CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Itu semua salah faham, mereka berhak diberi peluang kedua – Elly Mazlein

16-3-2025 10:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 35653| Komen: 7|Original author: tatod


KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein meluahkan rasa simpati terhadap tiga rakan penyampai radio yang digantung tugas susulan isu dakwaan mempersenda tarian kavadi Hindu.

Menurut Elly atau nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, setiap manusia berhak mendapat peluang kedua memandangkan tiada siapa mampu lari daripada membuat kesilapan dalam hidup.

“Sebagai sahabat kepada mereka, saya sangat simpati dengan apa yang telah terjadi. Saya memuji keberanian mereka untuk tampil memohon maaf dengan segera.

“Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka. Walau macam mana pun, kita semua manusia biasa, tidak sempurna dan tidak lari daripada berbuat silap.

“Saya tahu mereka tiada niat ke arah itu (persendakan agama), ini mungkin hanya kesilapan teknikal sahaja dan salah faham.

“Terus berikan sokongan kepada tiga sahabat saya itu, banyak perkara baik yang telah mereka lakukan sebelum ini. Harap semua memaafkan mereka,”katanya.


Elly berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media dan tayangan perdana Astro Raya 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di Bandar Utama, Selangor, baru-baru ini.

Mengulas mengenai permintaan orang ramai yang mencadangkan supaya dirinya menggantikan slot tiga penyampai itu, Elly menjawab dia mempunyai kekangan masa selain jadual kerja yang padat.

“Saya mempunyai jadual yang sudah ditetapkan dan agak padat selain kekangan masa. Untuk saya mengambil slot pagi agak sukar.

“Kalau tidak saya, masih ada lagi penyampai radio hebat yang lain boleh menggantikan tempat tiga penyampai itu,”ujarnya.

Bagaimanapun, mengambil iktibar dengan insiden yang terjadi, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu berpesan kepada diri sendiri supaya sentiasa menjaga tutur dan sensitiviti kamu lain.

“Apa yang berlaku ini juga memberi pengajaran kepada saya supaya sentiasa berhati-hati dan peka.

“Pengajaran yang boleh diambil perlu jaga sensitiviti kaum lain, perlu sentiasa profesional. Ingat bahawa kita hidup dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan kaum,”katanya.


Sedar akan kesilapan yang dilakukan, tiga penyampai radio berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Susulan itu tersebut, syarikat stesen radio berkenaan, Maestra Broadcast Sdn Bhd telah dikenakan kompaun sebanyak RM250,000, bagi kesalahan mengikut 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu memuat naik kandungan jelik melampau.

Bagaimanapun, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memutuskan untuk tidak menggantung lesen stesen radio terbabit.


Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zeelalala 15-3-2025 09:18 PM
Ada nampak lalu fyp si laki bini buat lawak bodo masa live, bini live, si laki masukkan bini dlm kain pelikat dia, si bini ketawa dekah bgtau ke public yg laki dia x pakai spender. Bodoh bahalul semua. Dah la bini pakai telekung masa live, buat pula perangai busuk mcm tu. Mmg layak kene banned semua dari dunia hiburan.....kataku
Quote supernaturalee 16-3-2025 09:23 AM
Zeelalala replied at 15-3-2025 09:18 PM
Ada nampak lalu fyp si laki bini buat lawak bodo masa live, bini live, si laki masukkan bini dlm kai ...

ada nmpk gmbr bini dan captionnya
terus I skip

Quote Zeelalala 16-3-2025 01:37 PM
supernaturalee replied at 16-3-2025 02:23 AM
ada nmpk gmbr bini dan captionnya
terus I skip

mcm bodo kan? Lapar perhatian. Boleh pulak netizen sama bodo puji bende tu lawak la cute la...eeee.....jijik
Quote dua_chzy 16-3-2025 02:08 PM
Meols syak dalam hati ko sebenarnya happy tengok Babil susah. Har.
Quote KamikuP 17-3-2025 10:50 AM
Zeelalala: Ada nampak lalu fyp si laki bini buat lawak bodo masa live, bini live, si laki masukkan bini dlm kain pelikat dia, si bini ketawa dekah bgtau ke publi ...


Laki bini bodo sekufu

Quote alien88 17-3-2025 11:20 AM
iolls cuma curious, radio kena compaun RM 250k, so nt Haji Nabil, Pak Azad dgn Raden tak dak bonus ke?
Quote babynina30 17-3-2025 01:08 PM
Zeelalala: Ada nampak lalu fyp si laki bi ...


Yg terlibat dlm kes ini ke u ? Bini plakon sondu itu ?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.056890 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top