CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Alat sulit rasa panas seperti disalai, lelaki merana selepas tebang pokok ara! - “Huru-hara dia letak ais dalam spender”

21-3-2025 12:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15271| Komen: 4|Original author: tatod

3237019924_09f2b16c85_b.jpg


KATA orang lama, jangan sembarangan menebang tumbuhan lebih-lebih lagi pokok besar.

Salah tebang, buruk padahnya.

Ini kerana sesetengah pokok merupakan tempat paling disukai makhluk halus untuk 'melepak' atau bertenggek.

Menurut seorang perawat perubatan Islam, @Hasnanrili dia pernah berdepan kes pesakitnya mengalami gangguan selepas menebang sebuah pokok ara besar di belakang rumah.

"Pokok ara tu besar gedabak belakang rumah. Sudah ramai cuba tebang tetapi semua tak berani.

"Abang ini hati kering potong pakai gergaji sampai separuh, selepas itu tolak pakai jengkaut," katanya menerusi video yang dikongsikan di TikTok.

3220964.jpg


Malangnya, tidak sampai sejam selepas 'kejayaan' itu, tubuh lelaki berkenaan mula terasa bahang malah alat sulitnya juga dirasakan terbakar bagai sedang disalai.

"Tidak sampai satu jam dia rasa panas daripada pinggang sampai kaki. Tetapi bahagian badan ke atas rasa sejuk... selepas balik rumah mandi rasa lega.

"Selepas maghrib 'telur' dia panas macam kena salai, huru-hara letak ais dalam spender tetap tidak jalan," cerita pengamal perubatan Islam berkenaan.

Tambahnya keadaan lelaki itu semakin parah apabila dia diganggu sosok wanita dengan rambut mengurai duduk bertenggek di atas dadanya ketika sedang tidur.

3026271.jpg

Sedar ada sesuatu yang tidak kena, dia segera mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan Islam tersebut sebelum keadaan bertambah parah.

"Malam masa tidur ada 'kak ponti' (pontianak) duduk bertenggek atas dada dia sambil menjeling dengan muka ditutup dengan rambut separuh.

"Menjerit dia histeria. Semakin panas telur member. Kasihan dia, selepas buat rawatan baru hilang rasa panas," ujarnya.

Sekadar info, pokok ara sering dikaitkan dengan perkara mistik dan kebiasaannya ia menjadi tempat pemujaan untuk mendapatkan nombor ekor, lokasi membuang saka dan banyak lagi.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 22-3-2025 10:50 PM
Kenapa pokok ara ni selalu dikaitkan dgn makhluk halus? Kenapa bukan pokok kelapa? Tapi kalau pokok kelapa xde santan la pula...
Quote B40tastePosh 25-3-2025 08:56 PM
acikonion replied at 22-3-2025 10:50 PM
Kenapa pokok ara ni selalu dikaitkan dgn makhluk halus? Kenapa bukan pokok kelapa? Tapi kalau pokok  ...

Sebab dahan dia jenis kembang kot
Quote acikonion 26-3-2025 09:19 AM
B40tastePosh replied at 25-3-2025 08:56 PM
Sebab dahan dia jenis kembang kot

Tp pokok ni mmg ada vibe seram kn.
Quote black_handbag 28-3-2025 10:20 AM
gambar pokok kat cerita tu gambar pokok ara ke? iols tak kenal mana satu pokok ara.. tp kalau betul mmg betullah ada vibe seram tu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.075097 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top