CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Album solo Rosé cipta rekod, cecah 2 bilion strim dalam tempoh kurang 100 hari

24-3-2025 07:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 754| Komen: 1|Original author: tatod

blackpink-rose-k-pop-fan-culture-trained-perfect-interview.jpg


Rosé mencipta sejarah tersendiri apabila album solonya berjudul Rosie berjaya melepasi dua bilion strim di Spotify hanya dalam tempoh 98 hari.

Kejayaan itu menjadikan Rosé artis wanita K-Pop pertama berjaya mencipta rekod tersebut.

Tidak hanya itu, Rosé turut memecah rekod kumpulan Blackpink menerusi album Born Pink yang mendapat jumlah strim sama dalam tempoh 355 hari.

download.jpg


Rosé kini menyertai beberapa artis terkenal lain seperti Olivia Rodrigo menerusi album Sour dan Billie Eilish (When We All Fall Asleep, Where Do We Go?) yang turut mencapai kejayaan sama.

Tidak hanya itu, Rosé turut memecah rekod dipegang anggota kumpulan BTS iaitu Jungkook yang sebelum ini artis solo K-Pop terpantas mencapai satu bilion strim di Spotify iaitu 79 hari.

Rosé bagaimanapun mencapai kejayaan itu hanya dalam tempoh 76 hari.

Rosie menduduki tangga ketiga carta Billboard 200 pada minggu pertama ia dilancarkan dengan sebanyak 102,000 unit terjual di Amerika Syarikat.

Antara lagu yang menjadi fenomena adalah single pertama daripada album tersebut berjudul APT yang juga duet bersama Bruno Mars.


Sumber:mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keranda.terbang 24-3-2025 05:33 PM
legend

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.165863 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top