![]() Kes makanan dan minuman yang diletakkan dengan harga mencekik darah dilihat semakin menjadi-jadi ketika ini. Segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang keterlaluan. Antara golongan yang selalu menjadi mangsa adalah pelancong asing yang tidak berapa cakna dengan harga-harga makanan di Malaysia. Sebelum ini, tular apabila pelancong di Langkawi perlu membayar RM4 untuk sekeping roti canai. Jelas Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah Mohamad Yusrizal Yusoff, harga yang dikenakan pemilik gerai adalah tidak masuk akal meskipun harga bahan dan barangan mentah sudah semakin meningkat. Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Thread apabila seorang wanita dikenali sebagai Pinat (@pinatzamree) berkongsi pengalamannya sewaktu berkunjung ke sebuah makan sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Menurut Pinat, dia telah melalui pengalaman ‘dirompak pada siang hari’. Dakwanya, dia dicaj harga yang begitu tinggi hanya untuk pesanan air suam iaitu sebanyak RM7! Memang agak mahal untuk air suam. “Silap saya tak tanya dan periksa dulu harga sebelum order. Mereka (pekerja restoran) ada sebut, ‘ada caj (tambahan)’ bila saya pesan air suam. Saya fikir berapa banyak je la untuk segelas air suam? Nah ambil, RM7!” kata Pinat. Pinat dalam satu ciapan lain berkata makanan yang dinikmati di sana adalah lazat. Namun harga yang tidak masuk akal itu memberikan pengalaman kurang senang buatnya. Bukan sahaja harga air suam yang melampau, malah pihak restoran juga didakwa mengenakan caj tambahan jika mahu meletakkan cili padi ke dalam makanan untuk rasa ‘kick’ dan pedas. Oleh disebabkan itu, dia membatalkan pesanan makanan terbabit. Menjengah ke ruangan balas, ramai tidak sangka dengan air suam yang begitu mahal meskipun restoran tersebut berada di kawasan ibu kota. Malah ada juga yang berseloroh mendengar kisah Pinat tentang air suam yang mahal itu. “Untuk RM7, air suam tu patut dihidang sekali dengan cerek,” kata seorang wanita. Sementara itu, ramai juga warganet meminta Pinat untuk melaporkan isu tersebut kepada pihak berkuasa. Untuk info, kes peniaga menjual makanan dengan harga yang terlalu mahal dan tidak munasabah adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah. Ini terletak di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011). Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) sebelum ini, pihaknya mempunyai cara pengiraan dan penetapan pencatutan (profiteering) yang mengambil kira banyak faktor seperti harga asal, kos pengilangan, pembungkusan, pengedaran, harga borong dan akhirnya harga runcit.
|
Manjahati replied at 27-2-2025 03:27 PM
Mahal nak mamp…. Tapi bagusnya pelanggan x cover2 tutup nama kedai…terang n jelas nama restaurant. ...
ADVERTISEMENT