CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asteroid 2024 YR4 tidak lagi timbulkan ancaman besar kepada Bumi - NASA

26-2-2025 11:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28347| Komen: 1|Original author: Raline



Screenshot 2025-02-26 232649.png


LOS ANGELES: NASA mengesahkan bahawa asteroid 2024 YR4 yang pada awalnya dianggap sebagai ancaman berpotensi, tidak lagi menimbulkan ancaman besar kepada Bumi pada 2032 atau selepas itu, lapor Xinhua.

Asteroid berhampiran Bumi itu yang hampir sebesar padang bola sepak, pertama kali ditemui pada Disember tahun lalu.

Pakar sebelum ini menjangkakan peluang sebanyak tiga peratus bagi asteroid itu menghentam Bumi sebelum mengurangkannya kepada 0.28 peratus pada minggu lalu.

Berikutan pemerhatian lanjut, NASA mengemas kini kebarangkalian hentamannya pada 22 Disember 2032 kepada hanya 0.004 peratus, menurut Pusat Pengajian Objek Berhampiran Bumi.

NASA menambah bahawa asteroid itu tidak menimbulkan risiko besar kepada Bumi untuk sekurang-kurangnya satu abad akan datang.

Bagaimanapun, masih terdapat 1.7 peratus kemungkinan ia boleh menghentam bulan.

NASA akan terus memerhatikan asteroid 2024 YR4 selepas langkah itu memberikan data berharga untuk memajukan kaedah pertahanan planet dan memperhalusi proses ramalan kesan hentaman, menurut agensi itu.

Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lipans 27-2-2025 10:40 AM
Bruce Willis baru bersedia nak buat team.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.099755 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top