CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Jom Memasak Lihat artikel

Ini Senarai 7 Juadah Hari Raya Yang Underrated Korang Boleh Hidang Dekat Tetamu Nanti

21-3-2025 12:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1937| Komen: 4|Original author: tatod

images (8).jpg


Raya akan tiba tak lama lagi, sudah pasti kita sudah memikirkan apa juadah yang nak buat nanti kan?

Tapi, takkan kita nak hidang lemang dengan ketupat je? Kalau dalam satu hari tu pergi 10 rumah makan ketupat dengan lemang, tak ke berpinar kepala nanti?

Jadi kali ini, kami akan kongsikan kepada korang 7 hidangan underrated yang korang patut buat bagi tetamu kembali berselera nak menikmati juadah raya nanti!

cde0.jpg


1. Laksam

Hidangan ini merupakan satu hidangan yang sememangnya sesuai untuk dihidangkan di hari raya kerana ianya tidak terlalu berat.

Makanan yang berasal dari Terengganu ini diperbuat daripada tepung beras dan dimakan dengan kuah laksam.

2186.jpg

2. Roti Jala

Bukan sahaja mudah disediakan hidangan ini sememangnya sangat sesuai untuk tetamu yang tidak mengambil makanan berat.

Dikatakan berasal dari negeri Johor, Kepulauan Riau dan Sumatera, makanan ini diperbuat daripada bahan yang mudah didapati seperti tepung gandum, gula, garam dan santan.

6cba.jpg

3. Pulut Kuning

Sebuah hidangan yang korang mesti jumpa bila ada sebuah majlis keraian dilakukan, makanan ini pasti menarik perhatian tetamu di hari raya nanti.

Sebuah hidangan pulut yang dimasak dengan serbuk kunyit, ia boleh dimakan dengan pelbagai variasi lauk mengikut cita rasa sendiri seperti rendang, kari, dendeng dan serondeng.

986e.jpg

4. Bihun Singapore

Jangan terpedaya dengan namanya, walaupun ada perkataan Singapore di situ, hidangan ini sememangnya sedap untuk dihidangkan di hari raya nanti.

Juga dikenali sebagai Bihun Goreng Putih, hidangan ini boleh dikatakan satu hidangan yang lengkap kerana cukup semua khasiat di dalamnya yang mengandungi sayur-sayuran, protein dan paling penting tak lengkap dimakan bersama sambal kicap.

e881.jpg

5. Tauhu Begedil

Bukan sahaja mudah dimasak, makanan ini mungkin akan menjadi rebutan ramai jika dihidangkan kepada tetamu di hari raya.

Makanan yang berasal dari gabungan masakan masyarakat Cina dan Jawa ini diinovasikan daripada begedil biasa yang dimasukkan ke dalam tahu kering kemudian digoreng garing.

500d.jpg

6. Bihun Sup

Hidangan ini turut sesuai bagi siapa yang inginkan makanan yang tidak terlalu berat kerana tetamu boleh memilih kuantiti bihun yang mereka inginkan dan boleh dihidangkan mengikut cita rasa masing-masing.

Hidangan ini selalunya disertakan dengan sayur-sayuran, ayam carik, kacang goreng dan sudah semestinya sup ayam. Nak lagi sedap, korang kena letak sekali sambal kicap dan begedil.

f28f.png

7. Satay Ayam dan Daging

Mungkin bukanlah satu hidangan yang underrated, tapi kalau tetamu nampak hidangan ni masa raya, confirm naik seri muka masing-masing.

Jika korang mempunyai budget yang lebih, bolehlah buat hidangan ni, confirm tetamu tak tolak punya nak makan walaupun dah pergi 20 rumah.

Memandangkan hari raya, korang tak payah pening fikir nak buat kuah kacang dengan nasi impit sebab sudah tentu akan dimasak dengan kuantiti yang banyak dari hari raya pertama.


Sumber: Seismik



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 22-3-2025 10:38 PM
Semua x simple utk org x reti msk mcm aku
Quote vanilacup 25-3-2025 10:59 AM
Laksam lama dah tak buat..
Dulu masa PKP pernah buat sebab terlalu byk masa di rumah..
Yg remehnya nak buat laksam tu kena sabar nak buat piece by piece.
Part kuah tu senang sgt dgn sambal cili tu..
Tapi bila dah makan puas hati sbb berjaya buat sendiri
Quote raflesia201 22-8-2025 10:46 PM
pulut kuning kot yang paling simple.... main ingredient pulut n santan....yg lain agak leceh nk membuatnya
Quote ZORRO5555 24-12-2025 08:21 PM
Nasi beriyani,nasi minyak,

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.428164 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top