CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Ramai naik jelak pergi bazar raya, setiap lorong jual baju sama... Rupanya peniaga pun kena ‘scam’ dengan pemborong

16-3-2025 10:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20226| Komen: 4|Original author: tatod


BERBAKI kira-kira dua minggu lagi umat Islam akan menyambut kedatangan 1 Syawal.

Kehangatannya makin terasa apabila sudah banyak bazar raya mula beroperasi di kebanyakan lokasi, terutamanya di pusat membeli-belah.

Namun sesetengah bazar raya dikatakan tidak cukup menarik untuk memukau pelanggan sehingga kunjungan mereka disifatkan hanya membuang masa.

Mana tidaknya, kebanyakan gerai didapati menjual pakaian dan rekaan sama, sekali gus menjemukan para pengunjung.

"Booth jualan sampai berpuluh-puluh, tapi jual baju yang sama dari lorong depan sampai belakang.

"Yang berbeza cuma nama kedai," luah seorang pengunjung di laman sosial.


Menerusi hantaran itu, pengadu mendakwa salah satu punca ia berlaku adalah disebabkan syarikat tertentu atau perniagaan yang diusahakan keluarga mendominasi sejumlah gerai di lokasi bazar yang sama.

Menurut pengadu dia tidak melarang bisnes keluarga di bazar raya, tapi mereka seharusnya lebih kreatif dalam berniaga.

"Come on, sampai bila nak dominasi macam ni?

"Kalau pun bisnes adik-beradik, buatlah kepelbagaian dalam rekaan," katanya.

Selain pilihan baju raya yang sama, dia turut mendakwa harga yang ditawarkan tidak berpatutan.

"Harga jangan cakap la," katanya yang merujuk kepada harga mahal bagi baju raya yang dijual.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju berdasarkan tinjauan mereka ke beberapa bazar raya, termasuklah peniaga sendiri.

"Harga beratus-ratus. Semua design sama. Pergi belakang pun sama, mai depan pun sama... pening.

"Saya berhenti berniaga baju sebab inilah. Masa ambil dekat pemborong, bukan main cakap tak ada lagi orang ambil design itu ini. Sekali masa pasang booth, sekali dua, tiga kedai jual design sama, harga lain. Geram tau.

"Apabila tak ada saiz, boleh pula dia (peniaga) pergi ambil baju kat depan atau belakang," komen netizen.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 17-3-2025 11:21 AM
Meolls pegi Jakel kononnya nak beli le utk anak pompuan dan org rumah.. ko giler rega satu pasang baju kurung RM300++ mahal nak maposs... meolls pun whoayusakan sajor dan bergegas ke tempat lain.. bye2 Jakel
Quote Buritan 17-3-2025 12:41 PM
KamikuP: Meolls pegi Jakel kononnya nak ...


Aku yg sonang.. beli kain meter yg clearance dpt 5m rm20.. pas tuu aku jahit sendiri jahhh.. bila berayee semua ckp cantiknyaa.. sbb baju aku jahit semua aku ikut cutting body... Laki aku dgn anak lelaki aku mana mau beli baju ready made sbb dia ckp bahu selalu terlondeh.... Ni tgh gigih jahit baju batik llaki aku nak pi keje.. aku nak cari corak bajubatik armizan menteri kpdnkk tuu lawoo sungguh.. dpt akan akan pun jdlaa
Quote kuzaime 20-3-2025 10:08 AM
Buritan replied at 17-3-2025 12:41 PM
Aku yg sonang.. beli kain meter yg clearance dpt 5m rm20.. pas tuu aku jahit sendiri jahhh.. bila  ...

Wahh untunglah sis pandai jahit senang baju sendiri, anak laki, sampai ke langsir pun bole jahit sndiri. Aku bertahun dah x tempah baju kurung, sebab upah kadang lagi mahal dari harga kain jangan kata baju kurung, tanya kat tailor mintak jahitkan balik jahitan kat baju kelawar pun tailor caj 1 helai rm10, baju kelawar beli pun baru rm7
Quote dekmieDandy 20-3-2025 02:11 PM
baru ni gi melawati mall, cari baju untuk anak sedara alang-alang birthday dia

terkejut aku dekat booth semua range 200 - 300, kalau 100++ semua baju tahun lepas takde size

nak murah kena masuk kedai/boutique tu baru jumpa range 100-150 yang boleh pilih size

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.364564 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top