CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Justin Bieber ‘lemas’ lawan emosi, beri bayangan berdepan masalah mental

20-3-2025 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6729| Komen: 12|Original author: Raline


Screenshot 2025-03-19 084431.png


PENYANYI Justin Bieber memberi bayangan dirinya sedang bertarung dengan kesihatan mental.

Justin, 31, dalam satu hantaran di Instagram memberitahu dia sukar menangani masalah kebencian, harga diri dan penipuan.

Kata Justin, dia berasa lemas dan berusaha untuk melepaskan kebencian yang dialaminya.

Bagaimanapun dia sering kali dinasihatkan untuk tidak berkelakuan seperti itu kerana bimbang melukakan orang lain.

Screenshot 2025-03-19 084500.png

"Saya tidak dibenarkan memilikinya, jadi saya tidak beritahu sesiapa apa yang saya alami," luahnya.

Bukan itu sahaja, Justin mengakui dia sentiasa ragu dengan dirinya.

Perkongsian tersebut bagaimanapun tidak membuktikan dia mengalami kesihatan mental.

Namun rata-rata percaya hantaran berkenaan merujuk kepada keadaan dirinya yang tidak terurus sejak akhir-akhir ini.

Sebelum ini, Justin menafikan dirinya mengambil bahan terlarang selepas penampilannya yang tidak terurus menjadi perhatian.

Dia sebaliknya menjelaskan penampilan tersebut berpunca disebabkan tidak cukup tidur kerana menjaga anaknya iaitu Jack Blues yang berusia enam bulan.


Sumber – mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 19-3-2025 11:31 AM
Kaya xkan la xde maid,babysitter .ye ye je  ko menjaga sampai x terurus diri
Quote doubleA 20-3-2025 11:15 PM
Yg bini dia mintak cerai tu betul ke khabar angin?
Quote liyamariska 22-3-2025 11:41 AM
dia ni kira beruntung sbb hanya viral menyanyi kt youtube terus dapat peluang jadi selebrtiti terkenal...
Quote KBW2 22-3-2025 02:34 PM
woah bahaya ni. yang lemas-lemas ni selalunya dah suicidal.
Quote xflat67 24-3-2025 06:03 PM
Quote Tunakimchi 6-4-2025 04:04 PM
Post kat ig pun pelik sangat
Quote marchikobonzo 16-4-2025 10:27 AM
Ambik barang mmg macam tu la jadinya
Quote royaldanish 16-4-2025 10:49 AM
marchikobonzo replied at 16-4-2025 02:27 AM
Ambik barang mmg macam tu la jadinya

duit banyak kan jadi brg sentiasa ada kalau nak

dia patut masukkan diri pg rehab termahal. tinggalkan dulu dunia glamour.


Quote marchikobonzo 16-4-2025 11:06 AM
royaldanish replied at 16-4-2025 02:49 AM
duit banyak kan jadi brg sentiasa ada kalau nak

dia patut masukkan diri pg rehab termahal. tingga ...

Mana bini dia nak bagi, kena ngekor je ngan heli bibir tu
Quote royaldanish 16-4-2025 11:08 AM
susah dapat bini mcm tu
seronok ke tgk suami mcm rupa caveman
seluar sampai lutut (zaman ni lama sgt dh berlalu)
Quote Isninselasarabu 16-4-2025 05:07 PM
Baca quran lah.. tenang. Selawat byk,2... Islam is the way of life .
Quote Isninselasarabu 16-4-2025 05:09 PM
Rakyat palestine dkt gaza, rafah lagi teruk kene torture.. tapi mereka msh ade yang tersenyum sbb tahu syurga menanti.. diorang berehat sepenuhnya kt syurga. Jnji Allah itu pasti .. moge sesiapa yang baca beroleh hidayah untuk terus bertaubat on the spot... Sbb mati pn xtahu blh jadi on the spot

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.346443 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top