CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Lima sekeluarga tak pernah puasa, kerja pun tidak... Badan sihat, ‘sedap’ hidup makan duit zakat

20-3-2025 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4092| Komen: 11|Original author: Raline


Screenshot 2025-03-19 132639.png


SETIAP kali tiba bulan Ramadan, umat Islam akan mengerjakan ibadah puasa sebagai tanda ketaatan kepada perintah Allah.

Namun, masih terdapat individu dalam kalangan masyarakat seolah-olah tidak mengambil berat mengenai kewajipan ini.

Seorang wanita berkongsi kisah mengenai jirannya yang tidak berpuasa, malah secara terbuka memasak dan makan pada waktu siang.

Screenshot 2025-03-19 132702.png

Menurut wanita itu, kedudukan dapur rumah jirannya yang terletak di bahagian luar membuatkan setiap pergerakan di kawasan tersebut dapat dilihat dengan jelas.

"Jiran depan rumah saya ni, dapur dia dekat bahagian luar. Jadi kalau saya nak keluar rumah memang akan nampak la dapur dia.

"Saya duduk rumah kampung kan jadi perumahan dekat sini ikut suka nak 'pusing' (rumah menghadap) mana.

"Pukul 11 pagi sampai la sebelum masuk waktu Zohor, kejap si mak, kemudian si bapa, lepas tu si anak pula pergi dapur. Goreng telur la, ikan masin la... buat cekodok la," dakwanya mengenai jiran tersebut.

Wanita itu turut berkongsi bahawa anaknya yang masih bersekolah rendah turut menyedari perkara tersebut dan bertanya kepadanya mengenai status jiran mereka.

Menerangkan lebih lanjut mengenai keluarga berkenaan, dia memaklumkan bahawa jiran tersebut terdiri daripada lima ahli keluarga.

"Sampaikan anak saya yang darjah dua tu tanya, mami (panggilan pengadu), jiran kita ni tak puasa ke?

"Mereka sekeluarga duduk berlima. Si bapa seorang mualaf, pasangannya pula umur 50an dan miliki anak lelaki tiga orang.

"Semua tak bekerja dalam rumah tu dan mengharapkan bantuan zakat. Tapi kalau tengok fizikal satu famili saiz body builder (gempal) tapi tak tahu kenapa malas betul nak cari kerja, sihat je sekeluarga," katanya lagi.

Screenshot 2025-03-19 132754.png
Screenshot 2025-03-19 132805.png

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian netizen selepas pengadu ini menceritakan mengenai jirannya.

Jika diteliti di ruangan balas hantaran asal, ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama dan meluahkan rasa kecewa terhadap situasi sedemikian.

"Dengan tak kerja lepas tu tak puasa. Tapi tak pelik pun sis... ada je orang tua yang kenalan saya punya ayah juga memang jenis tak puasa, dah tua bangka pun.

"Tenang je makan macam bulan tak puasa. Kadang tengok orang macam tu, kita sedih sangat. Bukan rasa benci tapi lebih kepada sedih dan kasihan sebab azab Allah tu sangat la perit.

"Kita yang puasa ni memang tak tahu Allah terima ke tak tapi tetap masih berpuasa sebab nak Allah terima dan masih harapkan reda-Nya," komen netizen berkenaan.



Sumber – mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 20-3-2025 01:48 PM
Sampai mati istidraj deme ni..
langsunh tak takut ya
Quote salimrock 20-3-2025 02:18 PM
ada je  kt taman wa dulu 1990an, sekali tgk mak dan bapak kaki isap dadah , dadah  jenis apa wa tak tau

tp mmg tak puasa, isap rokok kuat ,rumah bersepah,pingan tak basuh

wa dgn kawan wa pernah 1 kali masuk rumah member ni, ikut dapur,

uwekk muntah member wa, sampah tak buang nye...

dia muntah je kt dapur org tu, eeii bila teringat balik wa pn nak muntah,


Quote salimrock 20-3-2025 02:18 PM
tp percaya lah, ada di kalangan mualaf ni nak masuk islam sebab nak dpt duit zakat,

sedap dapat duit zakat,  
Quote BungaKencana 20-3-2025 03:07 PM
depan rumah abg ipar aku ada satu fmly kelly mualaf.. selalu dtg minta bantuan dkt surau situ dgn jbtn agama cmtu la, awal2 dorang bg & tlg la sbb saudara baru kan.. tp lame2 kariah perasan si bapa ni tak pernah nk dtg surau/masjid kwsn situ.. tak nk bercampur dgn komuniti.. kalau mnta bantuan ke ape dia htr ank2 je.. rumah pun mcm style rohingya dibuatnye..

tak silap last abg ipar aku ckp, dorang da tak layan lg.. ni spesis masuk Islam sbb nk duit zakat / bantuan bg mualaf..
Quote L.U.S.M 20-3-2025 06:06 PM
Yang jiran ni xreti report ke JAIS JAWI JAKIM apa semua awat membawang online

Nak buang pahala puasa ke cmne
Quote MisXoXo 20-3-2025 06:40 PM
Eh..komuniti islam tu napa nak stop kan plak..bantulah ajar atau ajak mualaf kelly tu.buat kelas agama ajak kelly tu.
Ni satu hal..skodeng pastu ajaak org ngata..pi lah bgtau jakim ke apa..jakim take action..tp kan...ni malaysia xmcm omputeh..ko buat aduan ada tindakan..mmg x dilayanlahh jwbnyaa..sbb xtegad penguatkuasaan lah rakyat dh xtakuttt..dn setakat ikam bilis nk mengadu..dibolayankan aja
Quote Jitu 20-3-2025 10:01 PM
rmh jenis dapur kat luar
lain macam ye biasa jamban je yg kat luar

Quote pinkpunk 21-3-2025 11:43 AM
mak mertua pink asal dtg rumah time puasa manjang period.. takkan tak menopos2 lagi.. sekali tgk anak dia pun cmtu.. patutlah.. keturunan tak guna
Quote alana94 14-6-2025 10:56 PM
...
Quote rain2169 15-8-2025 09:04 AM
ramainya orang tak puasa dengan sengaja rupanya ye.....
Quote ayu_sharmine 15-8-2025 10:01 AM
Bleh plak cm tu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.238941 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top