CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

'Sampai ganggu bayi tidur', penduduk gesa pihak masjid di Taman Sri Pulai turunkan bunyi 'speaker' mengaji sebelum subuh

19-3-2025 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21860| Komen: 11|Original author: tatod

3219306.jpg


BEBERAPA penduduk sekitar masjid di Taman Sri Pulai, Skudai, Johor menyuarakan kebimbangan mereka berhubung bunyi pembesar suara yang digunakan bagi sesi bacaan al-Quran sebelum waktu Subuh.

Aduan yang disampaikan menerusi akaun Facebook komuniti penduduk itu adalah bertujuan agar pihak pengurusan masjid dapat mempertimbangkan untuk menurunkan tahap bunyi pembesar suara tersebut.

Menurut pengadu, cadangan itu disuarakan bagi menjaga keharmonian penduduk serta tidak mengganggu ketenteraman khususnya kepada keluarga yang mempunyai anak kecil atau bayi.

Pengadu itu juga mendakwa bahawa alunan ayat-ayat al-Quran diperdengarkan pada awal pagi dalam keadaan sunyi menyebabkan bunyi tersebut lebih kuat berbanding waktu siang yang dipenuhi dengan pelbagai gangguan latar seperti kenderaan.

"Niat untuk memperdengarkan bacaan al-Quran kepada masyarakat Islam adalah bagus, termasuk juga untuk menyebarkannya.

"Tetapi bunyi yang terlalu tinggi sehingga menganggu anak kecil atau bayi sedang tidur juga memberikan kesusahan kepada ramai keluarga.

"Mohon ada belas ihsan dengan merendahkan bunyi pembesar suara pada waktu sebelum Subuh supaya tidak memberikan gangguan kepada penduduk," tulis pengadu tanpa mendedahkan indentitinya.

Dakwanya, beberapa aduan juga sudah dikemukakan, namun masih tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak pengurusan masjid setakat ini.

Melihat isu sensitif itu disuarakan, ada juga yang menyarankan untuk menjaga pertuturan dan penulisan sewaktu bulan Ramadan ini.

Meskipun ia perkara yang membimbangkan, cara berkomunikasi perlulah dijaga dan sentiasa hormat-menghormati dalam percakapan.

Mengulas lanjut, pengguna akaun Facebook Muhamad Aries memohon pihak masjid mengambil cakna tentang isu tersebut bagi mengelakkan sengketa antara umat Muslim dan sebaliknya.

"Bukan main meriah di komen macam lupa sedang berpuasa.

"Memang tidak dinafikan tiada nas di dalam al-Quran ataupun hadis yang menyarankan suatu kaedah selain azan untuk mengajak manusia kepada masjid.

"Malah tak boleh menyakiti jiran-jiran baik yang Muslim atau bukan Muslim dengan bacaan al-Quran yang kuat.

"Mohon pihak pengurusan masjid ambil cakna aduan orang ni, mohon empati," tulisnya.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada kenyataan dikeluarkan pihak pengurusan masjid berhubung perkara itu. — Majoriti



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 19-3-2025 11:24 AM
adab kelaut pastu marah bila orang hina Islam…  korang2 yang buat Islam dihina…
Quote Samerosie 19-3-2025 01:59 PM
To quote porumer cari, 'chuols muslim ke idok?'
Quote lanacondor 19-3-2025 07:45 PM
Xtau la tempat lain. Kalau tmpt meols, kalau ada mengaji kt masjid tu tanda nak bgtau ada org yg meninggal. Kdg2 kene jejak kaki kat masjid. Takot nt time kita mati tak ada siapa pulak yg dtg.
Quote Akalditipumata 20-3-2025 06:29 AM
Kalau smpai menganggu tu mmg kne ditegur. Bukan xislam. Tp islam tu mudah. Jgn sbbkan hal2 ni.. Islam dipandang 1 agama yg myusahkan. Keliling rumah I ni ade masjid n surau2. Mmg akn mengaji sblom subur tp dlm nada yg sedap didengar.. xde kuat sgt n x slow sgt.. waktu azan je byi kuat sikit. Nyaman je.. tp pnh jgk sehari tu maybe bilal yg biasa xde kot.. tetibe org lain azan terkejut dgr..lain laungan dia..
Quote kucingitam 20-3-2025 12:25 PM
sebagai muslim yang tinggal dekat dgn surau, aku setuju dgn pengadu. azan nak kuat boleh, jgn kuat sgt sampai mengganggu. time ceramah, jemaah tu takyah la kuatkan volume tu. iols yg solat kat rumah pun terganggu dgn bacaan imam.. sampai silap2 ayat baca.
Quote PULANGKAN 20-3-2025 09:50 PM
bunyi kuat ni bukan takat speaker ja

yang rem motor, yang rem kereta enjin turbo, yang main mercun meletup non-stop,

Iols jaga baby, kesian do tengok budak terkejut-terkejut nak tido. dah terkejut, menangis teran pulak tu, nak tido kan balik susah

Iols bagi pihak semua orang yang ada newborn, ada baby kecik, mengharapkan, jagalah volume dan sound dari pelbagai sumber. tak kiralah raya atau sambutan apa pun. lepas pukul 10 tu, jangan lah meletup lagi. kalau tak, Iols report polis, tak kira.

kalau polis tak datang, besok Iols simbah cat merah, gituu
sapa buat baby baby weols terkejut, moga diorang semua buasir berdarah
Quote vanilla_ice 21-3-2025 05:28 PM
Edited by vanilla_ice at 21-3-2025 05:30 PM
Akalditipumata replied at 20-3-2025 06:29 AM
Kalau smpai menganggu tu mmg kne ditegur. Bukan xislam. Tp islam tu mudah. Jgn sbbkan hal2 ni.. Isla ...

kalau tak silap, masjid ni jauh sikit dari rumah2......atau ada masjid lain lagi kt sri pulai tuh??
tp tak pernah la dengar bunyi mengaji tu sebab kalau meols lalu belum sampai masuk waktu solat....
yang baby tu, tido luar rumah ke sampai dengor masjid punya speaker??
letak la dalam kelambu ke apa ker.....
meols ada baby, kalau tidur masukkan dalam buai the tutup dengan towel....
insya Allah tak dengar bunyi bising2...
Quote xflat67 24-3-2025 06:12 PM
Quote Akalditipumata 25-3-2025 10:19 AM
vanilla_ice replied at 21-3-2025 05:28 PM
kalau tak silap, masjid ni jauh sikit dari rumah2......atau ada masjid lain lagi kt sri pulai tuh?? ...

Itula tu.. nk tahu jgk kuat mcm mn smpai baby kt rumh terjaga... Mybe ank dia high demand kot..
Quote mitaleshmister 13-12-2025 07:20 PM
Edited by mitaleshmister at 13-12-2025 07:53 PM

“Itulah tu… curious juga sekuat mana sampai baby kat rumah boleh terjaga. Maybe anak dia high demand kot.


Quote hasniey 18-12-2025 12:03 PM
lanacondor replied at 19-3-2025 07:45 PM
Xtau la tempat lain. Kalau tmpt meols, kalau ada mengaji kt masjid tu tanda nak bgtau ada org yg men ...

Betul.tmpat ai pon sama.kalau tiba2 ada psg/org mengaji kuat.mmg ada kematian la tu.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.933052 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top