CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 10 tahun maut ditindih ibu obes seberat 154kg. Duduk di atas anak sebagai hukuman kerana dikatakan berkelakuan buruk

13-3-2025 11:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7686| Komen: 19|Original author: Raline


Screenshot 2025-03-13 084621.png


INDIANA: Seorang budak lelaki berusia 10 tahun maut selepas ibu angkatnya yang seberat 154kg duduk di atasnya sebagai hukuman kerana dikatakan berkelakuan buruk.

Memetik laporan Fox News, wanita terbabit, Jennifer Lee Wilson, 48, dijatuhi hukuman enam tahun penjara atas perbuatannya.

Kejadian berlaku pada 25 April 2024 di sebuah rumah di Indiana apabila polis menemui mangsa, Dakota Levi Stevens dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan lebam di leher dan dadanya.

Salah seorang anggota polis cuba memberi bantuan pernafasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital berdekatan.

Wilson memberitahu pihak berkuasa bahawa sebelum kejadian, Dakota melarikan diri dari rumah dan ditemui di rumah jiran.

Menurutnya, selepas dibawa pulang, kanak-kanak itu mula 'berkelakuan buruk', berguling di lantai dan menyatakan mahu keluar dari rumah.

Sebagai hukuman, wanita itu duduk di atas dada Dakota selama beberapa minit sehingga dia tidak lagi bergerak.

Ketika itu, Wilson bertanya, "Awak berpura-pura?" kerana menyangka mangsa hanya berlakon.

Laporan perubatan mendedahkan punca kematian akibat asfiksia mekanikal (kesukaran bernafas akibat tekanan) dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Hasil bedah siasat turut mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman termasuk kerosakan organ dan pendarahan pada hati serta paru-paru.

Saksi kejadian memaklumkan sebelum ini Dakota pernah meminta jirannya untuk mengambilnya sebagai anak angkat kerana mendakwa sering dipukul oleh ibu bapa angkatnya, namun tiada kecederaan jelas dilihat pada tubuhnya.

Pada Januari 2025, mahkamah menjatuhkan hukuman enam tahun penjara terhadap Wilson dengan satu tahun digantung dan dijalani dalam tempoh percubaan. - Agensi


Sumber – BH


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote n3ar 13-3-2025 08:49 AM
patut gantung sampai mati je acik gundu ni....
Quote kelip2_07 13-3-2025 10:31 AM
6taun jer bunuh org
Quote fifie_olin 13-3-2025 10:37 AM
ini olang mental
Quote Purestteam1 13-3-2025 10:53 AM
moga mereput
Quote TeropongThaico 13-3-2025 03:03 PM
Ada kad OKU ke
Quote sapeka 13-3-2025 03:05 PM
Bengong
Quote plywood 13-3-2025 03:19 PM


Full power thrust
Quote green~tea 13-3-2025 03:27 PM
Mak dia tu kelaku buruk
Quote Kiahlemau 13-3-2025 04:01 PM
Tak de leher ye betina gemok ni...muka terus bersambung dengan bahu
Quote Queenmastani 13-3-2025 04:03 PM
Ko dah kenape setaaannnn???
Quote KBW2 13-3-2025 04:14 PM
Camne orang obes 154kg boleh jadi ibu angkat, diri sendiri pun tak terangkat camne nak urus anak-anak dengan baik.
Quote pejol 13-3-2025 04:27 PM
bangang ehh omak
Quote sukacactus 13-3-2025 04:29 PM
Kat sana jd foster parents utk dapat duit elaun dr gomen je
Tu yg bela ank ramai2, kaut duit tp mkn pun xkasi ke budak2
Byk dah kes gitu
Quote selipar_hijau 13-3-2025 04:43 PM
lahanatnya mak ko ni
Quote syamzana 13-3-2025 04:52 PM
siannya mesti lemas budak tu
besonya laaa acik pun...perut dgn tetek tak dpt beza
Quote Decaffeinated 13-3-2025 05:06 PM
KBW2 replied at 13-3-2025 04:14 PM
Camne orang obes 154kg boleh jadi ibu angkat, diri sendiri pun tak terangkat camne nak urus anak-ana ...

Tukar jadi ibu hempap baru anak takut.
Quote exclusive_vvip 13-3-2025 07:52 PM
Edited by exclusive_vvip at 13-3-2025 07:54 PM

jahatnya..penjara 6 tahun je .. dulu penah ada kes pompuan obes duduk atas boipren sampai mati jugak..apa la ada dlm pemikiran diorg ni..
Quote naina 14-3-2025 12:47 AM
Ohh no kesiannya budak tu terkapai2 terseksa nak cari nyawa. Jahat sungguh.
Quote makneng 14-3-2025 08:05 PM
Teringat kak pam

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.436869 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top