CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cico makin sihat, rajin buat ‘live’

17-3-2025 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29366| Komen: 24|Original author: tatod

WhatsApp-Image-2020-12-25-at-11.47.47-e1609213984586.jpg


SUDAH lama juga Cik Bunga tidak dengar khabar pelakon dan anak kepada penyanyi bertaraf legenda, Uji Rashid yang seorang ini. Siapa lagi kalau bukan Cico Harahap.

Kalau tidak silap, tahun lalu Cico mengejutkan ramai apabila dia diserang penyakit jantung. Satu yang Cik Bunga terfikir pada waktu itu, bagaimanalah agaknya keadaan Kak Uji menghadapi ujian itu.

Namun sebagaimana yang Kak Uji pernah katakan sebelum ini, dia reda dengan takdir Tuhan apabila pada usianya yang sudah lanjut, Allah berkehendakkan dia masih menjaga anaknya itu meskipun sudah dewasa.

Itulah naluri seorang ibu bukan? Anak tetap anak. Tetapi satu yang Cik Bunga tumpang gembira, bila beberapa kali ternampak Cico selalu buat live di TikTok. Boleh dikatakan hari-hari jugalah dia buat live.

Rajin betul dia melayan pertanyaan peminat dan pengikut meskipun dia tidak berceloteh. Satu-satu cuba dijawab sebaik mungkin walaupun kebanyakan pertanyaan itu sama iaitu ‘Cico sudah tidak berlakonkah?’ Ringkas sahaja jawapan Cico, InsyaAllah.

Tersenyum sahaja dia sepanjang melayan pertanyaan peminat dan itu bagi Cik Bunga satu petanda baik.

Dari situ boleh nampak kesihatannya juga semakin baik. Cik Bunga ada dengar dia juga rajin bersenam pagi dengan berjoging dan malam pula ke gimnasium.

Cuma di bulan Ramadan ini, katanya dia bertarawihlah. Alhamdulillah, semakin sihat Cico. Cik Bunga pasti ramai sedang menunggu kemunculan semula Cico.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 17-3-2025 03:36 PM
Edited by prince_marhaen at 17-3-2025 03:37 PM

padahal bukan sakit pun... 'sakit' je lah...dengan malas nak keja... tonggang tonggek orang tua tu gi event merata-rata angkot anak beranak ni sebab nak dapat token & makan... punya la lama kes OD tu takkan tak elok2 lagi kan...over lahhh.. dah lah orang tua tu dari muda sampai tua kemain kekwat feeling still diva... kena kelentong kawin dapat pulau pun berlagak lagi...denial anak 'sakit' OverD.
Quote KamikuP 17-3-2025 04:41 PM
Sapa le yg tunggu kemunculan cico tak harap ni..
Quote hyie 17-3-2025 04:54 PM
apa maksud nama dia harahap tu ye?
Quote fadz84 17-3-2025 04:59 PM
Sape budak dlm gmbr tu? Cico ada anak ek?
Quote 800214 17-3-2025 05:06 PM
fadz84 replied at 17-3-2025 04:59 PM
Sape budak dlm gmbr tu? Cico ada anak ek?

Dia kan kawen ngan org siam ke kalau tak salah. Cerai dah la
Quote kepompong 17-3-2025 05:08 PM
hyie replied at 17-3-2025 04:54 PM
apa maksud nama dia harahap tu ye?

Surname ayah dia …

Sama level ngan merican, siregar etc
Quote kepompong 17-3-2025 05:08 PM
800214 replied at 17-3-2025 05:06 PM
Dia kan kawen ngan org siam ke kalau tak salah. Cerai dah la

Betul tu. Tak silap pun
Quote 800214 17-3-2025 05:11 PM
hyie replied at 17-3-2025 04:54 PM
apa maksud nama dia harahap tu ye?

Ai dah Google. Katanya nama ni asal usul dr nama keturunan batak di Indonesia sana
Quote Moyangkucing 17-3-2025 05:56 PM
nak tanya jer sebab tak follow acik uji ni.. cico ni sakit apa ya?
Quote mamastoney 17-3-2025 07:11 PM
Edited by mamastoney at 17-3-2025 07:13 PM
Moyangkucing replied at 17-3-2025 05:56 PM
nak tanya jer sebab tak follow acik uji ni.. cico ni sakit apa ya?


Maknya yg claimed anaknya sakit padahal anaknya sihat walafiat badan pun sado, siap main gym lg, cuma kerja je la tak nampak dia buat. Bapaknya dulu yg spilled anaknya masuk sepital sebab overdose dad*h tp maknya claimed anaknya masuk sepital AKA ‘sakit’ sebab org buat aniaya. Hurmmmmm, aniaya yg sendiri cari, dulukan dia kaki club, bukan org yg penaya or buat dajal kat dia pun.
Quote Ayda89 17-3-2025 08:02 PM
Masuk live dia jap nampak mcm lembam. Bercakap pun mcm tak boleh sangat
Quote matbad 17-3-2025 08:09 PM
prince_marhaen:  Edited by prince_marhaen at 1 ...

Hahaha semua betul..bru nk komen mcm nimsa tgh bca artikel
Quote Samerosie 17-3-2025 08:50 PM
Ayda89 replied at 17-3-2025 08:02 PM
Masuk live dia jap nampak mcm lembam. Bercakap pun mcm tak boleh sangat

Bagi dia mic karaoke, laju je nyanyi tak de nye lembam. Baru2 ni masuk spital sakit jantung lak.  Tk tau drama ke apa.
Quote Ayda89 17-3-2025 09:09 PM
Samerosie replied at 17-3-2025 08:50 PM
Bagi dia mic karaoke, laju je nyanyi tak de nye lembam. Baru2 ni masuk spital sakit jantung lak.   ...

Walawei gitu rupanya
Quote sharlenetexas 17-3-2025 09:29 PM
hyie replied at 17-3-2025 04:54 PM
apa maksud nama dia harahap tu ye?

Mcm nama orang batak.

Quote sharlenetexas 17-3-2025 09:31 PM
Cucu dia ke tu? Cantik tapi dengar kata tak sekolah. Kesian betul. Sepatutnya nenek penyanyi veteran dah dapat buat legasi seni anak cucu cicit.




Quote BlackpingU 17-3-2025 10:12 PM
Skrg ni retis sendu buat Live TT sbb nk kutip gift kot...b40 kan pemurah...
Quote Enola 17-3-2025 11:26 PM
Crush aku dulu nanti masa cerita puteri impian haha
Quote immortallez 17-3-2025 11:39 PM
prince_marhaen replied at 17-3-2025 03:36 PM
padahal bukan sakit pun... 'sakit' je lah...dengan malas nak keja... tonggang tonggek orang tua tu g ...

Weh betul la part dia masih mendiva walau pun dah tua. Ada satu interview dulu Dj ke wartawan tanya, dia punya berlagak jawab macam dia artis terpaling hebat masa dulu. Nada dia jawab tu ada bau arrogant. Iols terdetik, makcik ni dh idup susah macam sekarang pun tak reti merendah bila bercakap

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.152454 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top