CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Cikgu Gen Z tak matang, suka mengadu hal murid di media sosial

19-3-2025 08:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23174| Komen: 2|Original author: Raline

yh.PNG


Segelintir guru menggunakan media sosial sebagai tempat meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tingkah laku murid di sekolah.

Luahan yang dibuat mereka bukan sahaja mengundang pelbagai reaksi netizen, tetapi turut menimbulkan persoalan mengenai etika seorang pendidik.

Malah, tidak semua guru bersetuju dengan cara itu memandangkan apa yang dikongsi di media sosial boleh diakses murid-murid.

Di TikTok, seorang guru lelaki dikenali sebagai Cikgu Ding turut menegur perbuatan sesetengah guru yang suka 'mengadu' di media sosial.

"Cikgu jangan normalisasi trend meluah ketidakpuasan hati dengan tingkah laku murid-murid di media sosial. Cikgu nak tunjuk apa?

"Nak tunjuk betapa cikgu terpaksa buat-buat baik ketika berhadapan mereka dalam kelas? Mereka generasi era baharu yang hidup dan sebati dengan teknologi.

"Mereka baca apa yang cikgu tulis. Mereka baca apa yang cikgu komen," tegur guru lelaki itu.

Dalam hantaran sama, Cikgu Ding menasihatkan para guru untuk mengawal emosi dalam penulisan mereka di media sosial.

Dia turut menyarankan guru-guru untuk bersemuka dengan ibu bapa bagi menyelesaikan sebarang masalah berkaitan murid di sekolah.

"Faham... nak ikut trend tapi berpadalah. Jangan sampai emosi mengatasi kewarasan kita. Kawal penulisan cikgu, jangan sampai mereka hilang rasa hormat kepada kita.

"Setiap sekolah ada garis panduan pengurusan murid. Apa yang tak kena, selesaikan di sekolah. Panggil ibu bapa jika perlu. Bukan bawa balik buat modal posting di media sosial.

"Come on, matanglah sikit cikgu. Tertanya-tanya, adakah cikgu yang suka meluah perkara negatif dekat media sosial ada keyakinan untuk berhadapan dengan murid di sekolah jika ada isu dan masalah?" tulisnya lagi.

Teguran yang dimuat naik di TikTok itu menerima hampir 70,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen.

"Biasalah cikgu gen Z. Apa boleh buat. Mereka dulu masa jadi budak sekolah pun sama saja.

"Sebenarnya punca masyarakat memandang rendah terhadap guru ialah sikap segelintir guru yang mudah beremosi di media sosial.

"Saya cikgu, kadang-kadang marah dengan murid. Tapi tak pernah kongsi di media sosial.

"Bagi saya, seburuk mana perangai anak murid, mereka tetap satu peluang untuk kita ke syurga," tulis netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uma9133 17-3-2025 09:54 PM
Yeah, this whole thing is kinda tricky. I get that teachers get frustrated, but posting about it on social media feels like it could backfire. Students are definitely gonna see that, and it can create unnecessary drama. Cikgu Ding makes a good point about keeping emotions in check and handling things privately with parents. At the end of the day, teachers are supposed to be role models, and airing grievances online might not be the best look. It's all about keeping it professional, even when it’s tough.
https://mentalhealthconnect.co/ t
Quote alana94 14-6-2025 10:57 PM
gen z

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.599207 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top