CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penyanyi Azam Smile meninggal dunia akibat pembuluh darah pecah

28-2-2025 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 30697| Komen: 22|Original author: doubleA

 


Shukri atau nama sebenarnya, Mohamad Azam Zainal Abidin, 38, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh Vina yang bergegas ke rumahnya apabila panggilan tidak berjawab.

"Kali terakhir saya berhubung dengannya sekitar jam 2 petang semalam bagi bertanya sama ada sudah makan tengahari atau belum.

"Dia cakap sudah tempah 'prawn macaroni'. Jam 6.50 petang, saya hubungi untuk pergi makan malam, tapi tak berjawab. Dia tinggal seorang diri di satu kawasan kediaman di Shah Alam.

"Saya risau dan bergegas ke rumahnya. Setiba di sana, saya tekan loceng dan ketuk pintu tak berjawab.

"Saya hubungi beberapa rakannya yang tinggal berdekatan, antaranya Zam Handy Black untuk minta bantuan. Mereka dapati pintu berkunci dari dalam dan mereka umpil pintu hingga hampir pecah.

"Saya hubungi ambulans, unit peronda dan petugas kesihatan. Mereka tiba dan kemudian sahkan dia sudah tiada," katanya.

Menurutnya, sewaktu dijumpai, mereka mendapati makanan dipesan langsung tidak terusik.

"Dia tak pernah ada sakit. Awalnya, kami sangka kematiannya akibat serangan jantung. Namun, selepas proses bedah siasat di Hospital Klang, doktor kata pembuluh darah pecah dan 'stress' kerana kurang tidur.

"Dia memang banyak kerja sebab jadi 'content creator' dan kerjanya sangat padat," katanya.

Shukri yang menggunakan nama Azam Smile pernah menghasilkan beberapa single. Antaranya Sudahlah Sayang dan Atas Cintamu.

Allahyarham Shukri baru selesai merakamkan lagu Hari Raya berjudul Gedebak Gedebuk Raya bersama syarikat Javs Team dan baru menyiapkan muzik video lagu terbabit.

Jenazah Allahyarham Shukri dibawa ke Kampung halamannya di Batang Rokan, Gemencheh dan dikebumikan petang tadi.

Sumber berita harian.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 27-2-2025 10:31 PM
Al-Fatihah buat arwah. Takziah buat keluarga. Sebenarnya tak kenal siapa.
Quote shalalat 27-2-2025 10:34 PM
Tak kenal. Tapi takziah untuk seluruh keluarga arwah, semoga ditempatkan dikalangan orang yang soleh
Quote exclusive_vvip 27-2-2025 10:55 PM
Al-Fatihah..Semoga rohnya ditempatkan bersama org beriman..tak kenal juga dia ni..kalu yg x berapa terkenal(tapi almost 200k jugakla followers kat TT) pun dah stress keje.. iols terbayang pulak macamana la pulak stress TokTi agaknya..
Quote doubleA 27-2-2025 11:00 PM
exclusive_vvip replied at 27-2-2025 10:55 PM
Al-Fatihah..Semoga rohnya ditempatkan bersama org beriman..tak kenal juga dia ni..kalu yg x berapa t ...

Itula, tulis job content creator juga walaupun iols pun tak kenal. Kalau tokti tu sheols ada team kan so kalau job2 ni sheols muncul je tapi preparation team buat kot
Quote sukacactus 28-2-2025 12:10 AM
Salam takziah
Aku google td sapa arwah sebenarnya, tp still xkenal
Quote doubleA 28-2-2025 12:23 AM
sukacactus replied at 28-2-2025 12:10 AM
Salam takziah
Aku google td sapa arwah sebenarnya, tp still xkenal

Samalah. Iols pun tak kenal tapi motif iols buka benang ni masa nampak news ni iols baca dan rasa tragis sangat meninggal sorang2 sebab stress. Mujur ada yg cari
Quote readbaca 28-2-2025 12:28 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote noor2 28-2-2025 02:57 AM
Innalillah...menakutkan kehidupan yg mcm ni..hidup terlalu stress sampai pembuluh darah pecah...
Quote noor2 28-2-2025 02:58 AM
Tidur kena cukup....akak ni awal.tidur..dah x boleh tidur la pulak bila terjaga ni..
Quote edoraixora 28-2-2025 03:11 AM
Innalillah...

Risaunya lah pembuluh darah pecah ni salah satu sebab tak cukup tido
Sedara ada 2 org dah meninggal sebab yg sama
Ingatkan sebab high blood pressure tinggi sangat
Tak cukup tidur pun boleh jadi
Quote NickBaru1 28-2-2025 04:43 AM
edoraixora replied at 28-2-2025 03:11 AM
Innalillah...

Risaunya lah pembuluh darah pecah ni salah satu sebab tak cukup tido

Alamak risau pulak. Meols dah la jenis selalu tak cukup tido.

Apa pun takziah kepada keluarga arwah. Tak sempat Ramadan.
Quote kikyou 28-2-2025 05:27 AM
Tidur tak cukup pun boleh pecah pembuluh darah ek? Kena start tidur awal jugalah hakak pun.
Quote phalanx 28-2-2025 07:39 AM
doubleA replied at 27-2-2025 11:00 PM
Itula, tulis job content creator juga walaupun iols pun tak kenal. Kalau tokti tu sheols ada team  ...

ye betul. sekarang banyak dah agensi content creation, means kalau company/celebrity nak hire agensi buat content boleh hire diorang. atau boleh je ada team sendiri hire sendiri.

i tahu ni dari sorang content creator masak2 kat ig. dia cakap dia dulu kerja dgn agensi. sebelum buat personal branding sendiri. diorang2 ni grad program new media dari UITM. program degree since 10 tahun lepas. banyak lepasan/alumni jd content moderator company2 besar yg nak ada social media presence.
Quote afie_m 28-2-2025 11:19 AM
Al-Fatihah..Semoga rohnya ditempatkan bersama org beriman..
Quote prettyuglybabe 28-2-2025 11:20 AM
bahaya tak cukup tido..
muda-muda boleh la layan..
dah berumur ni, jaga la kesihatan korang..
Quote kepompong 28-2-2025 11:46 AM
Kurang tidur pun boleh meninggal
Quote Cassieopeia 28-2-2025 11:56 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote doubleA 28-2-2025 12:18 PM
prettyuglybabe replied at 28-2-2025 11:20 AM
bahaya tak cukup tido..
muda-muda boleh la layan..
dah berumur ni, jaga la kesihatan korang..

Betul. Iols pun tak berani kurang tidur dah sekarang. Kudrat tak macam masa muda dulu night owl. Now malam kena cukup tidur 6jam.
Quote vanilacup 28-2-2025 12:21 PM
Utk menjadikan tidur cukup walau pun x cukup kata Ustaz Sheikh Zainul Asri bacalah Surah At Taubah ayat 128 dan 129. Cuba hafal insyallah mudah je utk diamalkan ..
Badan lesu dan lemah pun disarankan amal ayat ini...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.051311 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top