CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

"Aunty ni paling lawa dekat ofis ayah”-suruh anak salam, suami puji wanita lain depan isteri

25-3-2025 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2183| Komen: 15|Original author: Raline

is.PNG


Dalam sesebuah perkahwinan, gurauan antara suami dan isteri sering menjadi penyeri hubungan.

Namun ada ketikanya gurauan yang dianggap remeh boleh menggores hati pasangan lebih-lebih lagi jika melibatkan hal sensitif.

Seorang wanita menceritakan pengalamannya menyaksikan seorang suami bergurau dengan cara yang dianggap kurang sensitif terhadap perasaan isteri.  

Menurut individu berkenaan, dia terdengar perbualan tersebut ketika berbuka puasa di luar bersama keluarga.

"Saya terdengar seorang suami ni bergurau. Dia duduk satu meja dengan kawan-kawan yang ada isteri dan anak-anak sekali.

"Tiba-tiba datang kawan satu pejabat, seorang perempuan dah kawin dan beranak pinak dah. Mereka nak bersalam-salaman. Si suami cakap... eh salam, aunty ni paling lawa dekat ofis ayah.

"Mungkin niat nak bergurau tapi si ayah cakap benda tu depan isteri. Apabila saya dengar je terus curi-curi pandang isteri dia," ujarnya menceritakan situasi.

Meskipun mungkin hanya berniat untuk bergurau, individu tersebut mengakui kurang senang dengan situasi berkenaan.  

"Memang la orang kata lebih baik cakap depan-depan.  Tapi saya tak tahu la saya kuno ke apa. Bagi saya, memang benci dengar benda tu.

"Depan isteri nak bergurau puji orang lain. Walaupun isteri dia mungkin okey tapi bukan bagi saya. Saya sudah banyak layan drama dunia.

"Saya pun kenal ramai orang dan saya memang tak suka dengar bergurau cara mengarut ni. Kalau saya boleh kakikan, saya kakikan je," jelasnya.

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata kurang senang dengan sikap suami berkenaan.  

"Jenis suami tak sensitif dengan perasaan isteri ni memang saya bagi jelingan maut je.

"Kita yang baca ni pun sakit hati tau. Lagi-lagi kalau ada dalam situasi tu. Memang saya sound je laki tu kalau perangai teruk.

"Depan isteri je dah macam tu. Kalau belakang bini dia apa lagi... satu ofis pula tu," beberapa netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tokchik 25-3-2025 10:26 AM
jenis tak fikir perasaan orang lain
Quote Sazreena 25-3-2025 03:44 PM
Ke laki tu pun ada feeling senanya..
Quote adelea 25-3-2025 11:27 PM
Kakak yg share ni kann aduii laaa …
Laki dia ckp depan bini and anak2 lagipun

Kdg2 kebenaran tu pedih
Bukan dia nak memuji pon
Adoii klu cantik ckp mmg cantik salahh ke weii
Bukan tak sensitive kdg2 realiti hidup …

Jgn laa bergaduh laki bini benda yg bukan2
Quote mawardia 26-3-2025 02:05 PM
Motip jantan ni nak kena mention benda tu depan anak?
It should've stopped after the word "...salam."
The next clause is unnecessary.
Quote Prickford 26-3-2025 02:16 PM
adelea replied at 25-3-2025 03:27 PM
Kakak yg share ni kann aduii laaa …
Laki dia ckp depan bini and anak2 lagipun

Iolls penah pegi dinner opis laki iolls. Pastu jumpa akak HR nya. Dah salam2, borak2, pastu otw balik ke kereta, laki iolls cakap "akak HR tu andartu, dulu akak HR tu cantik, skang dah tua, camtulah". Iolls terus cakap, "jgn2 akak HR tu suka kat u, tunggu2 sampai tua, u kawin dgn orang lain". Saja bergurau. Benda kecik, kita pon nmpk akak tu dah tua masih manis. Not a big deal. Husband dah pilih kita sebagai isteri, makna kita ni special melebihi orang lain. Jgn gaduh dgnn hal yg kecik. Jgn kecik hati dgn suami atas benda yg remeh temeh. Buat rasa berdosa je nnt.
Quote awanysss 26-3-2025 02:18 PM
adelea replied at 25-3-2025 11:27 PM
Kakak yg share ni kann aduii laaa …
Laki dia ckp depan bini and anak2 lagipun

aku setuju ni..

kalau aku kat tempat isteri dia pun aku okay je sbb aku sedar diri aku biasa2 je plus mungkin mmg perempuan tu extra cantik dan layak dipuji.
fact is fact kekdahnya. cuma puji je la dibenarkan, kalau dia compare aku, depan2 tu jugak aku amuk hihii
Quote farlis 26-3-2025 03:07 PM
Edited by farlis at 26-3-2025 03:08 PM

For me ..benda ni biasa je... Normal la...org puji cantik etc..
Quote adelea 26-3-2025 04:59 PM
Prickford replied at 26-3-2025 02:16 PM
Iolls penah pegi dinner opis laki iolls. Pastu jumpa akak HR nya. Dah salam2, borak2, pastu otw ba ...

Ye kan ciptaan tuhan

Dah mmg cantik puji je pon
Klu dia nak pompuan tu dah lama dia ngorat and kawen but dia pilih u as isterinya

Fitrah laki kann
Tak yah insecure sgt ..
Quote adelea 26-3-2025 05:00 PM
awanysss replied at 26-3-2025 02:18 PM
aku setuju ni..

kalau aku kat tempat isteri dia pun aku okay je sbb aku sedar diri aku biasa2 je  ...

Kan ….
Bukan dia compare ckp tgk akak tu cantik bukan macam awak … contohnyaaa tu baru laa meja pon terbang atas kepala laki tu
Quote hokeypokey 26-3-2025 05:01 PM
laki orang lain tapi dia yg terlebih sentap plak
Quote gideoncross 29-3-2025 03:35 AM
hokeypokey replied at 26-3-2025 05:01 PM
laki orang lain tapi dia yg terlebih sentap plak

Yg ni btul
Quote ina_na 29-3-2025 05:35 PM
Iolss ms muda dl penah je big bos ckp kat wife dia org,ni staff kita baru masuk,2 org cantik2 budak skrg...wife big bos pandai baik je gan iolss n kwn iolss... Lps tu sll check big bos Ade kat mana...sbb dia ckp big bos x mungkin akan skandal dgn org yg dia kenalkan... penat sungguh kn jd spy dlm ms yg sama kn cover big bos...big bos iolss Ms tu dah 3 org isteri..yg baik gan staff wife no 1... Hehehe..
Quote Kimberly_barnes 31-3-2025 03:18 AM
Forensik data menawarkan pemeliharaan bukti digital yang boleh berguna di mahkamah, menyediakan rantaian jagaan untuk sebarang bukti yang ditemui dalam kes penipuan kewangan, kecurian mata wang kripto atau kecurangan, dan menyokong pemulihan aset anda yang hilang. Saya dapat memulihkan wang saya yang hilang kepada penipu, kemahiran mereka sangat baik. Saya bersyukur.
anda boleh menghubungi mereka melalui
E-mel: [email protected]
WhatsApp:+1(315)612-1269
laman web:https://www.data-forensics.de/
Quote n3ar 8-4-2025 05:24 PM
kecoh la minah ni...mamat tu bergurau sesama kawan2 kot..paling cantik kt ofis maknanya yg lain kt ofis tu btak berapa cantik..

tapi kt rumah of course wife dia lagi cantik
Quote babelina 21-4-2025 02:34 PM
mak mentua jiran aku pula.. sambil2 pegang cucu.. tegur aku..'auntie cantik.. auntie cantik.. " cmana.. dh menantu x bpe nk menegur aku dh.. hahah.. kdg benda2 spontan.. kuar jer dari mulut tu.. bkn di suruh2..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.071384 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top