CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa 2 Mac 2025, Ahad ini

1-3-2025 10:00 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29082| Komen: 1|Original author: Raline


puasa.jpeg


PETALING JAYA – Seluruh umat Islam di negara ini akan mula berpuasa pada Ahad, 2 Mac.

Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.

“Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 2 Mac 2025,” katanya sebentar tadi.

Terdahulu, menurut pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.

Lokasi tersebut adalah di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, (Tanjung Bidara, Melaka), Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang (Port Dickson, Negeri Sembilan), Baitul Hilal Bukit Melawati (Kuala Selangor), Baitul Hilal Bukit Jugra (Banting, Kuala Langat), Balai Cerap Selangor (Sabak Bernam) dan Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang (Manjong, Perak).

Turut terlibat Pusat Falak Sheikh Tahir (Pantai Aceh, Pulau Pinang), Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak (Kuala Muda), Stesen Cerapan Hilal Pemandangan Indah (Pulau Langkawi) Menara Alor Setar, Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar (Kuala Terengganu), Stesen Cerapan Hilal Bukit Geliga (Kemaman), Stesen Cerapan Hilal Pulau Perhentian (Besut) dan Balai Cerap KUSZA (Merang, Setiu).

Seterusnya, Stesen Cerapan Hilal Bukit Peraksi (Pasir Puteh, Kelantan), Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling (Kuala Krai), Stesen Cerapan Hilal Menara Bangunan SEDC (Kota Bharu), Pusat Falak Miri, Esplanade Luak (Miri) Teluk Bandung (Kuching), Pusat Falak Bintulu dan Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil (Putatan, Sabah).

Selain itu, Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu (Nenasi, Pahang), Stesen Cerapan Hilal Gunung Berincang (Cameron Highlands), Menara 188 (Kuantan), Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 1-3-2025 02:08 AM
Berdebar tunggu pengumuman kali ni. Risau kalau hari sabtu. btw arab saudi puasa esok sabtu kan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.029512 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top