CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar sunting, jual imej lucah: Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan

18-4-2025 11:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2369| Komen: 33|Original author: tatod

1000018031.jpg



KULAI: Pengetua sebuah sekolah menengah yang dikaitkan kes foto lucah palsu wanita yang menyaksikan dua pelajar ditahan, meletakkan jawatan susulan isu terbabit.


Berdasarkan maklumat, surat peletakan jawatan dikemukakan pada 12 April lalu sebelum ia diterima pihak Lembaga Pengarah sekolah dalam satu mesyuarat semalam.


Bagaimanapun, pihak lembaga pengarah tidak mendedahkan sebab sebenar peletakan jawatan itu, sebaliknya menyatakan keputusan dibuat mengikut 'kehendak peribadi'.


Melalui satu kenyataan dimuat naik di laman rasmi sekolah, pihak lembaga memaklumkan selepas perbincangan teliti, barisan pengarah sebulat suara memutuskan untuk menghormati peletakan jawatan itu.


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin, ketika dihubungi memaklumkan belum menerima sebarang makluman rasmi mengenainya.



Sekolah tinggi terbabit adalah sekolah menengah aliran Cina bebas terbesar di negara ini. Ia ditubuhkan pada 1913 di Johor Bahru dan kini beroperasi di tiga kampus iaitu Stulang Laut, Kulai dan Masai.


Skandal mula tercetus awal bulan ini apabila beberapa pelajar perempuan termasuk bekas pelajar, mendakwa seorang pelajar lelaki menyunting foto mereka secara digital menjadi imej lucah.


Semua imej kemudiannya dipercayai diedarkan melalui satu kumpulan sembang untuk tujuan keuntungan.


Mereka yang menjadi mangsa mendakwa pihak sekolah pada awalnya hanya mengambil tindakan ringan terhadap pelaku, menyebabkan rasa tidak puas hati dan kebimbangan dalam kalangan pelajar dan ibu bapa.


Terkini polis menahan dua suspek berhubung kes itu membabitkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dipercayai dalang utama, serta rakan subahat berusia 19 tahun.


Pihak lembaga sekolah pada 10 April lalu turut mengesahkan pelajar bertanggungjawab sudah pun dibuang sekolah, dengan pihak Lembaga Pengarah mengakui kelemahan dalam tindakan awal dan berikrar menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat. - BH Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 18-4-2025 11:28 PM
Foon yew kah
Quote kepompong 19-4-2025 12:54 AM
Iyo lah mmg foon yew
Quote acikonion 19-4-2025 06:05 AM
Why pengetua letak jawatan? Rasa fail kemudi sekolah ke? Yg dak 16 tahun ni kdg2 lagi hantu dr hantu
Quote batmana 19-4-2025 06:40 AM
Sebab masa ada kuasa. Dia xbuat tindakan keras. Bila dh letak kt publik barulah nk buat sesuatu.. Sp failed kt sni

Elok pelaku tu disebat bontot depan perhimpunan sekolah aja.. Tapi skrg mana boleh sentuh murid
Quote L.U.S.M 19-4-2025 07:42 AM
Amboi kemahen nk coverina..klu Kes sekolah melayu lg2 aliran tahfiz ke maahad ke cpt je ko petik nama sekolah..tp klu sekolah cina apa semua senyaaapppppp xberkutik nk mention pun sekadar hujung2 sipi jekkkk
Quote shy79 19-4-2025 07:55 AM
byk je sekolah bila ada kes2 mcm ni buat senyap ja..
nk ambik tindakan kt pelaku pun lambat2..
semua ni bergantung pd pengetua skolah..
kalau dia x bagi ambik tindakan, cikgu lain boleh buat apa ja..
elok la pengetua tu letak jawatan, at last dia ada rasa tanggung jwb jgk
Quote liyamariska 19-4-2025 08:07 AM
lain mcm bebudak zaman skrg...
Quote shernazz 19-4-2025 08:28 AM
Dahsyat budak tu buat niaga..
masuk henry gurney la.ek.budak.ni
Quote lostnfaun 19-4-2025 08:33 AM
L.U.S.M: Amboi kemahen nk coverina..klu ...


Sekolah cina T20 harus la cover. Student pegi sekolah bawa kereta mewah, EV bagai, mesti pengetua cuba cover budak tue. Tapi dia lupa bila sekolah ramai anak T20 memang payah nak cover lagi² kalau mangsa pun T20 jgk.

Paling menyampah kalau lalu area sekolah cina nie, dia punya jem tak ingat dunia. Jalan dari 3 lane jadi 1 lane jer, baki lane mak pak parking tunggu nak ambik sekolah. Yg bas plak buat ikut kepala dia, mcm dia sorg nak cepat.
Quote Belibis 19-4-2025 08:41 AM
L.U.S.M replied at 19-4-2025 07:42 AM
Amboi kemahen nk coverina..klu Kes sekolah melayu lg2 aliran tahfiz ke maahad ke cpt je ko petik nam ...

Masih ada lagi yang belum sedar,musang king dah jadi king di tanah ini?
Quote L.U.S.M 19-4-2025 09:09 AM
lostnfaun replied at 19-4-2025 08:33 AM
Sekolah cina T20 harus la cover. Student pegi sekolah bawa kereta mewah, EV bagai, mesti pengetua  ...

Oh sama macam sek cina kat jln Syed putra kl ni la.berderet peti ais tunggu smpi jln jem bila murid keluar sekolah walhal kawasan tu dh xstrategic utk jadi tapak sekolah..
Sekolah kebangsaan kat kawasan bandar habis kena pindah merata..tp sekolah Tamil Cina semua xusik langsung!

Mmg smpi bila2 pun isu 3R xkn lengkap selagi sistem pendidikan xbersepadu n disatukan..menteri pendidikan semua telur xde
Quote L.U.S.M 19-4-2025 09:10 AM
Belibis replied at 19-4-2025 08:41 AM
Masih ada lagi yang belum sedar,musang king dah jadi king di tanah ini?

Siap jadi tokey emas lagi..still xde sapa kena tgkp..just sita barang je sbb netizen dh bising..ape la lemah sgttt masing2..dr payung kuning smpi payung warna warni semua haprak!
Quote babyLON. 19-4-2025 09:45 AM
lostnfaun replied at 19-4-2025 08:33 AM
Sekolah cina T20 harus la cover. Student pegi sekolah bawa kereta mewah, EV bagai, mesti pengetua  ...

Sekolah cina daerah iols pun sama buat taik mcm ni. Jalan 1 lane ja mmg tak boleh guna langsung sbb dorg park atas jalan tu kiri kanan. Trpaksa guna jalan lain yg lalu sekolah kebangsaan, yg ni jammed juga tp still gerak sbb ada drivethru & ibubapa/bas tak park atas jalanraya.
Quote honeybee1802 19-4-2025 10:00 AM
Ooo...sekolah prebet cinerrrr...cuba kalo tahfiz ke....
Agaknya kalo buli ke haepr mau disorok2 jg eh?dag ada beb kes bdk sekolah cina terejun bgnan sekolah kan?
Quote Belibis 19-4-2025 10:16 AM
honeybee1802 replied at 19-4-2025 10:00 AM
Ooo...sekolah prebet cinerrrr...cuba kalo tahfiz ke....
Agaknya kalo buli ke haepr mau disorok2 jg e ...

Kalau tahfiz..jam tu jugak kena arah tutup.
Quote Thunderclouds 19-4-2025 10:34 AM
Ooo.. Ini kes sbb sekolah punya administration bulih p victim blaming itu mangsa² & siap buat PSA utk budak2 pompuan jgn share gmbo kt medsos. Bukan cepat² hukum perpetrator. Bagus la buat menda bermaruah spt letak jawatan. Kalo tipikal mulayu akan di petik hadis² utk tegak benang yg basah. Jgn sebar aib katanyehh... Buruk nama isley gitohh.
Quote TomyamPuteh 19-4-2025 10:58 AM
Terbayang muka Fadhlina Sidek Sambil jegil2 bijik mata.
Quote sayawifenikmie 19-4-2025 01:11 PM
Edited by sayawifenikmie at 19-4-2025 01:13 PM

... entah entah dinasihatkan letak jawatan .. tapi kalau memang sukarela, kira tindakan bermaruah dan terpuji lah ... maybe setelah rasa diri gagal mengemudi sekolah tu ..
Quote grouper 19-4-2025 04:39 PM
Mesti bukan sekolah tahfiz kat Kelantan atau Kedah sebab sejuk beku je kes ni

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.047231 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top