CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Nightmare dipaksa tinggal dengan mentua, isteri nak cerai!

28-2-2025 07:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18575| Komen: 0|Original author: Raline

sl.PNG


Hubungan antara menantu dan mentua tidak mustahil menjadi erat jika kedua-duanya saling menjaga tutur kata dan tingkah laku ketika tinggal sebumbung.

Bagaimanapun, sebagai manusia biasa tidak mudah untuk melakukannya kerana dugaan tinggal bersama mentua atau menantu biasanya bukan calang-calang.

Seorang wanita meluahkan rasa tertekan apabila keluarga suami memaksa dia sekeluarga tinggal dengan mentua yang sakit.

Bukan tidak mahu, tetapi pengalaman tinggal bersama mentuannya selama enam tahun sebelum ini sudah cukup membuatkan hidupnya menderita.

"Saya rasa sudah cuba jadi baik enam tahun tu. Rumah dikelilingi saudara mara, serba tak kena itu ini.

"Adik beradik lain jauh merantau. Hanya Allah yang tahu dahsyatnya hidup di sana," katanya yang enggan menjelaskan lebih lanjut tentang derita yang ditanggung.

Wanita berkerjaya itu memaklumkan, walaupun sudah berpindah, suaminya amat bertanggungjawab dan sanggup berulang alik selang tiga hari untuk pulang ke rumah ibu bapanya.

"Saya datang hujung minggu selang seminggu atau dua minggu. Masih cuba menjadi baik.

"Bila duduk sendiri baru OK dengan suami, tapi masa duduk sana (rumah mentua) macam-macam berlaku," katanya yang mengakui hubungan dingin dengan suami pulih apabila tidak lagi tinggal bersama mentua.

Katanya, kini sudah dua tahun mereka keluar dari rumah mentua tetapi masih dihina oleh saudara mara suaminya.

"Banyak provokasi, perlian dan minta kami pulang ke sana. Tidak halang suami berbakti, saya hanya mampu datang hujung minggu.

"Sebab tu saya macam tak dapat terima dan tak nak beralah," katanya.

Wanita itu juga bertanya kepada warga maya, adakah dia perlu minta diceraikan kerana tidak sanggup dihina oleh saudara mara sebelah suami.

"Tak patut minta cerai kes macam ni waulaupun boleh je kalau nak minta. Jaga orang tua yang uzur ni suatu kewajipan buat semua anak terutama anak lelaki.

"Isteri juga boleh dapat pahala kalau bantu suami jaga ibu bapa dia. Memang sukar, tapi ganjarannya banyak," antara komen netizen.

Bagaimanapun ada juga warganet yang menyentuh tentang kewajiban seorang suami menyediakan tempat tinggal yang selesa buat isteri.

"Kediaman asing untuk isteri ialah hak mutlak isteri. Jika suami gagal sediakan rumah asing, kira suami gagal sediakan nafkah tempat tingal.

"Gagal tunai nafkah salah satu sebab isteri berhak tuntut fasakh.

"Dah pernah rasa dulu bertapa jahatnya keluarga mentua layan masa tu sarat mengandung cukup-cukup dibuli," kongsi netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.066987 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top