CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Ibu jadi hamba anak menantu, balik kampung semua jadi ‘diva’

25-3-2025 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1436| Komen: 7|Original author: Raline

d.PNG


Setiap insan bergelar ibu tidak pernah berkira untuk berkorban waktu, tenaga dan perasaan demi anak-anak.

Lebih-lebih lagi jika anak mahupun menantu mahu pulang ke kampung, ibulah individu yang paling sibuk mengemas serta menyediakan hidangan demi menyambut kepulangan mereka.

Biarpun tidak mengeluh atau merungut kepenatan, namun ia bukanlah tiket untuk anak-anak bersenang-lenang seperti tetamu dan membiarkan ibu melakukan setiap kerja rumah seorang diri.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang individu meluahkan rasa kecewa dengan sikap adik-beradik sendiri yang tergamak memperlakukan ibu mereka seperti orang gaji setiap kali pulang ke kampung.

"Aku tak tahu nak cerita macam mana, tapi setiap kali balik kampung, hati aku sebak tengok mak sendiri. Aku dah kahwin, ada dua anak. Aku balik kampung sebab nak tengok mak, nak dia rasa gembira.  Tapi setiap kali abang dan kakak aku balik, mak jadi orang gaji dalam rumah sendiri.

"Masa sahur, mak bangun sorang-sorang siapkan makanan. Kakak? Kak ipar? Bangun, makan, lepas tu sambung tidur. Aku walaupun tak makan sahur, tetap bangun tengok mak, tolong apa yang patut," tulisnya dalam satu hantaran yang dikongsikan di TikTok.  

Tambahnya, tidak cukup 'berperang' di dapur pada awal pagi, ibunya akan bertungkus-lumus menyediakan hidangan berbuka puasa untuk seisi keluarga pula menjelang petang.

Seperti biasa ujarnya, hanya dia dan ibu yang akan menyiapkan hidangan tanpa sedikit pun dibantu oleh adik-beradik mahupun iparnya.

"Aku tengok mak, dia nampak penat, tapi dia tak pernah cakap apa-ара. Aku pernah tanya... mak, kenapa akak dengan menantu mak tak tolong?.

"Mak cuma senyum... biasa la tu. Sejak bila mak kena jadi hamba dalam rumah sendiri itu hal biasa?

"Aku pernah tegur kakak aku, tapi dia melenting dan merajuk. Terus tak nak cakap dengan aku, tak nak cakap dengan mak," kongsinya lagi.

Sudahlah culas membantu memasak, ujarnya adik-beradiknya juga bersikap diva apabila memilih untuk enggan berkongsi bilik kononnya demi keselesaan anak isteri masing-masing.

"Rumah mak bukan besar. Aku okay je tidur di ruang tamu. Tapi kakak dan abang aku? Nak bilik sorang satu. Sampai mak kena fikir keselesaan semua orang, sedangkan mereka tak fikir pun tentang mak.

"Aku tak reti nak tulis panjang-panjang, tapi kalau kau balik kampung, tolonglah ubah perangai. Jangan buat mak macam hamba.

"Dan untuk lelaki, ingatkan isteri masing-masing. Jangan biar mak buat semua benda sorang-sorang, sedangkan isteri kau duduk goyang kaki," tulisnya lagi.

Perkongsian individu berkenaan mengundang perhatian warga maya yang turut meluahkan rasa simpati seolah-olah dapat merasai situasi yang dialami individu berkenaan.

"Common sense. Nampak mak masak sorang-sorang, tolong. Kalau tak nak tolong, belilah apa-apa... bagi mak duit. Mak tu dah semakin tua, jangan buli dia.

"Aku lebih suka balik kampung tanpa beritahu... tiba-tiba muncul je supaya orang tua tak sediakan apa-apa.

"Anak lelaki pun kena masuk dapur... ajak isteri sekali," demikian antara komen netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 25-3-2025 09:05 AM
Setiap tahun, akan ada cerita yang sama, semoga kita semua buka mata dan menolong tanpa perlu disuruh
Quote Sazreena 25-3-2025 03:54 PM
Mak pun janganlah nak redho sangat...aku mmg nyampah anak, menantu berat tulang. Ko ingat mak/mil tu bibik ko sepanjang raya..laki pun xde telo ke nak tegur..ke qc.
Quote kucingitam 25-3-2025 05:23 PM
dah mula dah drama mak la, menantu la, ipar duai la..
Quote nono86 25-3-2025 11:05 PM
Dak, untuk lelaki jangan biar mak kau ko buat kerja sorang2.. tu rumak mak engkau, bini kau biar dia tengok anak2
Quote sayurmayur88 26-3-2025 10:36 AM
topik sama tahun2..
Quote AbukRokok 26-3-2025 11:29 AM
aku nk blik ni
ko sekolah x
ko srp tak
Quote Kimberly_barnes 31-3-2025 03:18 AM
Forensik data menawarkan pemeliharaan bukti digital yang boleh berguna di mahkamah, menyediakan rantaian jagaan untuk sebarang bukti yang ditemui dalam kes penipuan kewangan, kecurian mata wang kripto atau kecurangan, dan menyokong pemulihan aset anda yang hilang. Saya dapat memulihkan wang saya yang hilang kepada penipu, kemahiran mereka sangat baik. Saya bersyukur.
anda boleh menghubungi mereka melalui
E-mel: [email protected]
WhatsApp:+1(315)612-1269
laman web:https://www.data-forensics.de/

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.101921 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top