CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nelayan Russia Tangkap Ikan Laut Dalam Mirip ‘Makhluk Asing’

27-2-2025 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10253| Komen: 23

 


MOSCOW – Seorang nelayan Russia mencuri perhatian dunia selepas menangkap seekor ikan laut dalam yang disifatkan menyerupai makhluk asing, lapor New York Post.

Roman Fedortsov merakam gambar hidupan marin itu ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan dalam sebelum berkongsi video di Instagram.

Ikan berwarna kelabu itu mempunyai bentuk kepala unik, sekali gus membuatkan ramai netizen menyamakannya dengan makhluk asing.

Fedortsov mengenal pasti haiwan itu sebagai ‘smooth lumpsucker’, sejenis ikan bersirip yang mampu membesar hingga 30 sentimeter dan hidup di laut dalam.

Hantaran tersebut tular dan menerima pelbagai reaksi di media sosial.

“Ini 100 peratus makhluk asing yang tinggal di dasar laut,” komen seorang pengguna.

“Memancing di Chernobyl ke?” seloroh netizen lain, merujuk kepada kawasan bencana nuklear di Ukraine.


Fedortsov terkenal kerana kerap berkongsi imej hidupan laut aneh yang ditemuinya sepanjang bertugas sebagai nelayan laut dalam. – AGENSI

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pisanggoreng 27-2-2025 03:07 PM
75168.gif
Quote PULANGKAN 27-2-2025 03:24 PM
ikan laut dalam kalau keluar air, memang pelik2 rupa

dalam air baru nampak rupa makhluk laut tu

perubahan tekanan kan
ikan laut dalam hidup kat tempat pressure tinggi
Quote supernaturalee 27-2-2025 03:35 PM
mcm blob fish

tu hari ikan gigi tajam2 yg ada cam lampu tergantung ats paler tu
anglerfish ke ape ke nmnya

dgn oar fish

tanda2 gempa bwh laut katanya
Quote Decaffeinated 27-2-2025 03:41 PM
Banyak komplikasi kalau ikan laut dalam ni naik ke permukaan akibat tekanan yang rendah. Paling tidak organ2 dia akan meletop.

Quote kakikuDibibirmu 27-2-2025 04:32 PM
Ikan buntal tersenyum sinis
Quote TabletSusu 27-2-2025 05:00 PM
kesian pulak aku tgk mulut dia ternganga gitu..
Quote green~tea 27-2-2025 05:20 PM
Ikan ke???
Quote airfilterkotor 27-2-2025 05:24 PM
Ni kalau timbul kat negara Konoha, boleh agak apa reaksi penduduk sana.
Quote FOTHER-MUCKER 27-2-2025 05:51 PM
Decaffeinated replied at 26-2-2025 11:41 PM
Banyak komplikasi kalau ikan laut dalam ni naik ke permukaan akibat tekanan yang rendah. Paling tida ...

Terbalik tu, tekanan yang rendah tidak akan meletup. Membuatkan sesatu meletup tu kerana tekanan udara yang tinggi. Sama seperti tayar kenderaan kamu.
Quote Supersirap 27-2-2025 06:24 PM
Banyak lagi makhluk yang kita tidak pernah jumpah
Quote Kitty_catz 27-2-2025 06:33 PM
airfilterkotor replied at 27-2-2025 09:24 AM
Ni kalau timbul kat negara Konoha, boleh agak apa reaksi penduduk sana.

sure la huru hara kata esok kiamat

IQ deme tu kan bawah tapak kaki
Quote Tinot7 27-2-2025 07:28 PM
Deme mkn ke dak?
Quote sapeka 27-2-2025 07:39 PM
Scary
Quote dani_5353 27-2-2025 08:33 PM
Lain macam dia punya kepala
Quote airfilterkotor 28-2-2025 12:05 AM
FOTHER-MUCKER replied at 27-2-2025 05:51 PM
Terbalik tu, tekanan yang rendah tidak akan meletup. Membuatkan sesatu meletup tu kerana tekanan u ...

Pun salah jugak.

Secara alami ikan tu membesar dan hidup dalam persekitaran bertekanan tinggi.
Jika naik ke darat, dia mati sebab sistem badannya tak biasa dengan persekitaran tekanan rendah berbanding habitatnya. Kompem mati.

Contoh mudah, belon helium yg dilepaskan dari darat akan menjadi lebih besar saiznya sebaik ia berada dalam zon altitud tinggi (tekanan rendah).

Atau contoh rocket booster sewaktu meluncur laju ke langit, setibanya di altitud tinggi (tekanan rendah) tujahan api jetnya akan mengembang berbanding tujahan sewaktu mula berlepas.
Quote airfilterkotor 28-2-2025 12:06 AM
Kitty_catz replied at 27-2-2025 06:33 PM
sure la huru hara kata esok kiamat

IQ deme tu kan bawah tapak kaki

Paras² hidung jer.
Quote airfilterkotor 28-2-2025 12:16 AM
Dan rocket booster akan boing balik ke bumi sebab terhantuk lapisan firmament.
Quote yoppoy 28-2-2025 12:40 AM
Dah macam rupa ketumbuhan kulit dalam dr pimple popper tu. Agak kalau belah badan dia keluar isi seharum sundel malam tak
Quote swimswim 28-2-2025 06:48 AM
Ada sesiapa ke yg tertinggal otak di mana2

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.078153 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top