CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Malaysia ramai yang baik-baik, 2 lelaki bantu OKU berkerusi roda naik tangga sebab lif rosak

17-3-2025 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21909| Komen: 0|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2025-03-13-at-4.49.55-PM.jpeg


PETALING JAYA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berkerusi roda mengalami kejadian yang tidak terduga apabila lif di Stesen KTM Bukit Mertajam tidak berfungsi kerana sedang dalam penyelenggaraan (under maintenance).

Menerusi perkongsian di TikTok @Ismailazemin menunjukkan lelaki OKU berkerusi roda itu dibantu oleh dua lelaki yang lain bagi menaiki tangga memandangkan perkhidmatan lif tidak dapat digunakan.



“Syukur Allah hadirkan orang baik, walaupun berpuasa masih ada yang sudi membantu. Terima kasih orang baik,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mengucapkan rasa syukur atas kesudian orang ramai dalam membantu lelaki kurang upaya tersebut.

“Sebak pulak tengok abang-abang yang bantu, moga Allah lipat gandakan pahala puasa mereka,” kata @Suzycloset.

“Terima kasih abang yang tolong angkat tu. Semoga lampu isyarat selalu hijau,” kata @Hnsyusri.

“Aku doakan orang-orang yang tolong dimudahkan segala urusan dan rezeki,” kata @Tharde84.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai, membuktikan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang memiliki sikap prihatin dan sudi menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja.


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.229653 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top