CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai kanan polis ditembak selepas pulang dari masjid

28-2-2025 09:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28713| Komen: 6|Original author: Raline


Geli-mati2.jpg


BANGKOK – Seorang pegawai kanan polis ditembak mati ketika dia pulang dari solat di sebuah masjid di wilayah Pattani, selatan Thailand semalam, lapor portal berita Thaiger.

Pegawai tersebut yang dikenali sebagai Leftenan (Polis) Muhammad Azan Jamae, 58, diserang hendap di luar rumahnya di Ban Kalupe, daerah Sai Buri, sejurus selepas meninggalkan masjid.

Menurut saksi, beberapa penyerang yang menunggang dua motosikal melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Dia rebah di tempat kejadian dan cedera parah.

Jiran dan rakannya menghantar Muhammad ke Hospital Yupracha Sai Buri, manakala mangsa  disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Polis telah melancarkan siasatan, mengumpul bukti dari tempat kejadian dan menemu bual saksi.

Lelaki-lelaki bersenjata tersebut melarikan diri sejurus selepas serangan itu tanpa  meninggalkan sebarang petunjuk mengenai identiti atau motif mereka. – AGENSI

Sumber - KOSMO! ONLINE.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote liyamariska 1-3-2025 08:28 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote 3chanceno 1-3-2025 09:56 AM
Innallillah..takziah buat famili. Takutnya dah tunggu kat luar rumah
Quote sfrnna 1-3-2025 10:13 AM
Buat kerja jujur mesti ada org sakit hati. Takziah
Quote supernaturalee 1-3-2025 10:55 AM
Mcm pegawai agama di pahang
Kena tembak masa tak bertugas
Dh lh kt rmh sendiri plk tu

Warisnya tah ke dh pindah

Quote ulamalu 1-3-2025 10:56 AM
Tak dapat sambut Ramadan.
Quote emera 1-3-2025 05:11 PM
supernaturalee replied at 1-3-2025 10:55 AM
Mcm pegawai agama di pahang
Kena tembak masa tak bertugas
Dh lh kt rmh sendiri plk tu

Wehhh apa cerrr ni? Bila? Knp?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.109789 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top