CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib tiada kuasa mutlak seperti diktator dalam 1MDB - Saksi

27-2-2025 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28399| Komen: 4|Original author: Raline

Screenshot 2025-02-26 234858.png


PUTRAJAYA: Artikel dan Memorandum Persatuan (M&A) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak memberikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kuasa mutlak seperti seorang diktator dalam syarikat pelaburan strategik negara itu, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu.

Bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Che Lodin Wok Kamarudin, berkata berdasarkan kepada perlembagaan syarikat 1MDB, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan, tidak memiliki kuasa seperti seorang diktator.

Saksi ke-12 bagi pihak pembelaan itu yang menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada sesi pemeriksaan utama menjelaskan, terdapat banyak aspek berhubung operasi dalam 1MDB yang tidak memerlukan kelulusan di bawah Perkara 117 M&A 1MDB.

"Jika perdana menteri dianggap sebagai diktator di bawah Perkara 117, sudah tentu ia akan mengganggu operasi 1MDB dalam banyak perkara.


"Ini adalah kerana setiap perkara kecil yang perlu dijalankan memerlukan kelulusan di bawah Perkara 117, jika ia ditafsirkan sebegitu," katanya.

Disoal Muhammad Shafee, adakah pernah berlaku di mana dalam setiap keputusan (syarikat) dibuat oleh perdana menteri (Najib), Che Lodin menjawab, 'tidak'.

Mengikut Perkara 117 M&A 1MDB, setiap keputusan penting mestilah di bawah arahan atau kelulusan perdana menteri.

Najib adalah pemegang saham tunggal 1MDB kerana beliau adalah Menteri Kewangan ketika itu, memandangkan 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Sementara itu, Che Lodin berkata, tidak semua urusan dalam syarikat 1MDB perlu melalui kelulusan pemegang saham, kerana kuasa membuat keputusan terletak pada Lembaga Pengarah (BOD).

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman, dalam keterangan sebelum ini berkata pemegang saham sebenar 1MDB adalah kerajaan, manakala semua pengurusannya adalah bawah kuasa Najib ketika itu.

Mohd Hazem berkata, walaupun Ahli Lembaga Pengarah 1MDB mempunyai kuasa membuat pertimbangan dan keputusan, semua urusannya akan ditentukan Najib kerana beliau memegang kuasa veto.

Mohd Hazem merujuk Artikel 117 M&A 1MDB yang antara lain menyebut segala hal penting termasuk pemecatan pengarah, jawatankuasa kewangan serta perubahan dalam pasukan pengurusan, memerlukan persetujuan Perdana Menteri.

Sementara itu, Muhammad Shafee turut bertanyakan kepada Che Lodin mengenai kebenaran jawapannya ketika disoal di mahkamah, dan mempersoalkan sama ada saksi itu memberikan keterangan untuk membantu Najib.

Che Lodin berkata, beliau cuba bersungguh-sungguh untuk membentangkan apa yang sebenarnya berlaku dan yang jelas berlaku dalam operasi 1MDB ketika beliau menjadi Pengarah dan Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB.

Sementara itu, Che Lodin berkata beliau disiasat selama lebih sebulan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan skandal penyelewengan dana 1MDB.

Menurut Che Lodin, beliau tidak dapat mengingati jumlah hari yang tepat tetapi mengesahkan siasatan dijalankan melebihi tempoh sebulan dan proses rakaman percakapan kadang-kadang mengambil masa sepanjang hari.

Najib membela diri terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah di Istana Kehakiman bersambung esok.


Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manopBKK 27-2-2025 12:18 AM
Edited by manopBKK at 27-2-2025 12:19 AM



Quote Orenn1 28-2-2025 05:55 PM
Apa jadi dgn rizal mansor skrg ni? Dia bukan kena charged ke dulu? Lpsltu jadi saksi kes kakmah. Asalanya dulu dia lah tukang jilat kakmah
Quote Radzor 28-2-2025 08:00 PM
manopBKK replied at 27-2-2025 12:18 AM

dedah la 2² belah. red bean army etc tu...
Quote Radzor 28-2-2025 08:03 PM
jolo dan dark side tersenyum sinis

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.152452 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top