Saya sudah tengok rumah di sana. Harganya ratusan juta pound. Saya tak ada duit sebanyak itu. Rasa macam hendak muntah bila memikirkannya,”katanya.


Bagaimanapun hakikatnya, Adele memiliki hartanah di London dan di LA pula menyaksikan dia memiliki tiga buah kediaman yang mana jika digabungkan menjadi satu kawasan, kesemua itu bernilai lebih $30 juta.


Ada beranggapan kenyataan Adele itu menyerlahkan kesombongannya kerana realiti hidup kebanyakan orang masih belum mampu untuk beli sebuah rumah di United Kingdom.


1000019226.jpg


KIM KARDASHIAN


Bercakap tentang Kim Kardashian, dalam satu temu bual dengan majalah Allure, dia pernah ditanya adakah dirinya pernah berasa bersalah kerana menetapkan standard kecantikan yang tidak realistik dan sukar dicapai. Ini jawapan yang diberikan Kim.


“Kalau saya boleh buat, maknanya ia boleh dicapai. Saya betul-betul ambil berat tentang penampilan.Bukan mudah apabila anda seorang ibu, penat di hujung hari, atau tengah belajar, dan saya sedang lalui semua itu.


“Biasanya saya buat rawatan kecantikan lewat malam. Selepas semua sudah tidur, saya buat rawatan laser,”katanya.


Kenyataan itu mengundang kritikan di media sosial, berikutan ramai yang menegaskan bahawa tidak semua orang mampu membuat rawatan laser sebagaimana dirinya.


Malah, rutin kecantikan Kim sendiri dilaporkan menelan kos sekitar $3,000 atau lebih, yang mana ia satu angka yang jauh daripada kemampuan kebanyakan orang.


1000019227.jpg

NATALIE PORTMAN


Pada 2009, Natalie Portman menunjukkan betapa berbezanya cara golongan kaya dan terkenal mengalami kemelesetan ekonomi apabila dia menyifatkan keadaan itu sebagai ‘masa yang menyeronokkan’.


“Saya rasa ini masa yang agak menyeronokkan. Maksud saya, semua orang sedang berjimat. Ia berlaku dalam semua industri, termasuk industri kami (hiburan).


“Tiba-tiba, orang mula buat kerja yang mereka tidak suka, pendapatan tidak seperti yang dijangka, atau terus hilang kerja.


“Tapi saya mula nampak orang mula cari semula minat sebenar mereka dan apa yang betul-betul buat mereka teruja,”katanya.


Kenyataannya itu kedengaran sangat terpisah dari realiti, seolah-olah kehilangan kerja dan pendapatan hanyalah peluang untuk ‘mengikut minat’ dan bukan satu beban hidup yang berat.


1000019228.jpg


SIMON COWELL


Simon Cowell pernah memberi kenyataan yang menunjukkan betapa dia tidak memahami apa maknanya hidup susah.


”Wang beri anda keselamatan dan pilihan. Anda boleh buat keputusan dengan cara berbeza kalau ada banyak duit. Tapi bila tak ada apa-apa, anda jadi lebih naif dan berani sebab tiada apa untuk hilang.


“Untuk mendapat wang, kita kena berjaya, dan untuk berjaya, kita kena kerja kuat, dan itulah yang saya buat. Saya bayar diri sendiri £5,000 setahun, langsaikan hutang, dan banyak belajar daripada pengalaman itu. Saya tak malu, saya terima saja,” katanya.


Untuk pengetahuan, Cowell dibesarkan dalam keluarga yang agak berada, tapi hampir muflis pada usia 28 tahun akibat berbelanja besar menggunakan kad kredit termasuk membeli Porsche, kediaman mewah, sehingga terpaksa kembali menetap semula dengan ibu bapanya.


1000019229.jpg


SHARON STONE


Sharon Stone pernah merungut mengenai perbelanjaan hidup sebagai orang terkenal.


“Menjadi orang terkenal ini sangat mahal. Setiap kali keluar makan malam, ada 15 orang di meja, dan siapa yang kena bayar?


“ Kitalah yang kena bayar bil makan RM14,000 setiap kali,”luahnya dalam satu temu bual dengan sebuah majalah antarabangsa.


Perkara itu kemudiannya mengundang kritikan ramai yang rata-rata menyifatkan tiada siapa memaksa dia untuk menikmati makanan di restoran mahal dan perlu membayar makanan orang lain. - UTUSAN







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote royaldanish 21-4-2025 03:17 PM
tin kantan and the geng ni taraf2 adele la kan sebab mampu beli rumah d sana

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.037177 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top