DODOMA – Seorang lelaki di Tanzania mencuri perhatian ramai kerana memiliki 16 isteri, lebih 100 anak dan 144 cucu yang tinggal bersama dalam sebuah perkampungan kecil yang dibina khas buat keluarganya, lapor portal Oddity Central. Mzee Ernesto Muinuchi Kapinga, 74, mula berpoligami atas permintaan bapanya yang mahu dia memperluaskan keturunan keluarga mereka. “Bapa saya berpesan supaya saya membesarkan keluarga kami. Sejak itu, saya memilih poligami,” katanya. Pada zaman kemuncaknya, Kapinga pernah memiliki 20 isteri namun ada yang meninggal dunia dan berpisah dengannya. Setiap isteri disediakan rumah sendiri lengkap dengan dapur bagi memastikan mereka selesa dan bebas menguruskan keluarga tanpa sebarang persaingan. “Saya tidak pernah cemburu kerana semua orang tahu peranan masing-masing. Kami bertani bersama, memasak dan bekerja sebagai satu komuniti. Sistem ini berfungsi dengan baik,” kata salah seorang isterinya.
Keluarga besar itu bergantung sepenuhnya kepada hasil pertanian dan ternakan sebagai sumber pendapatan. Mereka menanam jagung, kacang, ubi kayu, pisang dan menjual hasil lain untuk menyara kehidupan seharian. Komuniti unik ini menjadi bukti bagaimana keharmonian boleh dicapai melalui perpaduan dan kerjasama. – AGENSI |
naina replied at 27-2-2025 04:47 PM
Aku percaya boleh hidup aman2 sebab duduk pedalaman hutan dan makan pun sumber alam..tak kalut pergi ...
ADVERTISEMENT