CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Boleh tutur 30 patah perkataan je, Zayn Rayyan diagnosis ASD

13-3-2025 11:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25179| Komen: 7|Original author: Raline

zr.PNG


PETALING JAYA – Seorang pakar pediatrik memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa Zayn Rayyan Abdul Matin diagnosis sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD).

Dr. Bernice Lim Pei-Yi ,37, yang merupakan bekas pakar pediatrik Jabatan Pediatrik, Hospital Selayang berkata, diagnosis itu diperoleh berdasarkan dua nota (perubatan) yang pernah direkod dalam sistem komputer hospital berkenaan.

“Berdasarkan nota-nota tersebut, kali pertama pesakit dibawa ke Klinik Pediatrik, Hospital Selayang pada 4 Oktober 2022 dan kali kedua (terakhir) adalah pada 5 September 2023.

“Pada 20 Disember 2023, saya diarahkan menulis laporan untuk pesakit bernama ‘Zayn Rayyan Abdul Matin’ dan laporan tersebut disiap dan diserahkan pada hari sama

“Pesakit tersebut diberi diagnosis Autism Spectrum Disorder dan disaran untuk menghadiri terapi untuk penyakit tersebut,” kata saksi itu dalam pernyataan saksinya.

Dalam prosiding sama, saksi itu memaklumkan, Zayn Rayyan hanya boleh bercakap menggunakan 30 perkataan.

Kanak-kanak itu masih belum menyambung perkataan yang mana ia tidak selari dengan perkembangan kanak-kanak berumur enam tahun.

“Secara am, jika seorang pesakit yang berumur enam tahun seperti Zayn Rayyan tidak dapat menunjukkan perkembangan yang selari dengan usia, ia dikira ‘delay’ (kelambatan),” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh akan bersambung pada 7 April ini.

Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Nur Sabrina Zubairi, manakala peguam Haresh Mahadevan mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.

Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan suami isteri berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai di sini sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartment Idaman antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suri33 15-3-2025 06:25 PM
Lambat jugak la parents dia rujuk hospital ya.
Quote Shayang 15-3-2025 06:47 PM
suri33 replied at 15-3-2025 06:25 PM
Lambat jugak la parents dia rujuk hospital ya.

Dalam berita sblm ni sebut 2019 dia ada buat terapi kt hosp sg buloh sbb masa 2 tahun speech delay.
Yg ni dlm berita paed selayang
Biasanya paed ni yg last tu jumpa sbb dorang yg akan sign borang utk tentukan masalah budak tu
Mungkin mak pak dia bawa pi 2 hospital kot atau doktor yg refer kat hospital2 tu.
Mcm anak kawan aku pi Serdang pastu ada pi HUKM juga.
Bertahun jalani terapi dan diagnosis dr umur 3 tahun
Dah sekolah darjah 1 baru paed dapat tentukan anak dia ASD.
Quote Buritan 15-3-2025 08:28 PM
Shayang replied at 15-3-2025 06:47 PM
Dalam berita sblm ni sebut 2019 dia ada buat terapi kt hosp sg buloh sbb masa 2 tahun speech delay ...

Kesian jgk mak pak yg dpt anak autism ni.. degil yg amat.. ape ape pun takziah
Quote supernaturalee 16-3-2025 08:20 AM
agak-agaknya ape laaa 30 patah perkataan yg Zayn blh sebut ye

Quote aina_shaira 16-3-2025 09:36 AM
Shayang replied at 15-3-2025 06:47 PM
Dalam berita sblm ni sebut 2019 dia ada buat terapi kt hosp sg buloh sbb masa 2 tahun speech delay ...

Seawal umur berapa boleh detect anak tu ada speech delay?
Quote Shayang 16-3-2025 06:06 PM
aina_shaira replied at 16-3-2025 09:36 AM
Seawal umur berapa boleh detect anak tu ada speech delay?

Kalau ada check up kkia kan ada buku pink/biru tu kat situ setiap kali pi check up nurse akan tanya perkembangan anak
Katalah usia sepatutnya dh boleh ckp lebih 10 perkataan tp takde langsung maknanya adalah yg tak kena nnt doc kat kkia akan buat surat refer ngan pakar kanak2 kat hospital.
Kat hospital akan ada mcm2 ujian, cth ujian pendengaran utk pastikan dia mmg takde masalah pendengaran sbb kdg takleh ckp boleh jd sbb pekak dan bisu ke apa.
Ibubapa mmg kena tahu semua perkembangan anak dr awal kena ingat umur berapa start mula ckp, start mula merangkak bagai tu mmg kena tahu.
Biasanya bila umur 2 tahun masih aaaa aaa je nk apa2 guna bahasa tubuh je tunjuk2 takde sebut kena risau gaklah. Tp ada juga budak yg tiba2 umur 3 tahun elok plak petah berckp.So kena selalu pantau dan teruskan buat terapi.
Kalau anak masih guna bahasa tubuh kita jgn layan ngn bhs tubuh gak.
Cth dia tunjuk nak air susu, kita pegang susu tu dan sebut laa adik nak susu ye jgn kita pun aaa aaa juga muncung2 mulut jer.
Terapi pertuturan ni mak pak pun blh buat juga sendiri gak kat umah dgn bykkan berckp ngn anak tu.
Nnt dorang ada bg la panduan mcm mana nk buat, lagi satu zaman  la ni byk video2 yg therapist ada buat kat tt dan yt bagai yg kita boleh rujuk.
Quote Melanie91 16-3-2025 10:52 PM
supernaturalee: agak-agaknya ape laaa 30 patah ...


Tu lah nak tahu jugak...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.056359 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top