CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Achey tak puasa sebab pulun buat job, "penat tu hanya saya dan isteri tahu"

19-3-2025 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22695| Komen: 37|Original author: Raline

ac.PNG


Bermula kerjaya sebagai pelawak pada tahun 2013, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 39, mengaku pernah ponteng puasa beberapa hari dalam bulan Ramadan semasa di awal karier disebabkan penggambaran panjang.

Bukan niatnya untuk membuka pekung sendiri, namun Achey berharap perkongsian ini dapat dijadikan pengajaran buat semua peminatnya untuk tidak melakukan perkara tidak baik terutamanya dalam bulan Ramadan.



“Saya bukan nak buka aib tapi ada juga banyak puasa ganti sebab pernah dalam bulan Ramadan tu kerjanya jadi tiga kali ganda dan kerja saya ni banyak menggunakan suara serta bertenaga kerana client tak nak tahu kita lemau atau penat sebab apa.

“Dalam sebulan tu bukan semua hari tak berpuasa tapi ada la harinya... tapi sudah ganti balik dan bayar fidyah, benda yang tak baik jangan ikut okay.



“Tuntutan kerja saya dulu sehingga perlu ke Kedah dan Kelantan, dulu saya tiada pembantu peribadi dan pemandu jadi semuanya buat sendiri bersama isteri… penat tu hanya saya dan isteri saja yang tahu,” kata Achey kepada mStar.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 17-3-2025 10:00 PM
next...
Quote slyfynx 17-3-2025 10:42 PM
Eh, elok2 org x tau aib kau, gi cite satu dunia.
Bodo ke hape ni?
Quote princessmiang 17-3-2025 10:49 PM
Memang pelawak2 malaysia ni akal level soeb je ke?
Quote sleepandream 17-3-2025 11:26 PM
ingatkan ponteng puasa bersama-sama isteri...
Quote phalanx 17-3-2025 11:55 PM
Baginda Rasulullah: Setiap daripada umatku diampunkan melainkan golongan mujahirin. Antara perbuatan mujaharah ialah di mana seorang lelaki melakukan satu amalan pada waktu malam kemudian dia bangun pada waktu pagi dalam keadaan Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada waktu malam. Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan ini dan perbuatan itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan lalu dia bangun pagi dan mendedahkan apa yang Allah tutup darinya. - [HR Bukhari 6069].
Quote naina 18-3-2025 12:01 AM
Kalau kerja jauh2 tu maybe la dimaafkan. Sebab masuk kategori diharuskan sebab sedang bermusafir..
Quote amyfaha 18-3-2025 12:03 AM
Laki bini kepam,anak kepam busuk
Quote Goodluckdontcry 18-3-2025 12:03 AM
Entahla..mutakhir ni, den tgk msg2 xkira siapa, xkira jantina, xkira tua muda, yg sedihnya, lihat luarannya, mungkin muslim..tetapi berlumba2 menjaja aib diri..dgn alasan terpaling, nk bg kesedaran..nak org amik tau psl kekhilafan dirinya...pastu dapat apa kome??? Xdpt apa pun, takut ko yg dpt saham menjaja aib diri yg sblmnya ditutup kemas oleh Sang Pencipta..entahla...mmmm
Quote exclusive_vvip 18-3-2025 12:12 AM
dah lah x hensem, x puasa pulak..
Quote pearl.silver 18-3-2025 12:17 AM
Pd i bln posa xyh la pulun sgt kejar duit smpi sanggup tinggal puasa. Ada 11 bln lain ko boleh pulun. Bulan posa tu biarla fokus ibadat je.
Done mode setajah.
Quote doubleA 18-3-2025 12:20 AM
Dari org tak tahu dan tak kisah, sendiri buka aib. Level2 shahmira jugak
Quote LadyCarefree 18-3-2025 12:30 AM
Kenapa dibiarkan budak tu jadi obese?
Quote Zeelalala 18-3-2025 12:36 AM
IQ 2 digit mcm tu lah suka buka aib sendiri
Quote ninja boy 18-3-2025 01:03 AM
Kejar duit kejar duit berpada2
Quote rxz4727 18-3-2025 02:55 AM
Elok2 Allah jaga aib, dia pegi heboh. Rasa apa ye buka aib sendiri????
Quote sukacactus 18-3-2025 03:19 AM
Benda camni pun nak kena citer ke
Quote BungaKencana 18-3-2025 09:28 AM
sape tanya?
Quote ezacbee 18-3-2025 10:04 AM
Zaman sekarang bangga x puasa, baik lelaki n pompuan. Dulu cukup takut kalau ternaik van jenazah. Malu dah xde, aib sendiri tayang.
Quote melekaifc 18-3-2025 10:52 AM
ok la tu. rukhsah berpuasa. Allah suka umatnya ambil rukhsah. sama ja macam jamak solat. hampa pun pegi Melaka dari KL pun jamak solat.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-3-2025 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.210037 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top