![]() SELAYANG - Pelanggan yang sedang menikmati makanan tengah hari di sebuah rumah yang diubah suai menjadi kedai makan di Selayang Indah di sini, bertempiaran lari selepas terlihat kepulan asap dari tingkat atas kediaman itu. Penolong Bomba Kanan 11 Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azman Mahat berkata, dalam kejadian jam 1.30 petang itu, rumah itu yang dipercayai dihuni seorang pemilik kedai kasut itu hangus sepenuhnya dipercayai berpunca daripada tindakan salah seorang anaknya bermain api dalam kediaman tersebut. Menurutnya, salah satu bilik yang dijadikan stor penyimpanan barangan hasil kerjanya yang rata-ratanya berunsur getah turut musnah menyebabkan api cepat marak. “Penghuni gagal menyelamatkan harta benda. “Keadaan lalu lintas yang sesak juga menjadi punca bomba lambat tiba di lokasi kejadian,” katanya. Beliau berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran dalam masa kurang 30 minit dan keadaan rumah yang terletak di tengah menyebabkan unit bersebelahan turut terbakar sebahagian. “Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. Dalam operasi menyelamat itu Azman berkata, sebanyak tiga jentera digunakan melibatkan 30 anggota dari Balai Bomba Selayang, Jinjang dan Rawang.
|
9
![]() Bagus |
11
![]() Marah |
6
![]() Terkejut |
8
![]() Sedih |
10
![]() Lawak |
5
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
seroja_luvU posted on 9-7-2013 03:35 PM
area situ mmg bnyk tngk bdk2 main2 bakor2....aritu ada bdk main bako kucing...kang kita xde kt umh.. ...
SELAYANG - Pelanggan yang sedang menikmati makanan tengah hari di sebuah rumah yang diubah suai menjadi kedai makan di Selayang Indah di sini, bertempiaran lari selepas terlihat kepulan asap dari tingkat atas kediaman itu.
Al-Patih posted on 9-7-2013 03:44 PM
rumah kediaman ...diubah jadi kedai makan ...macam mano bulih dapek kelulusan ...dari pikahak te ...
ADVERTISEMENT