CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM pertahan cadangan RUU Pembaharuan Semula Bandar (URA), Tegas bela nasib miskin bandar

28-2-2025 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4036| Komen: 8

 


ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) adalah usaha membela nasib golongan miskin bandar, bukan mengancam hak mana-mana pihak.

Anwar berkata, kerajaan tidak akan tunduk terhadap usaha pembangkang yang cuba mempengaruhi rakyat dengan dakwaan tidak berasas termasuk merancang perhimpunan besar-besaran bagi membantah cadangan itu.

“Mereka kata habislah Melayu, itu satu penipuan. Flat Sri Perlis misalnya, dibina sejak tahun 60-an, kini usianya lebih 50 tahun dengan keadaan usang, hanya ada satu bilik dan dihuni golongan paling miskin.

“Saya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan takkan nak biarkan keadaan itu berterusan. Kalau kita nak bina semula, undang-undang perlu dipinda,” katanya.

Beliau menegaskan, pindaan RUU itu tidak akan menjejaskan status tanah rizab Melayu atau hak milik sedia ada sama ada di bawah kerajaan negeri mahupun strata.


“Apa hak Melayu yang kamu pertahan? Nak biarkan orang Melayu di bandar terus hidup dalam kemiskinan?” katanya ketika berucap pada Konvensyen Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kedah 2025 di sini, hari ini.

Majlis itu menghimpunkan 3,048 pemimpin JPKKP dari seluruh Kedah.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pemuda Pas, Mohd. Hafez Sabri mengumumkan pihaknya merancang mengadakan himpunan besar-besaran bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai bantahan terhadap RUU tersebut.

Namun, Anwar menegaskan kerajaan hanya mahu memastikan pembangunan semula bandar dapat memberikan kehidupan lebih baik kepada golongan miskin tanpa menjejaskan hak rakyat.
 
Sumber - KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 28-2-2025 10:12 AM
Hero team baik
Quote tripleid 28-2-2025 04:26 PM
Edited by tripleid at 28-2-2025 04:29 PM

Eh,masa zaman tebok atap dulu menteri PN sebut psal URA walaun tak mnggelupur pun..

Screenshot_2025-02-26-15-44-09-049_com.facebook.lite-edit.jpg Screenshot_2025-02-26-15-44-23-930_com.facebook.lite-edit.jpg
Quote kakikuDibibirmu 28-2-2025 04:51 PM
Miskin bandar memakai baju baru warna-warni;
Mengunjungi sanak kaum famili...

Quote airfilterkotor 28-2-2025 06:33 PM
PAS masih relevankah dewasa ini?
Quote airfilterkotor 28-2-2025 06:42 PM
Bersorak seolah melayu dan india yang miskin bakalan terpinggir dari pembangunan kota.
Aku macam... apa mende yang dorang ni paham dan pikir sebenarnya.
Quote pengecatbintang 28-2-2025 06:48 PM
tripleid replied at 28-2-2025 04:26 PM
Eh,masa zaman tebok atap dulu menteri PN sebut psal URA walaun tak mnggelupur pun..

dah agak dah

bila DSAI nak buat bende baik yg serupa Pee Een nak buat

maka ramai ler yg benci DSAI


Quote pengecatbintang 28-2-2025 06:55 PM
Edited by pengecatbintang at 28-2-2025 07:15 PM
tripleid replied at 28-2-2025 04:26 PM
Eh,masa zaman tebok atap dulu menteri PN sebut psal URA walaun tak mnggelupur pun..

Menurut Kamus Dewan, hipokrit ialah orang yang berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dan lain-lain) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri

Munafik atau Munāfiq (kata nama, daripada bahasa Arab: منافق, jamak munāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam yang merujuk kepada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya


Zulkifli perjelas hukum tinggal solat Jumaat lebih tiga kali

Hukum meninggalkan solat Jumaat lebih tiga kali hanyaterpakai kepada mereka yang melakukannya kerana malas dan tanpa keuzuran serta sebarang sebab

Seseorang itu DICOP MUNAFIK hanya sekiranya individu tersebut MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT sebanyak tiga kali kerana meringan-ringankan perkara tersebut.

“Perkataan kerana meringan-ringankannya jelas menunjukkan sifat kemalasan dan tidak menghadiri Jumaat tanpa uzur dan sebarang sebab.

hati2 dengan mereka2 yg Munafik


Quote water_lily 1-3-2025 12:26 PM
Hmmm

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.147986 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top