CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bilik kebal ‘kiamat’ terima 14,000 sampel benih

27-2-2025 09:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5986| Komen: 12|Original author: FOTHER-MUCKER


OSLO – Sebuah bilik kebal yang menyimpan benih tanaman makanan dari seluruh dunia sebagai persiapan ‘hari kiamat’, menerima lebih 14,000 sampel baharu, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Dinamakan Svalbard Global Seed Vault, bilik kebal terletak di kawasan gunung pada kepulauan Artik di Norway itu dibina sebagai persiapan kepada malapetaka termasuk perang nuklear dan pemanasan global.

Ia dilancarkan pada 2008 sebagai sandaran kepada bank gen dunia untuk menyimpan kod genetik beribu-ribu spesies tumbuhan.

Dilindungi oleh permafrost, bilik kebal itu telah menerima sampel dari seluruh dunia dan memainkan peranan utama antara tahun 2015 hingga 2019 dalam membina semula koleksi benih yang rosak semasa perang di Syria.

“Benih yang didepositkan minggu ini bukan sahaja mewakili biodiversiti, malah pengetahuan, budaya serta daya tahan masyarakat yang menjaga mereka.


“Sumbangan baharu itu termasuk 15 spesies dari Sudan yang terdiri daripada beberapa jenis sorghum. Ia merupakan tumbuhan penting untuk keselamatan makanan negara dan warisan budayanya,” kata Pengarah Eksekutif Crop Trust, Stefan Schmitz.

Sebanyak 14,022 sampel baharu termasuk benih spesies pokok Nordic dari Sweden dan beras dari Thailand telah didepositkan sekitar pukul 2.40 petang (waktu tempatan) kelmarin. – AGENSI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 27-2-2025 07:30 PM
Iols ingatkan benih apa la
Quote sapeka 27-2-2025 07:34 PM
Sure kebal?
Mana ada benda kekal kat dunia ni
Quote FOTHER-MUCKER 27-2-2025 07:56 PM
Mungkin Malaysia boleh hantar benih dari durian king dan blckthorn juga!
Quote dua_chzy 27-2-2025 09:53 PM
Baru nak kata white elephant project, rupa2nya dah beri impak kat Syria.
Quote dua_chzy 27-2-2025 09:54 PM
FOTHER-MUCKER replied at 27-2-2025 11:56 AM
Mungkin Malaysia boleh hantar benih dari durian king dan blckthorn juga!

Meols bet dah hada.
Quote yoppoy 28-2-2025 12:54 AM
Noah's ark but make it gen beta
Quote BoongaKertas 28-2-2025 09:27 AM
dia ingat leh selamat ke...
Quote afie_m 28-2-2025 04:05 PM
kebal ke
Quote ezacbee 28-2-2025 04:09 PM
Test bomm.. Letop ke x
Quote AJENALI 28-2-2025 08:02 PM
Kalau diberi izin kefahaman daripada Allah tentang apa itu “kiamat” mesti mereka rasa useless nya langkah2 di atas.

Tapi kalau niat sebenarnya utk cover mondus operandi nak jajah next country, boleh la kot
Quote FOTHER-MUCKER 4-3-2025 12:38 AM




Tak ada Mungkin dia orang terlupa

Bilik kebal 'hari kiamat': Malaysia sumbang benih padi, terung dan kacang panjang







Bilik kebal 'hari kiamat': Malaysia sumbang benih padi, terung dan kacang panjang


Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menerusi satu kenyataan di TikTok berkata, struktur kebal itu terletak dalam keadaan tanah beku kekal (permafrost) dengan suhu semula jadi kurang daripada 18 darjah Celsius.

“Inisiatif ini dilaksanakan di bawah Projek Biodiversity for Opportunities, Livelihoods and Development (BOLD) dengan dana diperoleh daripada CropTrust.

“Sumber genetik daripada koleksi MyGeneBank dan Bank Gen Padi Kebangsaan MARDI yang dikumpulkan sejak 1977 dipilih sebagai simpanan pendua di Svalbard,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, antara benih yang dihantar termasuk varieti tradisional seperti padi, terung, dan kacang panjang.

“Sebanyak 725 aksesi tanaman telah di duplikasi di sana menerusi dua penghantaran yang dilakukan pada Mei dan Disember 2024.

“Pada 26 Februari lalu, pintu SGSV dibuka buat kali pertama pada 2025 untuk menerima deposit benih dari Malaysia serta 20 negara lain,” ujar kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, usaha berkenaan merupakan langkah penting bagi memastikan keterjaminan dan ketersediaan sumber genetik makanan negara sekiranya berlaku bencana yang menjejaskan kemudahan penyimpanan sumber genetik tempatan.

“SGSV dikenali sebagai ‘doomsday vault’ kerana fungsinya sebagai benteng perlindungan terakhir bagi benih-benih penting dunia.

“Dengan penyimpanan ini, Malaysia kini mempunyai salinan sandaran bagi tanaman penting negara sekali gus memastikan kelangsungan sumber makanan untuk generasi akan datang,” katanya.

02 Mac 2025 09:

Quote FOTHER-MUCKER 4-3-2025 12:39 AM
Yang best tu orang Malaysia pun percaya pasal bilik kebal ni!

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.043712 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top