|
PERSEMBAHAN penutup minggu pertama penyanyi Jennie Blackpink di pentas Coachella 2025 yang berlangsung di California, Amerika Syarikat mendapat reaksi negatif penonton. Jennie mengambil alih pentas di ‘Outdoor Theatre’ pada Ahad lalu dan menyampai 13 buah lagu solo menerusi konsep persembahan intim bersama peminat. Pun begitu, persembahan tersebut tidak berjalan seperti dirancang malah peminat menggunakan media sosial berkongsi kekecewaan mereka.
“Sebagai peminat Blackpink dan muzik kpop yang telah mengikuti semua persembahan di Coachella, saya kecewa melihat Jennie bergelut dengan stamina dan kelihatan separuh mati sepanjang persembahan. “Jennie seperti kehabisan nafas setiap kali menyanyi. Dia menyanyi mungkin hanya 30 saat dan selebihnya menjerit. “Senarai lagu yang dinyanyikan juga sangat mengerikan. Dia tidak boleh menyanyikan lagu-lagu tersebut terus menerus,” tulis netizen. Selain Jennie, pentas Coachella 2025 tahun ini turut memperlihatkan penampilan penyanyi popular lain termasuk Lisa Blackpink, Lady Gaga, Green Day dan Missy Elliot. - mStar |
acikonion replied at 18-4-2025 04:55 AM
Nak komen tapi tatut kt blink

lasagna replied at 18-4-2025 03:45 PM
komen jer lahh..
iols rasa faktor umur pun yaa, pastu apa dia makan,
JahLupa replied at 1-5-2025 12:15 AM
Dia isap pod ke
lasagna replied at 1-5-2025 03:10 PM
lahh kan prnh viral kantoi dia vape kat Italy..
smp dia buat pemohonan maaf lah, pd hal indoor jer ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.145543 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.