CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Pelik & Misteri Lihat artikel

Tetamu cabut lari ada suara ajuk baca ayat Qursi... Dah kena ganggu baru staf hotel dedah kisah bilik dihuni

16-4-2025 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10968| Komen: 1|Original author: tatod

1000015617.png



‘PENUNGGU’ sering dikaitkan dengan bangunan tinggal, juga rumah-rumah tradisional.


Namun tidak dinafikan lokasi popular dan menjadi tumpuan ramai pun ada yang dibelenggu kisah misteri.


Di media sosial, seorang lelaki berkongsi kisah diganggu lembaga hitam berbulu semasa menginap di sebuah hotel di selatan tanah air.


Pemuda itu berkata dia mula berasa tidak selesa sejurus pulang dari bersiar-siar di kawasan sekitar.


“Semalam kursus kat sebuah hotel di Johor, lepas habis kursus pukul 6 petang macam tu, pergilah berjalan-jalan dengan staf dari negeri-negeri lain.


“Balik bilik hotel pada pukul 10 malam macam tu.


"Kemudian macam biasa, sebelum tidur kibas-kibaskan tilam sambil baca taawuz,” kongsinya.



1000015618.jpg


Namun tanpa diduga, dia terdengar suara lain yang seolah-olah mengikut alunan taawuz.


Bagaimanapun bacaan yang disebut tidak begitu jelas.


“Tengah-tengah baca tu, ada ‘suara’ ikut baca. Tapi bacaan dia tak jelas, macam bunyi ‘hufhufhufhufhuf huf’,” tambahnya.


Mengakui pelik dengan situasi yang berlaku, dia cuba berfikiran positif dan menganggap bunyi yang didengari datang daripada pendingin hawa.  


“Aku macam pelik, husnuzon fikir mungkin bunyi aircond.


1000015622.jpg


“Aku pun mula baca ayat Qursi, tiba-tiba ada ‘suara’ ikut lagi, kali ni rasa macam betul-betul di belakang,” katanya yang semakin berasa seram.


Susulan itu, dia menoleh ke belakang bagi memastikan tiada siapa masuk ke biliknya tanpa disedari.


“Apabila aku toleh belakang, aku lega sebab nampak bayang-bayang sendiri.


“Tapi bayang-bayang aku tu besar dan berbulu, setinggi siling,” jelasnya.


Perasaan takut yang menyelubungi diri membuatkan dia terus keluar dan pergi ke bilik rakannya.


“Aku terus cabut ke bilik member… dia tanya kenapa pucat, aku jawab ‘oh saya ni penakut tidur seorang diri, boleh ke nak tumpang tidur’,” tambahnya.


Keesokan pagi, dia menceritakan situasi yang dialami kepada petugas di hotel tersebut.


Namun dia diketawakan individu berkenaan yang kemudiannya menyatakan bilik yang diinapnya itu jarang diberikan kepada tetamu melainkan jika hotel penuh. - mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alongweeda 16-4-2025 09:13 AM
sbb tu klu walk in hotel...pekerja kt dh full mmg aku xde nk merayu2 utk dptkan bilik sbb msti akn diberikan bilik yg mistik2 ni...almost hotel msti ada blik2 misteri yg akn diberikan pd pengunjung jika terpaksa

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.041683 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top