CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Selepas Rebah di Garisan Penamat Merentas Desa

27-2-2025 09:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31178| Komen: 81

 


SEORANG pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Sungai Petani, Kedah meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai merentas desa pada Khamis.

Dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin dikatakan berjaya menamatkan acara enam kilometer (km) itu sebelum rebah sebaik melepasi garisan penamat. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pelajar itu menyertai acara peringkat sekolah bersama rakan-rakan lain.

“Sebaik tiba di garisan penamat, pelajar yang dikenali aktif bersukan itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

“Guru bertugas bersama ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) membawanya ke khemah dan memberikan bantuan pertolongan cemas, namun mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas,” katanya.

Wan Azharuddin berkata, pihak sekolah segera menghubungi ambulans, namun dia meninggal dunia ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan.


“Hasil temu bual dengan bapa mangsa mendapati remaja itu sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit, malah aktif bersukan.

“Semakan polis turut mendapati bapa mangsa memberi kebenaran bertulis untuk anaknya menyertai acara sukan tersebut,” katanya.

Polis turut mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah atau khianat terhadap mangsa.

Sumber : mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakbaju 28-2-2025 06:20 AM
Innalillah. Semoga diampunkan segala dosa arwah dan ditempatkan di kalangan orang beriman dan soleh.

Sekolah anak iols hari ni ada merentas desa tapi buat dekat kampus uitm.
Quote Tinot7 28-2-2025 06:34 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
Moge ditempatkan di kalangan org beriman dan soleh

Cian makpak, kengkawan dan cikgu.. musti terkesan
Quote venom1 28-2-2025 07:16 AM
Pagi keluar dari rumah sihat walafiat, balik rumah sebagai jenazah. Begitulah hidup kita. Kematian sentiasa mengintai kita setiap hari. Semoga kita bersedia sentiasa.
Quote mejaputih 28-2-2025 07:41 AM
ye begitulah kehidupan..sedih family...semoga kuat hadapi kesedihan ni nak masuk Ramadhan ni...
Quote A-Are 28-2-2025 07:46 AM
da berapa kes meninggal masa rentas desa....udah udahlah ..
Quote supernaturalee 28-2-2025 07:48 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
Moge ditempatkan di kalangan org beriman dan soleh

Cian makpak, kengkawan dan cikgu.. musti terkesan
Quote supernaturalee 28-2-2025 07:50 AM
syor cek dulu kesihatan pagi2 tu atau klu ramai sgt
a day before
sbg langkah berjaga2
at least yg join btl2 fit
tp klu nk jd jugak totally bkn slh sape2
mmg dh sampai masa
Quote Radzor 28-2-2025 08:13 AM
apa motif merentas desa sampai 6km ni?
Quote mrsbale 28-2-2025 08:16 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun..
siannya family esp mak ayah..
Quote cutieslilies 28-2-2025 08:22 AM
anak pun merentas desa hari ni..semoga semuanya baik2 belaka hendaknya..

aku dulu2 merentas desa ni x pernah serius..lenggang kangkung aja..asalkan tamat...haaaa gitulaaa
Quote zehra2 28-2-2025 08:28 AM
alaa sedihnya.. sebab aktiviti merentas desa ni santai santai je skrg.. yg nak mewakili sekolah tu dah dipilih awal..
takziah kpd keluarga.
Quote kemaruk 28-2-2025 08:42 AM
Tak perlu ler aktiviti extreme camni

Nak lawan dengan kenya dan uganda ke

Cukup lah ajar anak2 kita akan kebaikan chatgpt dan model2 LLM yang lain
Quote shy79 28-2-2025 08:46 AM
Radzor replied at 28-2-2025 08:13 AM
apa motif merentas desa sampai 6km ni?

sbb nk pilih utk wakil daerah..
peringkat daerah utk thn ni cepat sgt, lepas raya dh start..
skolah pun tak mau buat kalau bkn ada tekanan dr pihak atasan
Quote shy79 28-2-2025 08:47 AM
zehra2 replied at 28-2-2025 08:28 AM
alaa sedihnya.. sebab aktiviti merentas desa ni santai santai je skrg.. yg nak mewakili sekolah tu d ...

kita kata santai..
ada budak yg pulun sbb nk bersaing sesama depa..
nk rebut no 1
Quote shy79 28-2-2025 08:49 AM
byk skolah kt sg petani yg buat kemarin termasuk skolah iols..
nasib x jd apa2..sbb x buat latihan langsung..
harapjan lari time pj je pun
Quote shy79 28-2-2025 08:51 AM
dengar2 budak ni ada asthma tp x bg tau cikgu..
tp dok baca dlm portal berita xdak sebut pulak
Quote JunkMail 28-2-2025 08:54 AM
A-Are replied at 28-2-2025 07:46 AM
da berapa kes meninggal masa rentas desa....udah udahlah ..

Kalau tak di didik supaya bersukan dari kecil, sampai ke tua bangka lah dok duduk je
Quote syamzana 28-2-2025 08:58 AM
shy79 replied at 28-2-2025 08:51 AM
dengar2 budak ni ada asthma tp x bg tau cikgu..
tp dok baca dlm portal berita xdak sebut pulak

sbb tu ke dlm artikel tulis ada kebenaran bertulis ke skrg mmg formaliti jah kebenaran tu?
anak iols dulu (sek rendah) mmg asal rentas desa/sukan cikgu pegang sbb asma teruk. bdk2 biasa la kan tgk kwn2 dia main nak jugak, kdg2 dia dulu masuk barisan nak berlari.

salam takziah buat keluarga arwah..
nak puasa+raya ni lagi terkesan la makayah, 17thn tu mcm2 kenangan ada.
Quote kotakbaju 28-2-2025 09:07 AM
shy79 replied at 28-2-2025 08:51 AM
dengar2 budak ni ada asthma tp x bg tau cikgu..
tp dok baca dlm portal berita xdak sebut pulak

Aik, yg kata budak ni aktif bersukan dan takde penyakit tu camne pula

“Hasil temu bual dengan bapa mangsa mendapati remaja itu sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit, malah aktif bersukan."

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.048083 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top