CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

62 pelajar dibuli 'senior', tekan tubi 200 kali

17-3-2025 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 34563| Komen: 6|Original author: tatod

3047939.jpg


BAGAN DATUK: Polis menerima tujuh laporan daripada pelajar sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Teluk Intan yang didakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam kejadian pada malam, 8 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintendan Mohammad Ali Mohd Jali berkata, laporan polis diterima daripada tujuh pelajar membabitkan pelajar Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat sekolah berkenaan yang mendakwa dibuli dua pelajar Tingkatan Lima hingga mengalami kecederaan bengkak di tangan dan sakit otot.

Katanya, siasatan awal mendapati dua pelajar Tingkatan Lima berkenaan mengarahkan seramai kira-kira 62 pelajar lelaki Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat sekolah itu melakukan 200 kali tekan tubi atas alasan ingin mendisiplinkan mereka.

"(Suspek) yang kita kenal pasti sekarang ini hanya dua pelajar Tingkatan Lima. Seramai 62 orang pelajar disuruh melakukan tekan tubi 200 kali itu namun bilangan laporan polis yang kita terima setakat kelmarin (Jumaat) hanya tujuh laporan.

"Kejadian buli ini bukanlah berbentuk pergaduhan, sebaliknya melalui siasatan setakat ini mendapati kemungkinan puncanya lebih kepada pelajar senior ingin mendisiplinkan pelajar-pelajar junior dengan cara yang salah," katanya kepada media di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk, di sini hari ini.

Katanya lagi, keterangan dari semua tujuh pelajar yang membuat laporan itu sudah diambil, manakala setakat ini polis masih menunggu perintah untuk siasat (OTI) daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi membolehkan keterangan diambil pula daripada dua pelajar Tingkatan Lima yang melakukan buli itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dengan menambahkan pelajar yang menjadi mangsa buli berkenaan tidak mengalami kecederaan serius.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote s@s@ 17-3-2025 08:28 AM
xde physical contact ok la.
dari psikologi pulak... ramai2 kena. kurang effect.
hari2 kena mcm ni, cukup haul budak form2 pulak lepuk yg form 5... badan dah sado
Quote mrseller 17-3-2025 03:15 PM
Teluk intan budak semesti la nih.
Quote TeropongThaico 17-3-2025 04:32 PM
Bagus gak budak2 ni cepat gi buat report... Takde drag lama2 sampai tak terkawal. Yg belum gi report sila2 le pergi supaya lbh terbendung hal sebegini
Quote sapeka 17-3-2025 08:19 PM
Perlu ke?
Quote che_yatt 17-3-2025 08:23 PM
Budak Form 5 ni ada masa lagi nak buli padahal SPM dah kena drag ke bulan 11@12.. Tau la senior tp janganla langsi sangat.. Tak pasai kena buang sekolah pastu memalukan mak pak
Quote ladyxez 18-3-2025 01:05 AM
Bagan Dato ... ada mrsm dan sek sains

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-3-2025 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.062216 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top