CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita rugi RM66,000, pengantin lelaki tak muncul majlis kahwin

14-3-2025 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8774| Komen: 25

 


SEORANG pengantin perempuan menyaman bakal suaminya kerana tidak muncul pada hari perkahwinan mereka.

Pengantin lelaki dilaporkan gagal muncul di hari perkahwinan pada 11 Mac lalu, walaupun segala persiapan sudah dilakukan sepenuhnya.

Sebaliknya, pengantin lelaki menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa keluarga bakal isterinya mengancam untuk membunuhnya.

Susulan itu, Nack, 34, membuat laporan polis terhadap bakal suaminya, Ton, berusia 33 tahun.

Kejadian berlaku di wilayah selatan Nakhon Si Thammarat di Thailand.

Tindakan itu menyebabkan wanita berkenaan mengalami kerugian lebih 500,000 baht (RM65,800).

Nack memberitahu Ton sebelum ini bekerja sebagai jurujual, tetapi berhenti kerja untuk membuka kedai cat selepas perkahwinan.

Bagaimanapun ketika Ton menganggur, dia didakwa menggunakan wang Nack untuk perbelanjaan peribadi, meminjam kereta dan motosikalnya, kemudian menggadaikannya untuk mendapatkan wang tunai.


Namun begitu, Nack terus dengan rancangan untuk berkahwin dengan Ton.

Ton mendakwa dia pengsan di bilik mandi sehari sebelum perkahwinan dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Doktor menasihatinya untuk berada di hospital kerana kecederaan kakinya, tetapi Ton berkeras untuk keluar bagi menghadiri perkahwinannya. Doktor membenarkannya keluar keesokan hari.

Semasa Ton menerima rawatan, ahli keluarga Nack datang ke hospital dan didakwa mengancam untuk membunuhnya dan ibunya jika dia tidak menghadiri majlis perkahwinannya.

Ton bersama ibunya kemudian membuat laporan polis.

Pada masa ini, polis masih belum memberikan butiran lanjut mengenai prosiding undang-undang, dan bakal pengantin perempuan itu juga tidak membuat sebarang kenyataan lanjut.

Dalam pada itu, Ton mengakui dia sebelum ini pernah membatalkan perkahwinan dengan wanita lain, tetapi menjelaskan bahawa dia terpaksa berbuat demikian kerana mendapati wanita itu tidak setia dan menjalin hubungan dengan seorang rakan rapatnya. -Agensi
 

SUMBER: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 14-3-2025 08:18 AM
Alasan tak datang sebab diugut bunuh kalau tak datang. Dia faham ka tak ugutan tu? Masalah betul si Ton ni.
Quote syamzana 14-3-2025 08:31 AM
dah pernah ada history cancel wedding mesti la pihak pompuan seramm dan2 msuk spital pun tak caya
org ugut bunuh kalau tak mai, dah tu nape tak mai???
Quote jejaka_hensem 14-3-2025 09:14 AM
Nack dan ton
Quote Fly_over 14-3-2025 09:19 AM
Decaffeinated replied at 14-3-2025 08:18 AM
Alasan tak datang sebab diugut bunuh kalau tak datang. Dia faham ka tak ugutan tu? Masalah betul si  ...

hahaha hehehe
Quote salimrock 14-3-2025 10:03 AM
Pengantin lelaki dilaporkan gagal muncul di hari perkahwinan pada 11 Mac lalu, walaupun segala persiapan sudah dilakukan sepenuhnya.

aku iya2 igt kan org melayu islam, eh sapa yg kawin bulan ramadhon , sekali org thailan, nack dgn ton rupanya...

aku rasa kemungkinan besar ton cm nak scam nack je...

tp kalao jaman majalah mastika ni, mesti orang kata nack kena ilmu guna2 ton
Quote dua_chzy 14-3-2025 10:38 AM
jejaka_hensem replied at 14-3-2025 01:14 AM
Nack dan ton

Perangai macam katun.
Quote slyfynx 14-3-2025 10:55 AM
Berita dunia xde tag
Pastu guna RM.
Bodo la
Quote B40tastePosh 14-3-2025 11:05 AM
Hensem sangat ke Ton ni.....

Kau santet jelah si Ton tu pakai bomoh Burma.
Quote B40tastePosh 14-3-2025 11:06 AM
Ton ni...Ton tu

Quote B40tastePosh 14-3-2025 11:07 AM
dua_chzy replied at 14-3-2025 10:38 AM
Perangai macam katun.

Akhir zaman....manusia berwatak kartun
Quote jejaka_hensem 14-3-2025 11:18 AM
dua_chzy replied at 14-3-2025 10:38 AM
Perangai macam katun.

Quote nw111 14-3-2025 11:25 AM
Cisss..tgk khemah ingat kat msia
Quote AbukRokok 14-3-2025 12:16 PM
#rinduuuuuuuuzamanton
Quote kakigebang 14-3-2025 02:03 PM
Sekali baca pening dah..ton dan nack, tah mane laki tah mana pompuan ..dtama siam lantak koranglah..malas aku nak ulsng baca [em:3:]
Quote Decaffeinated 14-3-2025 03:16 PM

sepatutnya Nack dan Kon baru berjodohan

Quote kakikuDibibirmu 14-3-2025 03:27 PM
#rinduzamantun RM50 penuh satu troli
Quote Decaffeinated 14-3-2025 03:29 PM

Ton-nii = Now

Quote green~tea 14-3-2025 03:39 PM
Nang nack..
Quote gigahertz 14-3-2025 04:20 PM
slyfynx: Berita dunia xde tagPastu guna RM.Bodo la

patut berita luar negara tak payah bawak masuk.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.050880 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top