Gara-gara video parodi yang dihasilkan oleh personaliti media sosial Imran Bard, pelakon dan pengarah Ellie Suriati menerima kecaman hebat netizen di media sosial miliknya.
Mengulas perkara itu, Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 55, berkata dua anaknya iaitu Azrell Omar, 21, dan Nur Azreen, 16, juga antara tidak terlepas dikecam netizen baru-baru ini.
Menurut Elly, emosi anak-anaknya juga tidak stabil dan terkesan lebih-lebih lagi apabila berhadapan umum.
“Saya baca komen netizen dan segalanya di dalam itu semuanya negatif, ramai yang mengatakan saya patut berterima kasih kepada Imran kerana menaikkan semula nama saya sebab sudah ‘sendu’ tapi kalau betul kenapa guna nama saya.
“Sekarang ini saja kena siber buli dalam perkongsian video saya meraikan sambutan hari lahir anak lelaki saya, dalam video itu netizen masuk secara ramai-ramai dan buli saya… itu adalah bahagian privasi saya dengan anak-anak.
“Bila mereka (netizen) serang dalam video itu memang sakit untuk saya sebab mereka mengejek, netizen tak faham sebab netizen tak kerja keras selama 30 tahun bina nama bukannya satu yang mudah,” kata Ellie Suriaty kepada mStar.
Dalam pada itu pelakon Mat Kilau itu memberitahu anak sulungnya iaitu Azrell Omar cuba menghubungi Imran Bard menerusi aplikasi TikTok namun usahanya tidak berjaya ekoran tidak dilayan individu berkenaan.
“Anak saya ada hubungi dia (Imran) sebab nak tahu apa yang berlaku dan kenapa buat macam tu tapi tidak dibalas mesej tersebut,” ujarnya.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|