|
SELEPAS enam bulan turun naik mahkamah, pasangan pelakon Baim Wong dan Paula Verhoeven sah bercerai talak satu di Mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Selatan pada Rabu. Kompas melaporkan mahkamah turut menetapkan hak penjagaan dua anak mereka diberi sama rata kepada Baim dan Paula. Mahkamah memerintahkan pasangan itu bergilir-gilir menjaga kedua-dua anak lelaki mereka selama dua minggu sekali.
Pada 7 Oktober tahun lalu, Baim memfailkan cerai terhadap isterinya di Mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia. Dedah Baim, sikap curang isterinya menjadi punca dia memfailkan cerai. Bagaimanapun Paula menafikan dakwaan itu dan menegaskan tidak pernah berlaku curang terhadap aktor berkenaan. Untuk rekod Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018. Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun. - mStar |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.239288 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.