CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fattah Amin rasa sayu, kehilangan sambut Ramadan solo - "Alhamdulillah, saya masih ada ibu bapa, anak Fatima dan adik-beradik"

28-2-2025 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11369| Komen: 102|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2025-02-27-at-11.12.23-e1740627398939-1536x895.jpeg


“Rasa sayu dan rasa berbeza.”

Demikian kata pelakon popular Fattah Amin yang buat pertama kalinya bakal menyambut Ramadan tanpa seorang isteri di sisi selepas bercerai empat bulan lalu.

Bahkan, Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, turut mengakui ‘rasa’ kehilangan dan berbeza kerana tiada lagi wanita bergelar isteri akan mengejutnya untuk bersahur dan menyediakan juadah berbuka puasa.

“Betul, memang akan berbezalah. Sebagai manusia biasa, walaupun kita lelaki, tetapi ada masanya kita akan tetap terbuai dengan perasaan itu.

“Tetapi saya perlu kuat dan apa yang terjadi sebelum ini sudah ditakdirkan. Sebagai orang Islam, harus percaya pada qada dan qadar, sampai masa sudah tertulis jodoh, rezeki dan ajal. Harus bermuhasabah diri dan terima dengan hati yang terbuka,” ujar Fattah.

Bagi mengalihkan perhatiannya, bintang filem Mat Kilau itu menyibukkan dirinya dengan kerja dan dalam masa yang sama bersyukur kerana masih mempunyai keluarga untuk menyambut Ramadan bersama.

“Rutin memang akan berbeza, tidak sama seperti dahulu. Alhamdulillah, saya masih ada ibu bapa, anak Fatima dan adik-beradik.

“Merekalah yang menjadi tulang belakang saya dan kita akan sama-sama menjalani ibadah puasa sebagai sebuah keluarga yang harmoni,” kata Fattah.

Meski telah berpisah, sebagai bapa Fattah akan memastikan dia dapat menyambut dan mendidik anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, 4, tentang bulan Ramadan.


“Sebagai bapa saya akan berusaha untuk bersama-sama menyambut Ramadan bersama Fatima kalau diberi peluang dalam jadual ditetapkan (hak pengiliran jagaan anak).

“Walaupun Fatima masih kecil dan tidak berpuasa, memang saya mahu ada masa untuk berbuka dengan keluarga saya serta meraikan anak.

“Dia masih kecil, tetapi berhak tahu tentang Ramadan, sebagai ibu bapa kita harus fahamkan erti Ramadan kepadanya secara perlahan-lahan,” jelasnya yang ditemui pada majlis sidang media drama Bidaah semalam


Fattah dan aktres, Nur Fazura Sharifuddin, berkahwin pada 27 November 2017, namun bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lifeline 27-2-2025 02:32 PM
walaupun aku x suka skrng dia gedik dgn AO tp jwpn dia bijak gak la kan
btw bamtah kena la selalu tunjuk spend time dgn anak
ni mcm dah lupakan anak je
sampai org ckp duk edik kejar pompuan anak terabai
yg sebelah sana pulak duk la asyik tunjuk terpling kerja keras terplaing survival besarkan anak sorang mcm kan bapaknya xada

so sebagai netizen mmg mcm2 org boleh speku

kena la tunjuk jugak sesekali
dah la mmg anak tu bnyk spend masa dgn mak nya
so time dgn bapaknya share la dkt nurtizen ni supaya xde tohmahan lain2
Quote ezacbee 27-2-2025 02:33 PM
Keledek2 sekalian sedia menemani abam patah yg tersayang..
Quote jasmine.lim 27-2-2025 02:54 PM
FA ni kalau nak compare dg MAMU, JM, EE & Keith Pooo as co-parenting memang jauh bertiang laaa because deyolls even divorced pun still kehulu hilir dengan anak tapi kamoooo, busy mencari sesuap nasi katanya ke busy cari Mommy's baru untuk Nyamma? Hujung2 rindu anak, please laaa?
Quote apedehal 27-2-2025 03:27 PM
jasmine.lim replied at 27-2-2025 02:54 PM
FA ni kalau nak compare dg MAMU, JM, EE & Keith Pooo as co-parenting memang jauh bertiang laaa becau ...

Ntahnya..mcm kan sehelai sepinggang bank akaun zero lepas cerai padahal bukannya kena bayar papepun..on side note sedih jugakla dia ckp puasa dia kalini berbeza xda bini nk gerak sahur..kawen2 la cepat dgn ao tu kalau dah sama2 hendak
Quote Kancilkering 27-2-2025 03:33 PM
jalan terus
Quote bungalisa 27-2-2025 03:34 PM
jasmine.lim replied at 27-2-2025 02:54 PM
FA ni kalau nak compare dg MAMU, JM, EE & Keith Pooo as co-parenting memang jauh bertiang laaa becau ...

kan dia cakap ada jadual...  follow je la jadual... bamtah boleh tolong share sikit jadual pengiliran tak... supaya nurtizen tgok..   jadual tu berat sebelah ke tidak...
Quote Incanto 27-2-2025 03:35 PM
sebelum masuk bulan suci penuh barakah aku nak cakap

Pungkoq Hang

alarm clock ada nak kejut sahur. Umur dah 35 pun tak reti bangun sendiri

hang duk serumah dgn Ibu Zah dgn Pak Amin dgn adik adik yg belum kawin, bangun terus dah ada makanan sahur kat meja

Selamat Berpuasa dan Beribadah di bulan Ramadhan
Quote mamaterrer 27-2-2025 03:37 PM
jasmine.lim replied at 27-2-2025 02:54 PM
FA ni kalau nak compare dg MAMU, JM, EE & Keith Pooo as co-parenting memang jauh bertiang laaa becau ...

Kannnnnn gitu la...suke buat ayat yg buat keledeks jatuh kesian KT die.. elok la skg single,buat la content byk2..
Quote jihyomelly 27-2-2025 03:45 PM
bila ada perkataan sayu tu,.terus teringat yebit tak lekang di bibir slalu sebut sayuuuuuuu….
Quote qwerty02 27-2-2025 03:58 PM
Bukan last year dlm the first half Ramadhan tu dia berpuasa di perantauan Setiu ke? Siapa kejut bangun sahur, sediakan sahur & buka puasa?
Quote Kancilkering 27-2-2025 04:02 PM
ouch….perantauan
Quote BarbiePink 27-2-2025 04:13 PM
bungalisa replied at 27-2-2025 03:34 PM
kan dia cakap ada jadual...  follow je la jadual... bamtah boleh tolong share sikit jadual pengili ...

Kenapa nak kena tunjuk chouls
Terang lagi bersuluh nyah
Lawyer heols ckp dgn jelas hari tuh
Jadual lawatan anak
Nak tak nak spend je nyah
Quote BarbiePink 27-2-2025 04:13 PM
Double
Quote BarbiePink 27-2-2025 04:24 PM
lifeline replied at 27-2-2025 02:32 PM
walaupun aku x suka skrng dia gedik dgn AO tp jwpn dia bijak gak la kan
btw bamtah kena la selalu tu ...

Tah pun sembang job tak henti cari nafkah tuh anak
Takde pulak chouls rengsa
Neh ex tunjuk kerja keras
Tuk anak tiber dipersoalkan
Biar leh bukan dia nafi hak apaknya
Smpai chouls nak rengsa
Kenapa nak chouls minta tunjuk sesekali
Tunggu jer lah kalau tah spend dgn anak
Mmg dier upload pun tuk tatapan karat dier
Kalau takde means takde leh
Terang lagi jelas lawyer heols bgitau hak lawatan
So takyah lah nak pikir psl tomahan2 neh
Btw chouls takyah rengsa
Anak deyols bnyk msa spend dgn maknya
Bukan ex jer rata2 bnyk ibu tunggal mcm tuh
Knpa Fatima bnyk msa dgn ex chouls nak pertikan
Dh apaknya busy cari nafkah layan marketing
Hadap je lah
Quote lifeline 27-2-2025 04:31 PM
BarbiePink replied at 27-2-2025 04:24 PM
Tah pun sembang job tak henti cari nafkah tuh anak
Takde pulak chouls rengsa
Neh ex tunjuk kerja  ...

TUDIAAAAAAAAAAAA

RILEX BARBIE RILEXX
CHILLLL
Quote BarbiePink 27-2-2025 04:33 PM
lifeline replied at 27-2-2025 04:31 PM
TUDIAAAAAAAAAAAA

RILEX BARBIE RILEXX

Meols relax jer chouls
Sja nak betulkan
Acik2 yg ghisau anak bnyk spend dgn mak
Quote sharlenetexas 27-2-2025 04:36 PM
Ramadan mubarak.


Quote nolya 27-2-2025 04:37 PM
ezacbee replied at 27-2-2025 02:33 PM
Keledek2 sekalian sedia menemani abam patah yg tersayang..

Tidak manis sdri sindirkan begitu. Kesah didudakan bukanlah satu kesah yg harus jadi bahan sindiran dn mengungkit2 semua cerita dn kesah masa lalu. Apa yg terjadi sudahpun terjadi, satu pihak yg mengharapkan sedangkan satu pihak rasa ghalat atas kejadian. Dn bila talak dn iddah menoktahkan, halal-haram jadi batasan.

Keluhan Fatah terasa kehilangan seorang isteri di bulan Ramadhan, bererti ada imbauan kenangan manis mengusik rasa, yg kini sudah tiada.  Akan lebih bererti jika ada, iftar bersama2 isteri dn anak yg dikasihi.  Ttpi sayang, khuatir kalau baksis Aidilfitri terus tidak diberi, langkah awal dimetrai, maka begitulah status Fatah yg jelas kini.  
InsyaAllah, Fatah masih ada ibubapa dn keluarga serta anaknya yg akan memeriahkan Ramadhan dn hariraya. Sementara keledek2ian hanya bersolidaritas, mendoakan ttpi tidaklah gelenyar nak temankan.

Quote wafeloren 27-2-2025 04:45 PM
See bamtah still ingat je faz sbg org yg pernah hadir dlm hidup. Walaupun xberapa sangat sbb dia menggeletis. Tp dah kakafaz lebih bahagia xberlaki apekan daya duda. I am sure la marriage ni boleh diselamatkan lagi kalau kakafaz one to one dengan duda. Syg betul jodoh tak panjang n kaka faz pun dah xnak duda itu.

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.043462 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top