CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

'Cita-cita di bangku sekolah tercapai', orang kampung bangga Avlyanie satu-satunya anggota wanita SMART jayakan misi di Myanmar

4-4-2025 12:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1364| Komen: 3|Original author: tatod

1000006051.png



AVLYANIE Moidi menjadi satu-satunya anggota wanita dalam Pasukan Bantuan dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) untuk misi bantuan gempa bumi di Myanmar.



Namun, ia bukanlah keputusan yang mudah buat wanita berasal dari Sabah itu kerana terpaksa meninggalkan suami serta anak demi khidmat kepada negara.



Sebelum ini, Avlyanie mendedahkan bahawa terpaksa mempersiapkan diri seawal pukul 2 petang Jumaat untuk berangkat ke Myanmar.



1000006054.jpg


Avlyanie bagaimanapun tetap tekad dan fokus untuk melaksanakan tanggungjawabnya.


Berita tersebut turut meraih perhatian ramai khususnya penduduk Sabah yang bangga dengan Avlyanie.


Rata-ratanya turut mengirimkan doa buat anggota wanita itu serta seluruh anggota SMART agar sentiasa selamat pergi dan pulang ke tanah air.


"Cita-cita sejak di bangku sekolah untuk menjadi ahli pasukan bomba tercapai. Kini dengan misi yang lebih besar.


"Tahniah Avlyanie Moidi, tumpang bangga. Semoga semuanya berjalan lancar," tulis Manson Michael.


"Terima kasih semua hero yang terlibat dalam misi bantuan di Myanmar," ucap Naif Daran.


Sementara itu, dia bersama 49 lagi anggota SMART dikerahkan ke Naypyidaw, Myanmar pada pagi Ahad sebagai antara misi kemanusiaan serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terkorban.


Sebuah pesawat yang membawa peralatan SAR termasuk dua lori lima tan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda turut dikerahkan ke lokasi kejadian.


Terkini, kerajaan Malaysia juga menyalurkan bantuan kemanusiaan sebanyak RM10 juta untuk permulaan kepada rakyat Myanmar.


Setakat ini, seramai lebih 1,600 mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi yang melanda Myanmar. — Majoriti


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 4-4-2025 11:33 AM
Meolls salute sheolls.. kudos yaachh
Quote tahanie 5-4-2025 09:40 AM
Tahniah awaa
Quote Tunakimchi 6-4-2025 12:35 PM
Salute

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.032813 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top