CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai pasangan muda tidak mampu sewa rumah

1-3-2025 10:00 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29663| Komen: 16|Original author: Raline


sewa-rumah-vietnam.jpg


HANOI  – Harga hartanah yang melambung tinggi di bandar-bandar utama Vietnam menyebabkan ramai pasangan muda tidak mampu untuk menyewa atau membeli rumah, lapor laman berita VNExpress kelmarin.

Menurut penganalisis hartanah tempatan, Le Quoc Kien, pasangan muda yang mana ibu bapa mereka memiliki rumah di Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh, biasanya tidak mempunyai pilihan melainkan tinggal bersama keluarga untuk menjimatkan wang.

Dengan purata gaji bulanan antara 10 juta dong (RM1,740) hingga 15 juta dong (RM2,600) untuk pasangan baru berkahwin, pemilikan rumah menjadi impian yang sukar untuk dicapai.

Laporan terbaharu  firma penyelidikan hartanah, Global Property Guide meletakkan Hanoi sebagai bandar ke-11 paling mahal di Asia bagi menyewa hartanah.

Purata sewa untuk unit kediaman dengan dua bilik tidur mencecah 18.2 juta dong (RM3,200), mengatasi Kuala Lumpur, Jakarta dan Mumbai.

Buletin Persatuan Realtors Vietnam (VARS) menyatakan, harga yang melebihi pertumbuhan pendapatan penduduk menyebabkan pemilikan rumah menjadi semakin sukar.

VARS menganggarkan,  untuk membeli apartmen dengan harga purata di Hanoi, isi rumah perlu memperoleh pendapatan antara 45 juta dong (RM7,800) hingga 210 juta dong (RM37,000) sebulan atau 2.3 hingga 10 kali ganda pendapatan sebenar kebanyakan warga kota.

Pengerusi VARS, Nguyen Van Dinh mengaitkan harga yang melambung tinggi itu dengan kekurangan bekalan ekoran sikap pemaju memberi tumpuan kepada pembeli dan pelabur berpendapatan tinggi. – AGENSI

Sumber - KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 28-2-2025 10:02 PM
Nasib baca artikel sampai habis :p
Quote suri33 2-3-2025 09:02 PM
Baru nak komen nasib baca dkt hanoi. Haha.
Quote B40tastePosh 2-3-2025 09:30 PM
Kalau Najib Razak dan Tengku Adnan terus memerintah, kejadian yang sama akan berlaku di Malaysia.

Quote kepompong 2-3-2025 10:07 PM
Berlaku je kat sini… sewa bilik je mampu. Dalam 1 rumah ada byk kelamin . Alala kat melb
Quote gideoncross 2-3-2025 11:34 PM
suri33 replied at 2-3-2025 09:02 PM
Baru nak komen nasib baca dkt hanoi. Haha.

Kat rantau Mlayu ni pun sma, acah2 khwin awl konon nk elak dosa tpi apapun x mmpu hahahaha
Quote gideoncross 2-3-2025 11:36 PM
kepompong replied at 2-3-2025 10:07 PM
Berlaku je kat sini… sewa bilik je mampu. Dalam 1 rumah ada byk kelamin . Alala kat melb

Kat rantau Mlayu d galakkan khwin awl, alasannya nak elak dosa tpi x d ajar psl kewangan pstu tngok org mmpu pkai kreta Jepun, rmai2 d ajak brdengki hahahaha
Quote gideoncross 2-3-2025 11:36 PM
akies replied at 28-2-2025 10:02 PM
Nasib baca artikel sampai habis :p

Rantau sini pun, khwin awl bwa rzeki tpi last2 dengki kat org lain yg mmpu pkai kreta dri Jepun hahahaha
Quote ultra78 3-3-2025 01:03 AM
Kalau bagi foreigner beli rumah, nanti rakyat sendiri tak mampu beli rumah sebab developer hanya focus nak untung. Masalah sama berlaku di canada dan australia.
Quote B40tastePosh 3-3-2025 03:04 AM
gideoncross replied at 2-3-2025 11:36 PM
Rantau sini pun, khwin awl bwa rzeki tpi last2 dengki kat org lain yg mmpu pkai kreta dri Jepun ha ...

Perangai Indon kuat dengki...sebab rata rata kahwin awal
Quote Radzor 3-3-2025 05:46 AM
soh dorg join fb "rumah bawah 300k"
Quote Decaffeinated 3-3-2025 07:25 AM
Negara komunis tapi harga kapitalis. Terbalik dgn Malaysia negara kapitalis tapi semua nak sabsidi.
Quote nisako 3-3-2025 09:07 AM
sabo je
Quote lurve82 3-3-2025 09:22 AM
mahal betul kat sana..2 bilik rm3200..mammpuihh...aku sewakan rumah end lot aku 4 bilik...ada tanah tepi dgn blkg dlm 2800sqft sekali rumah 4 bilik 2 tgkt baru rm1250...kalau rumah corner lot 4200sqft sekali rumah 2 tgkt 4 bilik...dah extend blkg dgn dapur tepi baru rm2k fully furnish...klu naik sebln rm3k rm4k mmg aku tiap2 bln gi holiday (mcm la byk cuti)....
Quote dewi_rina 3-3-2025 09:52 AM
Edited by dewi_rina at 3-3-2025 01:54 AM

Oh vietnam, meh lah datang sini.. Sewa 1 rumah 10 org
Nanti dah duduk 10 tahun boleh apply rumah SelangorKu, kawin dgn warganegara apply apa yg patut.. btw area rumah iols bukan takat indon dgn bangla je, myanmar dgn vietnam pun dah ramai
Quote Skuau 3-3-2025 11:52 AM
Edited by Skuau at 3-3-2025 04:52 PM

AGENDA T20/kapitalis/politikus me'NYAHKAN'@MENGUSIR'  B40 keluar dr bandar secara halus....B40 jer yg lalai...
Quote AbukRokok 3-3-2025 02:41 PM
agenda cina utk halau vietkong merempat bawah highway

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.067323 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top