CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Majlis nikah tertutup, itu permintaan keluarga – Syafiq Kyle

28-2-2025 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6849| Komen: 14|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2025-02-27-at-11.36.16-e1740628293442-1536x895.jpeg


Keputusan pelakon Syafiq Kyle  mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup pada 14 Februari lalu di Taiping, Perak adalah bagi menghormati keputusan kedua-dua belah keluarga.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak 33, majlis tersebut hanya dihadiri kenalan rapat selain berasakan berkongsi berita baik pada hari pernikahan itu sendiri adalah suatu yang perlu dilakukan selepas sah bergelar suami.

“Sebab saya rasa setiap jalan kerja yang dilakukan untuk sampai ke hari pernikahan itu, saya hanya buat yang perlu sahaja. Secara tertutup itu adalah atas kehendak dan persetujuan daripada keluarga.

“Jadi saya respek pihak Mimi dan dia juga hormat pihak saya, perkara itu sudah dibincangkan dengan pengurus kita.

“Kami ambil pendekatan untuk kongsi pada hari pernikahan, itu lebih baik,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis tayangan perdana episod akhir Gadis Masa di Hotel Aloft, di sini semalam.


Berkongsi mengenai kehidupannya sebagai suami, Syafiq mengakui seronok terutama selepas memiliki isteri yang boleh menyediakan keperluannya di rumah.

“Alhamdulillah doa baik-baik anda semua yang sentiasa ada dengan saya ini membawa saya dan Mimi ke jenjang pelamin.

“Tapi saya akui sekarang kami berdua sibuk, nak bercuti pun tak sempat lagi. Insya-Allah lepas raya kami bercuti.

“Kalau nak cakap perubahan terbesar selepas bergelar suami, macam tiada apa sangat sebab tak sampai sebulan lagi cuma seronok setiap hari ada orang hidang nasi di rumah,” katanya lagi.

Ditanya tentang kenyataan Mimi sebelum ini iaitu berkahwin kerana mahu menjalani ibadah puasa bersama, Syafiq berkata, perkara tersebut mungkin berkat doanya ketika menunaikan umrah tahun lalu.

“Tahun lepas saya berpuasa seorang dan sambut Hari Raya Aidilfitri di Mekah dengan mengerjakan umrah.

“Mungkin itu adalah doa saya iaitu mahu puasa seterusnya lebih manis dan Allah SWT bagi. Alhamdulillah itu pun doa emak saya juga,” ujarnya.

Sebelum ini, Mimi dan Syafiq menjalin hubungan cinta sejak tahun 2016, namun impian bergelar suami isteri terkandas apabila mereka membatalkan majlis pernikahan pada 18 Ogos 2023.

Kemudian pada 14 Februari lalu, pasangan tersebut mengejutkan ramai apabila selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga teman rapat sahaja.

Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bambimo 27-2-2025 02:18 PM
Ya la karang pompangpompang canang sekali tarik handbrake
Better senyap je...know2 surprise dah nikah
Quote Manjahati 27-2-2025 02:20 PM
Tahniah..moga berkekalan
Quote awanysss 27-2-2025 03:53 PM
cute couple. dua2 helok.
Quote cap_ayam 27-2-2025 04:39 PM
Tahniah. Sama cantik sama padan. Semoga bahagia selamanya.
Quote I.K.A888990 27-2-2025 04:46 PM
dah kawen pun kerjaya dua2 still meletop masyuk

Quote heythere123 27-2-2025 04:55 PM
harap dorang ni tak jaja la kisah lepas nikah. Keep it private gittew. sebab makin ditunjuk nanti jadi ain pulak bak kata netizen
Quote Manusiabesa 27-2-2025 05:19 PM
Jelas betul huruf M tu haha.
Eii tringat nur kasih, tayang bulan posa dulu2 heroin nya si amira rosli.... hehe best
Quote marchikobonzo 28-2-2025 09:27 AM
Congrats, semoga berkekalan
Quote amyfaha 28-2-2025 02:27 PM
Ml & SK akan jd cam doubleF sbb ML jenis mewah. SK jenis laki kede.abissslah
Quote pocongkiutss 28-2-2025 02:46 PM
amyfaha replied at 28-2-2025 02:27 PM
Ml & SK akan jd cam doubleF sbb ML jenis mewah. SK jenis laki kede.abissslah

Bila masanya ML jenis mewah chuols..beza tu..kalau jenis mewah, mesti at least dh pernah ada history couple orka , kerabat..tp dgn capik nan hado ni juge yg dia nk
Quote Joysparta 28-2-2025 02:57 PM
Seb tak cancel
Quote kaedahnya 1-3-2025 10:08 AM
Pick a seat not a side coz you're loved by both the groom & bride AAA comeyy
Quote suri33 2-3-2025 09:16 PM
Moga sama2 pimpin tgn ke jannah gitu. Suka couple ni sebab byk hasil kerja yg bagus. Bkn takat bergantung gosip cinta je.
Quote hyie 3-3-2025 04:37 AM
manis betul ye muka SK ni. Kalu iols jadi Mimi pon iols sanggup tunggu..tapi setaun dua je la

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.149558 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top