JEMPOL 9 Julai - Seorang warga emas nyaris maut selepas diserang seekor babi hutan ketika dalam perjalanan ke rumah jirannya di Kampung Bayai Lama, Serting dekat sini semalam.
Kejadian pukul 4.30 petang itu mengakibatkan Saerah Hassan, 82, cedera di tangan kiri akibat digigit haiwan berkenaan selain luka di beberapa anggota badan. Menurut jirannya, Mastura Jamaludin, 39, ketika kejadian mangsa berjalan kaki berseorangan di laluan utama kampung tersebut berhampiran sebuah kebun getah. "Tiba-tiba muncul seekor babi hutan dianggarkan seberat 70 kilogram pantas menyondol mangsa sehingga bajunya terkoyak. "Mangsa kemudian terjatuh sebelum babi berkenaan menggigit tangan kirinya sehingga parah. Kebetulan ketika itu ada penduduk kampung yang lalu di kawasan tersebut segera menyelamatkan mangsa," katanya ketika ditemui hari ini.
|
izamahmed posted on 9-7-2013 03:04 PM
tangkap pastu soal siasat... agaknye ape la babi tu nak cakap yer
shamsadis posted on 9-7-2013 03:09 PM
nak tulis 'babi' jugak...sebab bukan senang nak tulis perkataan nie dalam forum
eco_internet posted on 9-7-2013 03:14 PM
Babi tersobut akan didakwa di mahkamah...kalau babi tu kroni umno, confirm terlepas...
ADVERTISEMENT