CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Walaupun Sudah Nafi, Netizen Tetap Yakin Fattah Amin & Amira Othman Bercinta

28-2-2025 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10381| Komen: 26|Original author: Raline


mirra.png


Nampaknya netizen masih lagi dengan dakwaan mereka bahawa pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman sedang bercinta meskipun sudah menafikan telah mengikat tali pertunangan.

Malah, netizen tetap dengan dakwaan berkenaan selepas tular video Fattah dan Amira muncul bersama bagi mempromosikan sebuah produk penjagaan wajah.

Ada netizen mendakwa pandangan dan reaksi Amira terhadap Fattah dilihat berbeza berbanding sebelum ini. Turut menjadi perhatian apabila pengasas jenama produk berkenaan sempat mengusik Amira.

“Kalau Fattah dan Amira jadi kahwin nanti, saya tetap sambung kontrak,” kata pengasas jenama tersebut kepada Amira.

Sementara itu, turut menjadi perhatian kehadiran Amira pada majlis kesyukuran menyambut Ramadan yang dianjurkan Fattah.


Malah, tular video memaparkan Amira duduk bersama keluarga Fattah dan juga bersebelahan ibu aktor berkenaan. Dalam pada itu, ada netizen berpendapat Fattah dan Amira sedang bercinta meskipun sudah menafikan sebelum ini.

“Tak kisahlah mereka nafi, tapi tetap rasa Fattah dan Amira sedang bercinta.

“Sekarang ini, pandangan Amira dan Fattah terhadap antara satu sama lain nampak berbeza. Macam ada sesuatu!

“Awalnya rasa gimik tapi lama-lama rasa lain macam pula,” komen netizen.

SUMBER: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 27-2-2025 02:13 PM
Gila..semua benda pun nk over analyze..mira sembang ngan mak patah amon pun leh jd bukti berchenta
Quote ahnjaehyun 27-2-2025 03:30 PM
AO bekerjasama promosi product pun  acik2 por tersakiti dok kata gedik. abih tuh nak kena jadi kejung ker macam mana.  p jadi tetamu  jemputan pun d kata  gedik. so? 'gila' lah tuh
Quote apedehal 27-2-2025 03:34 PM
Netizen mmg ketegaq...tp padan muka sapa suruh marketing mcm tu kan..tgk mcm amber tu ok je fattah dgn sof xdak plak netizen delulu
Quote amyza 27-2-2025 04:42 PM
Taknak lah dgn amira. Biar lah cinlok dgn sofea
Quote Myeramie 27-2-2025 04:50 PM
So betul ke.mcm ship thai gl bl pulak.
Quote noor2 27-2-2025 05:18 PM
Dah tu x payah la beriya kemana2 pakai sedondon...
Quote immortallez 27-2-2025 06:49 PM
Menidak kan tapi manjang digandingkan bersama. Macam zaman Fatzura promosi drama HSC, ke sana sini berpakaian sedondon. Pemenat pun masing2 seronok menjodohkan. Harap AO cari lelaki lain yg bujang & bukan artis
Quote sharlenetexas 27-2-2025 09:33 PM
Supaya lepas ni jangan pakai sedondon.


Quote mrsLucky 27-2-2025 09:41 PM
Pic Mak Fattah...Fatima betul2 ikut muka nenak..
Quote 3chanceno 27-2-2025 09:55 PM
Tahu lah buat marketing, tapi AO tu anak dara. Terlebih sudah digossipkan begini dah tak manis dipandang orang ramai.  Sampaikan Pak Azad tu pun perli AO pasal semua benda pasal FA nie dia tahu & 'kerja kau pandang muka FA je lah" - cam gitu ingat2 lupa meols baca.  

Meols tak kenal AO nie sampailah kecoh2 ngeship dia dgn fa nie.

Quote Dadooooo 27-2-2025 10:00 PM
mrsLucky replied at 27-2-2025 09:41 PM
Pic Mak Fattah...Fatima betul2 ikut muka nenak..

Mase awal awal dri baby mmg dh nmpk cucu nenek btol.. byk ikut belah fattah fatima ni
Quote doubleA 27-2-2025 10:16 PM
Iols rasa baik je AO ni. Berjodoh atau tak tu rahsia Tuhan. Kita makan popcorn jelah
Quote cm_vungtau 27-2-2025 10:18 PM
Mak Fattah ni memang sempoi aje. Siapa2 pun agaknya kalau anak dia suka dia terima aje. Dulu pun siap terima Pajura walaupun macam2 soksek pasal Pajura
Quote LadyCarefree 27-2-2025 10:51 PM
Gitulah netizen bodoh lagi bengap.
Quote shalalat 27-2-2025 11:12 PM
3chanceno replied at 27-2-2025 09:55 PM
Tahu lah buat marketing, tapi AO tu anak dara. Terlebih sudah digossipkan begini dah tak manis dipan ...

Ada baca kat ohbulan. Tak malu ke ao bila azad ckp mcm tu? sebab dia gelak2 so i assume dia mmg suka dikenen2kan
Quote 3chanceno 28-2-2025 07:39 AM
shalalat replied at 27-2-2025 11:12 PM
Ada baca kat ohbulan. Tak malu ke ao bila azad ckp mcm tu? sebab dia gelak2 so i assume dia mmg su ...

Meols pun pikir gitu jugak...agaknya ao pikir selain dari buat marketing & dapat limelight, kalau jadi betul2 apa salahnya   

Meols tak kisah retis2 yang tunggang langgang agama ke apa, tapi dalam promo2 fa & ao, seolah2 macam ao yang terlebih sudu pulak  kalau akhirnya tak jadi nikah, malu  jugak dah digossip sebegitu.   
Quote marchikobonzo 28-2-2025 09:42 AM
Kalau mcm ni marketing nya, kawin je la..org alim patut tau kalau buat perangai macam ni berdosa & boleh timbulkan fitnah
Quote kucingitam 28-2-2025 09:43 AM
ala kalau bercinta pun nak gelabah apanya..biarla..
Quote pocongkiutss 28-2-2025 10:42 AM
cm_vungtau replied at 27-2-2025 10:18 PM
Mak Fattah ni memang sempoi aje. Siapa2 pun agaknya kalau anak dia suka dia terima aje. Dulu pun sia ...

Ni betul

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.093850 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top