CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Single Mom Setuju Kahwin Dengan Mat Ganja Sebab Sayang

1-3-2025 10:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 38975| Komen: 16|Original author: tatod

pexels-nick-greaux-15231247.jpg


Seorang wanita bergelar ibu tunggal ini yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang baharu dua bulan dikenalinya.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, dia terbuka hati untuk menerima jejaka berkenaan bukan sahaja kerana berstatus bujang, malahan sikap lelaki tersebut yang baik hati dan jujur.

"Saya adalah seorang single mom berusia sekitar 45 tahun. Baru-baru ni ada lelaki bujang approach, beza umur dalam 13 tahun. Kenal dalam dua bulan.

"Dia ajak saya kahwin, saya pun okey sebab dah sayang. Dia okey, bertanggungjawab kepada family. Dia baik dan jujur," tulisnya dalam hantaran yang dikongsikan di sebuah grup Facebook.

Bagaimanapun apa yang membuatkan dia dalam dilema, bakal pasangannya itu mengaku ketagihan bahan terlarang.

"Dia terlampau jujur sampai mengaku hisap ganja. Dia mengaku awal-awal sebab nak saya terima dia seadanya.

"Dia mengaku semuanya dalam kawalan... maksudnya dia tak ambil benda lain selain ganja," kongsinya lagi.

Tambah wanita tersebut, dia kini berbelah bahagi sama ada mahu meneruskan hubungan ataupun sebaliknya, namun mengakui sukar untuk melupakan kekasihnya itu kerana terlalu sayang.

"Saya nak minta pendapat. Saya susah nak lupakan sebab dah sayang. Saya tiada pengalaman kawan dengan orang yang ambil ganja.

"Minta komen yang murni-murni ya. Dan beri pendapat yang setulus mungkin. Saya perlukan support daripada rakan-rakan semua," tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan supaya wanita berkenaan menjauhkan diri dan tidak 'mencari penyakit' kerana dibimbangi akan menyesal di kemudian hari.

3190580.jpg



Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 2-3-2025 05:54 AM
ko ada anak kut

tak fikir anak ke. kalau anak tu jadi mangsa, maknya aku libas dulu
Quote whimsicalmusic 2-3-2025 06:36 AM
awal2 ckp komen murni2. so sendiri pn tao la bakalan dikecam
Quote suri33 2-3-2025 08:59 PM
Dia mengaku siap2 supaya nnt ko tak boleh nak maki dia. Sbb dia dah mengaku dan ko yg piang terima.
Quote Jitu 2-3-2025 10:46 PM
45 single mom fuh klu iols tak sanggup



Quote KamikuP 3-3-2025 09:37 AM
Sangap batang ke acik kepam ni?
Quote yusryimran 3-3-2025 09:39 AM
ai ada kawan gin. tp dia ckp laki dia ok baik, rajin berkerja tetapi layanan A+ katanya bile
Quote AbukRokok 3-3-2025 02:32 PM
mat pit henjut laju godek kiri kanan atas bawah sampai _______________.
Quote eyansss 3-3-2025 03:42 PM
kalau terima gak, aku bersimpati dengan anak2nya sebab dapat mak bodoh bengap bangang
Quote lightheaded67 3-3-2025 09:44 PM
larat ke nk layan org tak stabil emosi dan mental. jap lagi semua org lah dengki kat dia. tp takpela masalah ente bukan masalah ana
Quote sfrnna 4-3-2025 12:18 AM
Cam sial. Ko tau dah jawapannyaaa. Nak cari sorang netizen yg Pro ganja untuk kau rasa lega kan kan kan utk hadap jantan tu.. padahal... dasar mak tak guna. Asal berlaki
Quote gigahertz 4-3-2025 12:38 AM
Jitu replied at 2-3-2025 02:46 PM
45 single mom fuh klu iols tak sanggup

its kind of weird single mom tak boleh hidup tanpa lelaki
lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan tu tak hairan
Quote Jitu 4-3-2025 10:28 PM
gigahertz replied at 4-3-2025 12:38 AM
its kind of weird single mom tak boleh hidup tanpa lelaki
lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan t ...

atas individu tu sendiri sebenarnya
Quote prince_marhaen 5-3-2025 09:52 AM
tak payah cakap sebab sayang ke baik hati la kak oii...cakap je la henjut baik punya lepas berganja...
Quote Gokuuu 10-3-2025 08:03 AM
Cinta tak buta tp manusia yg buta hati nafsu.

Hdp aku yg yg dikelilingi jiran penagih...mmg problematic sgt.Apatah lg duk serumah.

Suka hati la kak oi
Quote dewi_rina 10-3-2025 10:18 AM
Kalau tak ambik ganja jadi apa laki tu? Terus bertukar watak tak? Sbb masa ambik ganja elok lah, sekali takde stock mengamuk meroyan baru kau sedar, cinta itu buta
Quote ina_na 10-3-2025 11:44 PM
Dah main kot..tu yg kata mcm tu... Mmg pelik kan partner pendadih ni sanggup terima dia org dlm keadaan pe pun..pelik iolss..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.055544 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top