CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selangor pertimbang 'duit raya' kepada penjawat awam negeri, ADUN - MB

26-2-2025 11:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28868| Komen: 8|Original author: Raline



Screenshot 2025-02-26 232138.png


SHAH ALAM: Selangor mempertimbang pemberian 'duit raya' atau Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2 tambahan kepada semua penjawat awam negeri termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau akan membawa perkara itu ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri dalam masa terdekat.

"Ada lagi berita baik, kerajaan negeri sedang mempertimbangkan selain daripada BKK yang dilaksanakan.. kita turut memberikan tambahan duit raya kepada seluruh penjawat awam termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri.

"Perkara ini akan dibawa ke dalam MMK negeri nanti dan akan pertimbang duit raya yang kita panggil BKK 2 khas," katanya pada Persidangan DUN Selangor di Wisma DUN Selangor di sini hari ini.

Pada masa sama, Amirudin merakamkan penghargaan kepada semua ADUN sama ada di Blok Kerajaan mahupun Pembangkang yang mengambil bahagian dalam persidangan itu.

"Terima kasih kepada Ahli Dewan kerana kita sudah menamatkan semua pembentangan, perbahasan dan juga soalan yang dijawab oleh Yang Berhormat.

"Bagi pihak kerajaan negeri dengan tulus ikhlas mengucapkan selamat menyambut Ramadan Mubarak bagi yang menyambut puasa khususnya pada Sabtu atau Ahad nanti," katanya.

November tahun lalu, Amirudin mengumumkan penjawat awam negeri Selangor akan menerima BKK dua bulan gaji yang dibayar secara berperingkat pada pembentangan Belanjawan Selangor 2025.

Pemberian berkenaan akan meliputi pelbagai syarat-syarat ditetapkan dengan satu bulan dibayar pada 31 Disember 2024 dan sebulan lagi akan dilunaskan pada 25 Mac depan bersempena Aidilfitri.


Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 27-2-2025 05:35 AM
Bukan tiap2 tahun ke acik2 gomen mmg dpt duit raya dr gomen dorg or perseketuan, walaupun keja malas lol budaya keja n environment bagaii pprt sgt lol kohkohkohh tapi terus terang mmg tak boleh lah aku keja kat ofis yg staff dia penuh dgn pompuans melayu, sherammmm, dgn dengki dgn suka mengumpat dgn suka menjatuhkan dgn kaki bomohh, sherammm gilerrr
Quote tagas 27-2-2025 10:52 AM
Orenn1 replied at 27-2-2025 05:35 AM
Bukan tiap2 tahun ke acik2 gomen mmg dpt duit raya dr gomen dorg or perseketuan, walaupun keja malas ...

Toksikkkkk
Quote Orion_Onion 27-2-2025 12:52 PM
https://vt.tiktok.com/ZSMyngpDE/

Apa maciammmm blh kasi duit raya bila tanah mahal2 ko gadai?sampah dlm gomen tu tolong laaa buang...xlyk kerja bg pada yang deserving
Quote AbukRokok 27-2-2025 01:24 PM
suka la org pejabat tanah
Quote AbukRokok 27-2-2025 01:25 PM
ghaye wei ghayyeerrrrrrrrr
lalallalalalala
Quote Orenn1 27-2-2025 02:50 PM

Mmg toxic pun. Tak semua org blh keja dlm environment yg mcm tu. Takleh buat keja betul2 bagus nanti org tak suka jugak tunjuk pandai katanya, boss pun tak suka takut lagi bagus dr dia lak lol. Mmg ni tmpt keja yg penuh dgn busuk hati, dengki mendengki, jatuhkan org bersaing2 pasal benda2 bodoh, bomoh, santau, mengumpat sana sini, yg tunjuk lagak terpaling senior lah shh macam2 katanya mmg tak mampu nak hadap.
Quote Skuau 27-2-2025 03:01 PM
Aku bagi itu...bantuan.
Ko bagi itu...dedak.
           
Quote mzzenma 27-2-2025 03:11 PM
bkk yg rm500 tu staff negeri tak dapat ke?

meolls geram betoi dekat melaka ni kalaua da arahan ke pekeliling apa dia bantai bagi dekat semua jabatan/agensi contoh mcm tiada waktu rehat tu..time bonus tak nak bagi dekat semua pula. Shibal betul

meolls geram sebab pening tau nak susun staff urk jaga kaunter sbb ktorg bukan ada jawatan tu. dengan yg tau buat kerja tu berapa ketul je. staff nak cuti pun susah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.046179 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top