CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Che Puan Juliana Evans alami depresi sebab tak cukup masa bersama anak-anak

26-2-2025 11:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10795| Komen: 51|Original author: Raline

cj.PNG


Che Puan Juliana Evans mengakui mengalami depresi sekiranya tidak sempat meluangkan masa bersama anak-anaknya walaupun hanya dalam tempoh sehari.

Menurut pemilik nama penuh Juliana Sophie Johari Evans, 36, itu, bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku, dia akan memastikan jadual kerjanya tersusun dan tidak terlepas walau setiap detik bersama anak-anak yang dianggap sangat berharga.

“Buat masa sekarang, saya masih aktif dengan karier seni tetapi fokus utama tetap pada keluarga.

“Sebenarnya kalau saya tidak sempat jumpa atau tak dapat luangkan masa yang dengan anak-anak, saya akan rasa depresi.

“Saya perlu ada waktu bersama dengan mereka. Namun, masa dengan mereka sekarang ini agak limitasi sebab anak-anak pun bersekolah dan ada banyak aktiviti,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis pelancaran kedai perhiasan, Gnoce di sini, baru-baru ini.


Bintang filem Hantu Bonceng itu juga mengakui tidak suka tersekat dalam kesesakan lalu lintas kerana berasakan masa yang terbuang itu boleh dihabiskan bersama anak-anaknya di rumah.

Juliana menambah, dia seboleh-bolehnya akan mengelak daripada keluar rumah pada waktu puncak bagi mengelakkan berlaku pembaziran masa di atas jalan raya.

“Saya tak suka tersekat dalam lalu lintas sekarang ini sebab bagi saya sangat buang masa. Masa yang terbuang itu sepatutnya boleh dihabiskan dengan anak-anak.


“Sebab kadang-kadang bila saya sudah sampai rumah sekitar pukul 7 malam, anak-anak sudah nak tidur. Tak cukup masa dengan mereka.

“Jadi, saya akan susun jadual dan memang elak keluar rumah pada waktu jem teruk sebab tak mahu buang masa yang lama,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia juga berusaha untuk menjadi ibu yang hebat dan dilihat sebagai ‘supermom’ oleh anak-anaknya.


Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 6, dan Tengku Ihsan yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 26-2-2025 05:32 PM
Laki dia xde duit ke
Yg dia kena kerja full time
Sampai xdpt spend time dgn anak?
Nama cik puan dah
Quote apedehal 26-2-2025 06:24 PM
she looks old gambar baju bunga2 tu
Quote Lula2 26-2-2025 06:27 PM
Faham ke tak maksud depresi
Quote Minami2013 26-2-2025 07:00 PM
Anak 2nd ikut muka dia.
Quote cap_ayam 26-2-2025 07:17 PM
Edited by cap_ayam at 26-2-2025 07:18 PM

Saya bersimpati atas kurangnya masa bersama anak2. Semoga dapat jumpa jalan penyelesaian terhadap masalah ini selain daripada mengelak keluar pada waktu puncak. Jika di shah alam, elakkan berada di atas jalan pada 5.30 pm - 8.00 pm sebab jem melekat kat jalan2 dan roundabout.
Quote Nurkaseh01 26-2-2025 07:18 PM
pearl.silver replied at 26-2-2025 05:32 PM
Laki dia xde duit ke
Yg dia kena kerja full time
Sampai xdpt spend time dgn anak?

Sebelum ni dia pun ada jual mcm gelang, cincin kt ig dia. Memang tak masyuk sgt kot lakinye
Quote krustykrab 26-2-2025 07:20 PM
Lula2 replied at 26-2-2025 06:27 PM
Faham ke tak maksud depresi

Dia kan mix omputih takkn la tatau bahasa apaknya
Quote noor2 26-2-2025 07:32 PM
Rendah je dia ni....anak2 x ikut muka mat saleh
Quote Zezo 26-2-2025 07:49 PM
Huh? Knp aku mcm jd bodoh sekejap. Dia kaya kot. X perlu pun nk g keje 8 to 5.
Quote Fazzbulous 26-2-2025 07:54 PM
self diagnosed ke depression tu?
Quote QueenIsolde 26-2-2025 08:18 PM
First of all, dia ni layak digelar che puan kah?
Quote doubleA 26-2-2025 08:19 PM
Anak kedua dia boy ke ingatkan girl
Quote doubleA 26-2-2025 08:19 PM
Lula2 replied at 26-2-2025 06:27 PM
Faham ke tak maksud depresi

Entahnya, dalam situasi ni macam sedih je. Depresi tu sedih/kecewa berpanjangan
Quote zuri154 26-2-2025 09:21 PM
Try meniaga kt tiktok mcm retis lain. Mcm izzara tu
Quote heythere123 26-2-2025 09:51 PM
ni bau2 nak serai ke?

- kena gigih keje
- tak sempat jumpa anak sebab busy
- takde mention partner langsung

gittew meols berhati hitam
Quote Rogue98 26-2-2025 09:53 PM
Hmmm....kena kerja sbb apa?
Quote sharlenetexas 26-2-2025 09:56 PM
Laki dia kerja apa?


Quote pocongkiutss 26-2-2025 09:58 PM
doubleA replied at 26-2-2025 08:19 PM
Anak kedua dia boy ke ingatkan girl

Eh girl kan
Quote doubleA 26-2-2025 10:14 PM
pocongkiutss replied at 26-2-2025 09:58 PM
Eh girl kan

Nama tengku ihsan ingatkan laki? Yg sulung tu nama gegirl

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.054840 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top