CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PTPTN keluar notis peringatan kepada 2.1 juta peminjam - Zambry

27-2-2025 09:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31242| Komen: 11|Original author: adm7

 
 


KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengeluarkan notis peringatan kepada 2.1 juta peminjam yang gagal melaksanakan bayaran pinjaman balik mengikut jadual yang ditetapkan, sehingga akhir bulan lalu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata tindakan itu setakat ini berjaya menarik sebahagian peminjam untuk berunding dengan PTPTN.

"Bagaimanapun, bagi peminjam yang tidak menghiraukan notis ini, tindakan lebih tegas akan diambil berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Jadi, kita harap mereka akan segera datang ke PTPTN bagi mengadakan perbincangan," katanya pada sesi penggulungan perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam laporan itu, Jabatan Audit Negara (JAN) mengesyorkan PTPTN mengkaji semula mekanisme kutipan lebih efektif untuk menangani isu bayaran balik pinjaman pendidikan tertunggak yang menunjukkan peningkatan antara 2019 hingga 2023.

Sehingga 2023, jumlah tunggakan pinjaman pendidikan PTPTN adalah RM10.853 bilion, manakala bayaran balik diterima RM3.553 bilion atau mewakili 32.7 peratus.

Trend bayaran balik tunggakan adalah antara 7.3 peratus hingga 79.3 peratus.

Sementara itu, Zambry berkata, buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan inisiatif diskaun bayaran balik PTPTN, seperti yang dibuat sebelum ini.

Katanya, inisiatif itu berjaya meningkatkan kutipan bayaran balik, namun kos yang perlu ditanggung kerajaan juga adalah tinggi.

" PTPTN sebaliknya melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara konsisten.

"Dengan pelaksanaan semula tindakan penguatkuasaa balik bermula Oktober, terdapat impak yang positif dan kita harap semangat bayaran balik ini akan diteruskan peminjam," katanya.

Mengenai tahap kemajuan penyelidikan di lima universiti penyelidikan (RU) melalui Dana Penyelidikan Fundamental (DPF) yang turut disentuh dalam LKAN, Zambry berkata, universiti awam sudah diminta untuk mengenal pasti projek yang mempunyai isu untuk dipantau dengan dekat secara holistik.

"Ia bagi memastikan projek boleh diselesaikan dengan mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan objektif yang ditetapkan," katanya.

LKAN mendapati, sejumlah 1,119 projek bernilai RM148.04 juta dilaksanakan lima universiti RU melalui DPF berada pada tahap kurang memuaskan, manakala 151 projek bernilai RM23.69 juta lagi pada tahap bermasalah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adm7 27-2-2025 09:03 PM
[youtube]kwa-xfpT2PI?si=6rNCtwQZqbhIWEEa[/youtube]

Quote xy_daen 27-2-2025 09:16 PM
Selayaknya cash..
Quote MissYouSayang 27-2-2025 09:21 PM
Mcm tu je walanon kena kencing dgn bapok tua
Quote MissYouSayang 27-2-2025 09:24 PM
adm7 replied at 27-2-2025 09:03 PM

Kemain bapok tua ni bcakap dulo...now habokk pon takdakk
Quote shida81 27-2-2025 09:33 PM
Hahahahaha.. Mampos la siapa yg percaya
Quote toxicated 28-2-2025 12:37 AM
Bukan dlu kencing takyah bayar balik ke? Bercabang2 kencingnya
Quote hyie 28-2-2025 02:04 AM
bulan 12 atau 1 haritu ada kempen bayar 300, untuk join penstrukturan semula bayaran pinjaman. Bulan2 bayar 70 lebih camtu la, ikut baki pinjaman sedia ada. Kalau tak ok, boleh buat rayuan sampai dapat amaun yang bersesuaian. Dah tutup dah pun
Quote Apoo 28-2-2025 03:26 AM
MissYouSayang replied at 27-2-2025 09:24 PM
Kemain bapok tua ni bcakap dulo...now habokk pon takdakk

[youtube]OfwD6_pJKso?si=HBM8cy6LzJTQ5GMZ[/youtube]

Jgn buat2 lupa yg ni ye.
Quote cutieslilies 28-2-2025 08:29 AM
hutang sila byr....xnak byr belajar pandai2....
Quote kemaruk 28-2-2025 08:38 AM
Kacap terlabik

Kiri jadi kanan, kanan jadi kiri

Depan belakang sama sahaja
Quote ChildrenOfBodom 28-2-2025 11:45 AM
next pilihanraya kalau gay tua nak ni janji macam2 lagi bahalol mana laa yg akan percaya lagi?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.050631 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top